Ingat tak masa mi ramen pedas jadi viral di Malyasia, semua pakat berebut-rebut nak cuba. Kalau yang gilakan pedas, makan sekali tak cukup rasanya. Sampai sekarang beli walaupun harganya agak tinggi.
Terima kasih sangat pada resipi yang dikutip dari Facebook Nazian Rahman ni sebab dia ajar cara nak hasilkan Ramen DIY dengan cara menghasilkan pesnya sendiri. Bahan-Bahan: 4 ulas Bawang putih dicincang halus 1/2 cawan Minyak sayur untuk menumis 6-7 sudu besar Serbuk cili digaul dengan sedikit air 7-8 biji cili padi merah dicincang lumat (lagi banyak,lagi pedas)
Sedikit kicap manis Kiub ayam Garam Gula Cara-Cara: 1. Tumis bawang putih hingga garing 2. Masukkan pes cili, & cili padi kacau hingga pecah minyak 3. Tuang kicap ikut citarasa masing-masing 4. Masukkan kiub ayam, garam dan gula secukup rasa Siap! Simpan pes dalam peti ais dan bila nak makan, gaulkan sahaja dengan mi segera. Teruja sangat sebab pastinya sah halal, jimat dan boleh 'adjust' ikut tekak sendiri. Selamat mencuba! -CARI
|
19
Bagus |
24
Marah |
33
Terkejut |
13
Sedih |
30
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT