Kecoh penularan sebuah video menunjukkan seorang remaja memukul ibunya yang menerbitkan rasa kurang senang dan juga kemarahan di kalangan netizen.
Namun, dalam pada itu, muncul seorang lelaki bernama Jejaka Sereng di laman Facebook membuat permohonan maaf kerana dikatakan menyebarkan video berkenaan. Menerusi status di laman sosial itu, Jejaka Sereng berkata dia tidak berniat untuk memalukan sesiapa apabila berkongsi video berkenaan di laman sosial. "Saya ingin memohon maaf di atas kesilapan dan kesalahan saya kerana tidak sepatutnya saya muat naik video itu ke laman sosial Facebook. "Saya akui kesalahan yang telah saya lakukan kerana menularkan video tersebut," katanya.
Sebelum itu, sebuah video berdurasi 43 saat menunjukkan remaja lelaki berusia 15 tahun memukul ibunya beberapa kali di bahagian lengan. Ia dipercayai berpunca apabila remaja tersebut gagal mendapatkan wang daripada ibunya. Manakala, Harian Metro melaporkan bapa remaja tersebut yang berusia 39 tahun telah membuat laporan polis kerana bimbang atas keselamatan anaknya itu selepas video tersebut tersebar. Di laman sosial, netizen berkata Jejaka Sereng tidak perlu meminta maaf kerana ia merupakan satu tindakan wajar agar memberi pengajaran kepada remaja tersebut. "Elok diviralkan, biar jadi pengajaran. Semoga yang melakukan berasa malu semoga mendapat keinsafan. "Semoga mak ayah pelako tahu bahawa anak ini sudah keterlaluan sikapnya. Itu belum dikuasai dadah. Kalau dah dikuasai dadah?" Bagaimana pula dengan pandangan anda? Wajar atau tidak video tersebut disebarkan? - CARI
|
12
Bagus |
10
Marah |
9
Terkejut |
10
Sedih |
9
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Cyempaka replied at 27-9-2017 11:25 AM
viral je.. siasat sekali pak dia tu. ntah2 mmg kaki pukul bini. kepimpinan melalui teladan la kan..
bel146 replied at 27-9-2017 11:50 AM
kan...bapak dia relax jek duduk...
ADVERTISEMENT