CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jualan Akhbar Merosot Teruk, Singapore Press Holdings Terpaksa Buang 230 Pekerja

13-10-2017 06:30 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3563| Komen: 13

Ketika pihak pembangkang negara jiran membuat tohmahan jahat kononnya Malaysia bakal muflis dan sering membuat perbandingan dengan Singapura, lain pula hal berlaku di republik tersebut.


Ekonomi Singapura kebelakangan ini bukan sahaja bergerak lesu, malahan banyak firma besar termasuk syarikat berkaitan milik pemerintah terpaksa membuang ribuan pekerja demi mengurangkan bebanan kos operasi.

Sebelum ini syarikat penerbangan kebangsaan Singapore Airlines (SIA) dilaporkan memberhentikan sebahagian besar daripada hampir 25,000 kakitangannya sendiri.

sumber : mynewshub

Memetik laporan Mynewshub, kini giliran firma media cetak terbesar Asia, Singapore Press Holdings (SPH) milik pemerintah terpaksa membuang 230 pekerja menjelang akhir tahun ekoran jualan akhbarnya merosot teruk!


Dalam kenyataan dipetik agensi berita AFP, gergasi surat akhbar terkemuka yang memonopoli penerbitan akhbar di republik itu sejak berpisah daripada Malaysia pada 1965; turut merancang memberhentikan ratusan lagi staf.

Hampir separuh daripada 400 kakitangan yang bakal diberhentikan sudah diberitahu tentang rancangan tersebut. Pihak SPH dilaporkan pada mulanya merancang untuk hanya berbuat demikian sebelum akhir tahun 2018 depan.

Namun ia mengumumkan langkah drastik itu terpaksa dibuat akhir tahun ini. Pada 1 Oktober lalu, SPH tutup akhbar kompak popular percuma TODAY yang diterbitkan sejak tahun 2000 dan beralih kepada platform online.

sumber : mynewshub

Ia ekoran edarannya jatuh dan kini hanya 300,000 naskhah sehari. Tahun lalu, SPH terpaksa menggabungkan harian The New Paper dan My Paper untuk menjadi akhbar dwibahasa Inggeris dan Cina diedarkan percuma.

SPH mendakwa, seperti organisasi media lain di seluruh dunia, perniagaan akhbar yang merupakan teras syarikat itu terjejas akibat berita online, dengan pendapatan daripada pengiklanan dan pengedarannya pula kian merosot.- CARI
9

Bagus
9

Marah
9

Terkejut
3

Sedih
10

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote highcastle 13-10-2017 07:05 PM
Hakikatnya masyarakat skg suka baca berita online. Cepat & takyah keluar duit..........
Quote akusukaq 13-10-2017 07:55 PM
semesti nya pembaca tak kira dimana akan pilih yg lebeh menjimatkan.bukan kat spore atau malaysia je.
Quote lkick2113 13-10-2017 08:03 PM
Lee hsin loong tak tau memerintah.... Ayuh selamatkan singapura @dcruins
Quote melayu.asli 13-10-2017 08:06 PM
Ni lah jadi nye kalau Cina memerintah.
Quote CiliPadiSedap 13-10-2017 08:22 PM
patutlah cari forum baru tukar s class rupanya makin untung
Quote RatuDunia94 13-10-2017 11:20 PM
Singapore tu pon pasarannya bukan besar mana.
Quote kamil8891 14-10-2017 09:34 AM
dorg mata wang DOLAR pon tak sempat nk tampung worker ramai2
kite matawang RINGGIT@MYR ni apatah lagi...hahahaha

tunggu dan lihat je...DENGAR2 gomen pye org pon akan ade penilaian mungkin mne yg x smpai KPi maybe rezeki xdek la nk koje ngn gomenTaro
Quote LostStar 14-10-2017 09:43 AM
Opis saya hujung tahun ni semua staff sokongan taraf kontrak tidak akan d sambung.. kerajaan pn makin kering.. hr da warning suruh cari keja lain siap2.. kesiannya {:yameteh
Quote dinopower2 14-10-2017 09:56 AM
ni semua salah najib
Quote dodifarid 14-10-2017 09:56 AM
Edited by dodifarid at 14-10-2017 10:00 AM

Sebab kalah bersaing dengan syarikat penerbangan europe dan negara rantau arab le tu.. MAS pun sama.. syarikat media cetak bukan takat singapore jer satu dunia merosot dengan adanya internet/smartphone
Quote dinopower2 14-10-2017 09:59 AM
highcastle replied at 13-10-2017 07:05 PM
Hakikatnya masyarakat skg suka baca berita online. Cepat & takyah keluar duit..........

takde kaitan ngan ke mcm mana?
klau tak bkn main sorg sembang tak berasas fakta time media prima rugi hr tu    iklan pun dah beralih platform sosial media... kurg kat tv dah.... nak survive mcm mana.....
Quote TuntungReturn 14-10-2017 10:03 AM
tu la. lantik lagik najib jdik pm
Quote -electrifying- 14-10-2017 11:49 AM
so yesterday baca paper

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.052030 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top