Kes sindiket penipuan dalam urusan pembelian rumah baharu bukanlah sesuatu perkara yang baru di negara kita khususnya projek yang membabitkan pihak pemaju yang tidak bertanggungjawab. Baru-baru ini, seramai 200 pembeli tampil berkumpul di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) namun PPIM didapati gagal menuntut pembelaan berhubung penipuan yang dihadapi dalam projek mini banglo berharga RM60,000 seunit.
Memetik laporan MalaysiaGazette, pembeli terbabit hanya dapat bertemu dengan Datuk Norul Iman Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai Datuk Boy Iman yang merupakan wakil DBI Properties yang pernah menjadi ejen pemasaran kepada Juta Kelulut ketika melancarkan promosi projek Mini Banglo pada Mei tahun lalu. Juta Kelulut Sdn Bhd merupakan syarikat pemaju yang bertanggungjawab ke atas projek mini banglo tersebut. Hasil penjelasan Boy Iman, beliau juga antara mangsa penipuan skim tersebut sambil menyebut beberapa nama yang membayarnya untuk menubuhkan syarikat DBI Technology Sdn Bhd bagi memasarkan rumah berkenaan. Rentetan itu, kumpulan pembeli tersebut bergegas ke pejabat Juta Kelulut untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak yang bertanggungjawab. Bagaimanapun, individu yang ditemui ketika di pejabat tersebut turut mengatakan dia juga cuma bertindak sebagai ejen dan telah menyerahkan kesemua wang kepada pihak lain. Tambahnya, beliau hanya diberi RM6 juta untuk membeli peralatan pembinaan dan menyebut nama dua individu yang bertanggungjawab mengambil wang tersebut yang sehingga kini tidak diketahui statusnya. Kesemua mangsa hampa kerana matlamat mereka untuk menuntut wang masih belum tercapai. Dalam pada itu, menurut aktivis PPIM, Yusuf Azmi, pihaknya telah mendesak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat kes tersebut kerana aduan telah dilakukan. Namun sehingga kini, PDRM masih belum memberi maklum balas terhadap aduan yang dibuat. Projek mini banglo yang menggunakan sistem pembinaan industri (IBS) mendapat sambutan sambutan hangat kerana harga yang ditawarkan menarik dan mampu bayar. Namun orang ramai yang membeli rumah berkenaan mula berasa tertipu kerana sehingga lebih setahun tiada sebarang pembinaan dijalankan.- CARI |
11
Bagus |
16
Marah |
9
Terkejut |
14
Sedih |
11
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
tagas replied at 20-9-2017 01:17 PM
Melayu & skim penipuan mlm
berpisah tiada
tagas replied at 20-9-2017 01:17 PM
Melayu & skim penipuan mlm
berpisah tiada
emasgunung replied at 20-9-2017 01:19 PM
Banglo rm60k? Mangsa-mangsa ni tak tau ke buat-buat tak tahu? Murah sangat harga tu untuk banglo @mi ...
tagas replied at 20-9-2017 01:17 PM
Melayu & skim penipuan mlm
berpisah tiada
ADVERTISEMENT