Jutawan kosmetik, Dato' Aliff Syukri Kamarzaman memang dikenali ramai kerana gemar berceloteh dan kerap memuat naik status "mengundang" di media sosial. Namanya sering terpalit dengan kontroversi-kontroversi panas yang tidak pernah henti. Terbaru, menerusi laman Instagramnya, Aliff telah memuat naik gambar surat dari pihak polis yang menyatakan permohonannya untuk memasang cermin gelap pada empat kereta persendiriannya telah ditolak. "Dah mohon, kena tolak. Tak mohon, kena saman. Kalau tak pakai (cermin gelap), hidup saya tak tenteramlah tuan polis. Tolonglah saya," tulisnya. Statusnya itu sekali lagi mengundang kritikan netizen yang menganggap Aliff tidak wajar mengeluh kerana penggunaan cermin gelap hanya dibenarkan untuk orang kenamaan (VVIP) dan pesakit kulit yang disahkan oleh doktor pakar hospital kerajaan sahaja. " @aliffsyukriterlajaklaris atas alasan ape polis kena luluskan ko nak pakai tinted hitam?semata2 kerana bergelar dato seri dan jutawan belum layak la der..kau bukan PM,bukan ketua angkatan tentera bukan ketua polis bukan orang yang berdepan dengan ancaman keselamatan atau ade masalah kulit yang x boleh kena pancaran matahari cuma jenis gedik dan attention seeker jer pun.kalau rase x tenteram sebab faktor keselamatan tukar je lah cermin kalis peluru ataupun upah armed bodyguard untuk escort ke hulu ke hilir..susah kalau jenis x faham bahasa dan nak dapat layanan lebih nih" - kata hizam_izani "kalau nak tenteram pakai bullet prof aje uols. ataupun pakai je mine anti bomb. nak gelap buat ala ala langsir tu bila nil tutupkan langsirnya hahah" - kata hairul_faiezi "10 kali saman baru seribu... X luak pun duit" - kata radhiloveyana |
9
Bagus |
4
Marah |
3
Terkejut |
2
Sedih |
4
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT