CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ajal Budak Dalam Longkang

11-10-2017 12:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4083| Komen: 26

Kanak-kanak berusia empat tahun ditemukan mati lemas selepas terjatuh ke dalam longkang sedalam satu meter ketika hujan lebat di Taman Agropolitan, Rantau Manis, Gua Musang, kira-kira jam 5 petang semalam.



Foto: Harian Metro

Harian Metro melaporkan, Muhammad Hazim Rizqi Mohd Za'in, anak bongsu dari empat beradik itu sedang bermain dengan rakannya sebelum terjatuh.

Penduduk kampung menemui mayat mangsa pada jam 6.45 petang selepas dihanyut arus deras dalam longkang berkenaan.

Ketika kejadian, Mohd Za'in berkata, dia dan isteri, Nor Azlidawati Ibrahim, 35, sedang membaiki kereta di tepi rumah sementara anaknya bersama empat lagi rakan berada di kawasan berhampiran.


"Tak tahulah saya, bila arwah pergi ke depan rumah jiran dan terjatuh dalam longkang sebelum dihanyut arus deras.

"Saya hanya mengetahui kejadian itu selepas diberitahu seorang anak perempuan jiran sebelum bergegas ke lokasi namun ketika itu anak saya sudah hilang dihanyutkan arus deras. Selepas itu dengan bantuan penduduk setempat usaha mencari terus dijalankan.

"Mayat anak saya ditemui tersekat pada dawai besi longkang dalam keadaan sudah tidak bernyawa sebelum terus dibawa ke hospital," katanya.

Tambahnya, arwah seorang anak yang manja dan pemergiannya amat dirasai, namun dia reda.


Foto: Sinar Harian

Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang menerima pangilan kejadian itu jam 5.57 petang sebelum lima anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Mayat mangsa lemas ditemui dalam longkang besar sedalam hampir dua meter," katanya. - CARI
9

Bagus
7

Marah
8

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Deidra 11-10-2017 12:48 PM
Allahu akhbar..sebaya anak buah den.al-fatihah buatmu dik
Quote vanillaninja 11-10-2017 12:50 PM
Innalillah, salam takziah buat family arwah adik ni.
Quote finesse 11-10-2017 12:50 PM
Issshh tak blh terima la.. kecil lg tu
Tgk la anak tu baik2!!!!
Quote cap_ayam 11-10-2017 12:54 PM
Aduhai anak bongsu lelaki ..tabah la untuk keluarga ni..
Quote maryamamina 11-10-2017 01:00 PM
Innalillah...tadi baru baca budak marajuk kat longkang, ini trrjatuh plak....kesiannya
Quote nisako 11-10-2017 01:06 PM
takziah buat family............................
Quote sarahmirza 11-10-2017 01:08 PM
Anak orang kampung biasa je lepas bebas main sana sini.
Anak orang bandar, dah umur belasan tahun pun ada yang masih tak pernah keluar gate rumah sendirian atau tanpa pengetahuan parents.

Takziah pada keluarga ni..
Quote kuzaime 11-10-2017 01:28 PM
Innalillahiwainnalillahirojiun.. Salam takziah buat kluarga..
Quote intan_smsb 11-10-2017 02:08 PM
malam tadi baru mimpi ade budak dalam longkang
tp budak perempuan
nak selamatkan tp tiba2 air naik
Quote lasagnaklcc 11-10-2017 02:17 PM
Mak ayah kena pantau hujan2 pon main kat luar..

Quote harrypoter 11-10-2017 02:21 PM
Innalillah..takziah, sebaya dgn anak kak long, cara kematianpun sama...jatuh longkang
Quote antidote 11-10-2017 02:33 PM
alfatihahh sian nya dah la comey adik ni
Quote famri7 11-10-2017 02:40 PM
Senang jah..salahkan elohim as usual.
Quote nadihazza 11-10-2017 02:57 PM
AL fatihah
Quote ~boolean 11-10-2017 03:02 PM
"kawasan berhampiran" tu, berapa hampir?

kata hampir, tapi mak kena "bergegas ke lokasi".

umur 4 tahun tuuu...
Quote Loh_83 11-10-2017 03:05 PM
4 tahun .. Allah keciknya ... baya anak aku je ...

Parents memang kene extra alert. Seriau tengok budak2 lepas bebas naik basikal sini sana sendiri .. kecik2 lagi pulak tu ...
Quote nipskacang 11-10-2017 03:07 PM
Inalillah.. skrg musim hujan kat klntn, parents kene tgk2 jugak anak2 bermain..
Quote nour2001 11-10-2017 03:10 PM
Hello 4 tahun ni masih kecik lagi weh,,,boleh tak sedar bila anak tu pergi rumah jiran..,there's a reason why Allah swt pinjamkan anak tu cukup 4 tahun je...
Quote MH3707 11-10-2017 03:28 PM
2 meter tu lebih kurang 7 kaki kan? longkang apa tinggi kedahak tu..bahaya jugak ni

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.045341 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top