Rabu lalu, lapan individu terdiri dari dua warga Filipina dan enam warga Malaysia ditahan oleh bahagian counter terrorism cawangan khas Bukit Aman dalam satu operasi di Cheras pada malam ambang sambutan Hari Kebangsaan. Penangkapan itu sekaligus berjaya mematahkan cubaan kumpulan pengganas Abu Sayyaf yang merancang untuk melancarkan beberapa siri serangan di negara kita baru-baru ini. Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dalam satu kenyataan kelmarin berkata kumpulan berkenaan bukan sahaja merancang untuk melancarkan serangan semasa Upacara Penutup Sukan SEA 2017 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur malah mereka turut mahu mencetuskan huru-hara dengan melancarkan serangan semasa Perbarisan Hari Kebangsaan ke-60 di Dataran Merdeka, tambah Mohamad Fuzi.
"Suspek warga Filipina terbabit menyusup masuk ke negara ini melalui Sabah dan ada kaitan dengan kumpulan 'Kidnap for Ransom'." "Suspek juga pernah bertemu dengan Dr. Mahmud Ahmad serta beberapa lagi warga Malaysia yang menyertai kumpulan Abu Sayyaf sejak 2014 di Basilan." Menurut Mohamad Fuzi lagi, pihaknya menahan keseluruhan 19 individu membabitkan lapan warga Malaysia dan 11 warga asing sejak 4 Julai lalu disyaki terlibat dengan aktiviti keganasan. Operasi tangkapan dilakukan di Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Johor. Antara yang ditahan pesara guru di Kelantan yang aktif mempromosikan kumpulan Daish melalui dua akaun Facebook miliknya. Kesemua 19 individu yang ditangkap akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012 (Akta 747).- CARI |
26
Bagus |
19
Marah |
21
Terkejut |
9
Sedih |
18
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Skuau: Camner boleh 'terlepas' dr Sabah? Ada 'IC(dr projek ic) ke depa ni?
ADVERTISEMENT