CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Food Truck' Malaysia Jual Makanan Harga Firaun! Eh, Yeke?

11-10-2017 01:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 17880| Komen: 79|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: "Kalau seseorang buka 'food truck', dia lakukannya kerana makanan itu istimewa dan dia boleh jual dengan harga RM50. Biarlah dia nak jual RM50. Apa yang penting kita sebagai pengguna, hak kita ialah ...
"Kalau seseorang buka 'food truck', dia lakukannya kerana makanan itu istimewa 
dan dia boleh jual dengan harga RM50. Biarlah dia nak jual RM50. 

Apa yang penting kita sebagai pengguna, hak kita ialah jangan beli dari dia."

Itu adalah kata-kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin yang dipetik dari BH Online, baru-baru ini.

Tak dapat dinafikan lagi, sesetengah peniaga dengan konsep perniagaan menggunakan trak atau 'food truck' meletakkan harga terlalu mahal sehingga ada di kalangan pengguna membuat perbandingan harga food truck di Malaysia dengan negara luar.


Foto: The Star Online


Seorang pengguna media sosial meluahkan rasa tidak puas hatinya mengenai harga makanan tersebut menerusi laman mikro Twitter.

"Dekat negara kita, food truck jual makanan harga Firaun," tulisnya.



Menurutnya, dia masih boleh menerima harga yang mahal selagi ia berbaloi dengan kualiti dan kuantiti ditawarkan.



Posting itu menerima sokongan daripada netizen lain yang rata-rata bersetuju dengan pendapat lelaki berkenaan.

"Perkhidmatan food truck di luar negara tawarkan harga jauh lbih murah. tapi bila masuk Malaysia, dah jadi lain pula," marah netizen.



Dalam pada ramai netizen 'bising' soal harga makanan dijual menerusi perkhidmatan berkenaan, ada juga netizen yang tampil menafikan harga ditawarkan luar negara lebih murah daripada di Malaysia.

"Negara mana yang mahal tu? Sebab berdasarkan pengalaman saya, food truck di Australia mahal je," komen netizen.


Foto: Twitter

Kepada anda yang pernah atau gemarkan makanan Food Truck ni, apa kata anda? Jom bincangkan! - CARI
9

Bagus
8

Marah
5

Terkejut
8

Sedih
6

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Siput_Sawah 11-10-2017 01:31 PM
setuju..harga sama level dgn Cafe  hipster tapi portion ciput......
Quote palmolive 11-10-2017 01:35 PM
tengok kt rancangan foodtruck kt channel hyppe sensasi...nasi dagang RM12 cmtu...
host dia si Razif...semua sedap bagi dia
Quote prettyuglybabe 11-10-2017 01:42 PM
patutnya konsep food truck jual street food..
bukan fine dining food..
sebab tu kat overseas murah..
jual pun hotdog, tacos, kebab..
benda-benda murah yang senang nak makan sambil jalan..
while kat malaysia jual nasik lemak, pizza, pasta, laksa tapi harga yahudi..
sampai sekarang pun tak pernah rasa nak try..
tengok pun tau tak sesedap mana..
Quote Themilo 11-10-2017 02:01 PM
prettyuglybabe replied at 11-10-2017 05:42 AM
patutnya konsep food truck jual street food..
bukan fine dining food..
sebab tu kat overseas murah ...

iols pernah terkena, taco RM12 kat food truck tacoloco.. siot tol, kalo gi KFC dah dapat complete meal, perut pun kenyang, hati pun tak sakit..
Quote harkktuih 11-10-2017 02:04 PM
Agreed..harga hanjj sgt..lelagi kalau bukak food festival..
Quote ~boolean 11-10-2017 02:24 PM
selagi golongan hipster dan bbnu masih wujud, selagi tu lah harga food truck tak berubah.

food truck lah modal mereka untuk post gambar di instagram sambil acah urban, walaupun duit belanja pun mengharap pada mak pak.

mak pak kat rumah makan nasi berlaukkan sambal ikan bilis ja.
Quote ~boolean 11-10-2017 02:29 PM
budak aussie yang kata air mineral 5 aud tu, dia tak tahu kah air mineral food truck sini rm3-4? Jenama bleu je pun.

memang mahal nak mampus makanan food truck malaysia
Quote bawalputih 11-10-2017 02:32 PM
palmolive replied at 11-10-2017 01:35 PM
tengok kt rancangan foodtruck kt channel hyppe sensasi...nasi dagang RM12 cmtu...
host dia si Razif ...

Kaannn...sume benda sedap bg dia
Quote epis 11-10-2017 02:46 PM
Setuju, harga x berpatutan dgn makanan.. mee soto rm7 tapi alahai portion sekali hirup dah abes, huhu..
Quote MissVixen 11-10-2017 02:48 PM
palmolive replied at 11-10-2017 01:35 PM
tengok kt rancangan foodtruck kt channel hyppe sensasi...nasi dagang RM12 cmtu...
host dia si Razif ...

Semua sedap, mantap, padu bila kena bayar. Jjcm, vitdaily dll semua dah tak jujur bagi reviews.
Quote MissVixen 11-10-2017 02:50 PM
Foodtruck untuk humble chef dlu ada. Harga murah, rasa sedap. Rm5 je untuk pasta. Yang lain2 ni, aku tengok je dan tak pernah beli. Tak sodap dan mahal.
Quote Artemesiaa 11-10-2017 03:01 PM
Dah tahu bukak foodtruck cost mahal jadi jangan le jual benda2 yang ala2 cafe sangat mana kos tak jadi tinggi,  jual street food je cukup.  
Quote krustykrab 11-10-2017 03:04 PM
nasib baik aku tak pernah teringin nak makan2 kat foodtruck ni
Quote palmolive 11-10-2017 03:04 PM
bawalputih replied at 11-10-2017 02:32 PM
Kaannn...sume benda sedap bg dia

tp okla sikit dari si farouk husain..lg out dia punya komen
Quote lyza2474 11-10-2017 03:05 PM
agreed sangat2.. baru je makan last saturday.... harga macam kat  cafe 5 bintang ... , klu nk kata  kos mahal agak2 eh.. klu spahgeti tu  murah je kot  kosnyaa.. takyah lah  sampai sepinggan Rm15...

air mineral pun RM2.. padahal klu beli 1 kotak besar.. kos dlm 40sen je....

sekian
Quote Rainrein 11-10-2017 03:06 PM
Dulu suami suka try beli dari food truck ni. Ai cakap xyahla,  rasa x seberapa tapi harga mahal. Tapi tetap jugak dok borong bawak balik suh ai makan. Nak x makan kang kecik ati lak so makan la jugak.
Quote palmolive 11-10-2017 03:06 PM
MissVixen replied at 11-10-2017 02:48 PM
Semua sedap, mantap, padu bila kena bayar. Jjcm, vitdaily dll semua dah tak jujur bagi reviews.

aku lg suka tgk rancangan Ho Chak...nampak gak jujur
Quote damiqula 11-10-2017 03:14 PM
palmolive replied at 11-10-2017 03:06 PM
aku lg suka tgk rancangan Ho Chak...nampak gak jujur

aku pun suke ho chak,jujur n review pun pandai.walopon diorg makan mende harom,kekeke

Quote jee72 11-10-2017 03:18 PM
Firaun dulu2 niaga apa? Cmna leh tau rate tu?

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.251901 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top