CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3820|Reply: 31

Elok Diviralkan, Biar Jadi Pengajaran! - Netizen Setuju Tindakan Penyebar Video

[Copy link]
Post time 27-9-2017 10:53 AM | Show all posts |Read mode
Kecoh penularan sebuah video menunjukkan seorang remaja memukul ibunya yang menerbitkan rasa kurang senang dan juga kemarahan di kalangan netizen.


Namun, dalam pada itu, muncul seorang lelaki bernama Jejaka Sereng di laman Facebook membuat permohonan maaf kerana dikatakan menyebarkan video berkenaan.






Menerusi status di laman sosial itu, Jejaka Sereng berkata dia tidak berniat untuk memalukan sesiapa apabila berkongsi video berkenaan di laman sosial.


"Saya ingin memohon maaf di atas kesilapan dan kesalahan saya kerana tidak sepatutnya saya muat naik video itu ke laman sosial Facebook.

"Saya akui kesalahan yang telah saya lakukan kerana menularkan video tersebut," katanya.






Sebelum itu, sebuah video berdurasi 43 saat menunjukkan remaja lelaki berusia 15 tahun memukul ibunya beberapa kali di bahagian lengan. Ia dipercayai berpunca apabila remaja tersebut gagal mendapatkan wang daripada ibunya.


Manakala, Harian Metro melaporkan bapa remaja tersebut yang berusia 39 tahun telah membuat laporan polis kerana bimbang atas keselamatan anaknya itu selepas video tersebut tersebar.


Di laman sosial, netizen berkata Jejaka Sereng tidak perlu meminta maaf kerana ia merupakan satu tindakan wajar agar memberi pengajaran kepada remaja tersebut.






"Elok diviralkan, biar jadi pengajaran. Semoga yang melakukan berasa malu semoga mendapat keinsafan.

"Semoga mak ayah pelako tahu bahawa anak ini sudah keterlaluan sikapnya. Itu belum dikuasai dadah. Kalau dah dikuasai dadah?"


Bagaimana pula dengan pandangan anda? Wajar atau tidak video tersebut disebarkan? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2017 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kata jirannya.. bdk ni baik budi pekerti.. mak pak yg x bg makan secukupnya.. tp pndapat ceq la..
Susah mcmna pn kalau baik budi.  X akan KURANG AJAQ sikit pn kt mak pak aihh..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kata jirannya.. bdk ni baik budi pekerti.. mak pak yg x bg makan secukupnya.. pastu pak nya ckp vid ini kiriman ank pompuannya kpd beliau & beliau send pd cikgu skolah utk anknya terima bimbingan nasihat dr sekolah.
So drpd siapa JEJAKA SENTENG ni dpt vid?
Adik ppuannya sebarkah @ guru2 sekolah?
Tp pndapat ceq la.. Susah mcmna pn kalau baik budi. X akan KURANG AJAQ
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 11:18 AM | Show all posts
Melentur buluh biarlah dari rebungnya kalau tak mungkin kejadian seperti ini akan terjadi
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 11:23 AM | Show all posts
x cukup makan boleh jadi gitu kerr..
peliknyaaa...
x cukup ajar ada la kut..
nape cikgu pulak yg kena ajar ank dia beradab
tugas makbapak memproses anak jer ker..
semakin x faham aku..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 11:25 AM | Show all posts
viral je.. siasat sekali pak dia tu. ntah2 mmg kaki pukul bini. kepimpinan melalui teladan la kan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2017 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak cukup makan batu kah dekk?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 11:50 AM | Show all posts
Cyempaka replied at 27-9-2017 11:25 AM
viral je.. siasat sekali pak dia tu. ntah2 mmg kaki pukul bini. kepimpinan melalui teladan la kan..

kan...bapak dia relax jek duduk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2017 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
anak indon lagi ke?  kenapa ada slank indon tu?  
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 12:11 PM | Show all posts
bel146 replied at 27-9-2017 11:50 AM
kan...bapak dia relax jek duduk...

yg duduk kt tepi tu bapak dia ke?

kenapa diam n biar je anak buat mcm tu kat mak?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 12:14 PM | Show all posts
wow... mmg bertuankan anak deme ni. or dh masuk tahap bertuhankan anak?
mmg sakit hati tgk video ni... sampainya lahai anak pukul mak sendiri... pak pulak xde tolo.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 12:26 PM | Show all posts
sapo jantan yg dok kat meja tu???
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 12:30 PM | Show all posts
geram pulak tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 12:32 PM | Show all posts
confirm ke maknya. mcm kakaknya je.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 12:39 PM | Show all posts
akak tonton video ni, anaknya tak pakai seluar sambil mengamuk dan pukul ibunya. dah kenapa dia begitu? tak cukup makan ice kah?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
elok sgt diviral.. ni yg kite tauu.. yg xtauu??

ishh nauzubillahh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2017 01:02 PM | Show all posts
biasanya gitu la.
kalu dikhalayak dia pelawak, penghibur, dlm keluarga dia serius.
kalu dikhalayak dia mesra, ramah, dlm keluarga dia pendiam.
kalu dpn kwn2 dia GTB, kat rumah dia romantik
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana videonya?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tengok video ni kat ig. Mau jer i hempukk budak tu,kuangjaq sangat dengan mak. Acah2 nak amik kerusi konon. Bapak dia pun relax jer kat tepi. Hampehhh.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
"Akhir zaman nanti si ibu akan melahirkan tuannya"

Hmmm. Boleh nampak dah kenapa anak dia macam tu. Ayah pemback up tegar. Perkara yang kurang sopan bagi kita dianggap biasa bagi diorang. Takkan lah tu 1st time budak tu pukul mak dia, pak dia buat tak tahu macam tu je. Mak dia pun boleh cakap lembut lembut lagi dengan anak dia, walhal dah dipukul, diugut lempar kerusi semua.

Minta dijauhkan lah daripada keturunan kita semua. Aaminn
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.152496 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list