CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kereta Dilarikan Bersama Dua Anak Ketika Ambil Payung Di Bonet Kereta

12-10-2017 06:14 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 10863| Komen: 192


sumber : Harian Metro


Akibat kecuaian, seorang wanita mengakibatkan kereta Perodua MyVi bersama dua orang anaknya yang berada dalam kenderaan itu dilarikan penjenayah di Taman Pulai Indah, Johor pagi tadi. 

Memetik laporan Harian Metro, ketika kejadian, wanita tersebut baru tiba di rumah bapanya di Taman Pulai Indah untuk menghantar dua anaknya, seorang lelaki berusia lima tahun dan perempuan berusia tiga tahun.

Difahamkan kebetulan ketika itu hujan dan mangsa pun keluar mengambil payung di bonet kereta. 

Tanpa disedari seorang lelaki bertopi warna biru mengambil kesempatan masuk ke dalam kereta dan melarikan kereta bersama anak mangsa.

Menurut Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad, ketika melihat suspek cuba masuk ke dalam kereta, mangsa segera cuba membuka pintu untuk mengeluarkan kedua orang anaknya, namun suspek turut bertindak pantas menguncikan pintu dan membawa lari kereta itu dengan laju.


Tambah Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri itu, adik lelaki mangsa cuba mengekori kereta terbabit dan ternampak anak perempuan mangsa ditinggalkan di tepi jalan beberapa lorong dari rumah bapa mangsa.

"Mangsa kemudian ke Balai Polis Kangkar Pulai untuk membuat laporan dan ketika di balai polis, mangsa menerima panggilan daripada adiknya memaklumkan ada orang menjumpai anak lelakinya di laluan masuk Taman Pulai Indah dan menghantarnya semula ke rumah bapa mangsa."

"Turut dilarikan ialah telefon bimbit jenis Samsung Note 2," katanya.

Menurutnya, kereta mangsa yang dibawa lari itu kemudian dijumpai terbabit dalam kemalangan di kawasan Ulu Choh pada 8.45 pagi selepas melanggar bahagian belakang sebuah lori.

Bagaimanapun, katanya, suspek melarikan diri bersama seorang lagi rakannya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 363 Kanun Keseksaan," katanya. - CARI
12

Bagus
9

Marah
8

Terkejut
13

Sedih
7

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 12-10-2017 06:19 PM
Payung simpan dlm bonet keta.....

Bini sapa le ni....
Quote marumaru 12-10-2017 06:24 PM
jahatnya org sekarang...
Quote matamata 12-10-2017 06:27 PM
Pada aku ini bukan cuai....mmg penyamun tu haram jadah....takkan nak amik payung kat bonet belakang pun nak kira cuai?
Quote caprut 12-10-2017 06:28 PM
jazaa100 replied at 12-10-2017 06:19 PM
Payung simpan dlm bonet keta.....

Bini sapa le ni....

sikit2 nk kecam
Quote jazaa100 12-10-2017 06:29 PM
caprut replied at 12-10-2017 06:28 PM
sikit2 nk kecam

Kejam kannn.....

Ok...aku tak kecam....
Quote cikedis 12-10-2017 06:30 PM
Ambil payung pun cuai?
Sampai bila mentaliti org Malaysia ni nak menyalahkan mangsa? Yg penjenayah suka2 boleh buat jahat
Quote matamata 12-10-2017 06:41 PM
kereta myvi kan? ofkosla tak blh letak payung kat cabin...sedan pun mcm tu jgk....takkan nak ban payung yg tak blh lipat kat dlm kereta?
Quote UMMI_MAI 12-10-2017 06:56 PM
ramai sungguh org jahat kat malaysia.... sedih betul
Quote BukanPenjilat 12-10-2017 07:00 PM
Lain le dia pegi beli payung 1km dari kereta..  Baru la cuai.. X pyh kecam sangat..nanti kena batang hdung sendiri nak kte apa?
Quote cmf_conan 12-10-2017 07:00 PM
matamata replied at 12-10-2017 06:41 PM
kereta myvi kan? ofkosla tak blh letak payung kat cabin...sedan pun mcm tu jgk....takkan nak ban pay ...

apsal takleh plak?? aku letak 2 payung (xleh lipat) lagi dlm kete aku..
kalo side mirror aku sebelah penumpang terlipat sebab sndol dek motor.. aku tunjal balik pakai payung jek..
Quote krustykrab 12-10-2017 07:12 PM
matamata: Pada aku ini bukan cuai....mmg penyamun tu haram jadah....takkan nak amik payung kat bonet belakang pun nak kira cuai?


Tu la bukannya kes cuai, dh payung tu kt bonet nk buat mcm mn...
Tak simpan dlm bonet nk simpan kt manalagi...letak kt bawah habis anak2 pijak sampai rosak
Quote rayray28 12-10-2017 07:14 PM
Ni mmg sekelip mata je dia buat keje ni...jumpe peluang depan mata terus grap tanpa lengah lagi
Quote missDollie 12-10-2017 07:17 PM
Memang haram jadah..pantang ada peluang..padan muka eksiden..
Quote missDollie 12-10-2017 07:18 PM
Apsal tak mampos je masa eksiden tu..
Quote alieyrina 12-10-2017 07:49 PM
Kaan eksiden tak mampos plak si celaka..aku xboleh byg anak ditinggal org mcm tu..kalau kereta lain langgar..haihhh
Quote Jorja 12-10-2017 07:54 PM
Mesti taik dadah tu..syukur anak2 dia tak apa2
Quote cikmi 12-10-2017 07:58 PM
Kalau mak dia tinggal anak2 sbb nk g kedai beli payung blh la kata cuai...
Quote diss69 12-10-2017 08:08 PM
Betul laa...xkan amek payung kt bonet dikira cuai?jahatnya manusia skrang ni...mujur xjadi apa2 kt bdk tu..
Quote tagas 12-10-2017 08:28 PM
jazaa100 replied at 12-10-2017 06:19 PM
Payung simpan dlm bonet keta.....

Bini sapa le ni....

Bodoh

Lihat semua komen(192)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.083119 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top