Seorang suami bertindak kejam dengan menembak isterinya yang sedang hamil di tengah-tengah orang ramai di sebuah pasar raya. Dalam kejadian yang berlaku di wilayah Udon Thani, Thailand itu Pichet, 41 cedera di dada kerana terkena tembakan pistolnya sendiri.
Manakala si isteri, Sirinporn Chumboonchu, 40, pula maut di tempat kejadian. Laporan dari Daily Mail menyatakan, Sirinporn meninggalkan rumah di Kanchanaburi awal bulan ini selepas mengetahui Pichet mempunyai wanita simpanan. Dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah keluarga di Udon Thani, 400 kilometer dari Kanchanaburi.
Walau bagaimanapun, Pichet mengekori dan berjaya menemuinya di sebuah pasar raya sebelum bertengkar dan menembaknya tiga kali dari belakang. Pichet yang juga seorang tentera dikatakan berang selepas isterinya meminta untuk bercerai. Peluru tersebut juga terkena pada kaki seorang budak lelaki berusia tujuh tahun dan dada seorang pembantu jualan berumur 32 tahun yang kini dalam keadaan kritikal. Ketua Polis wilayah Udhon Tani, Kolonel Suchat Uthayo, berkata anggota tentera itu ditahan kerana membunuh dan membawa senjata api di tempat awam. -CARI
|
8
Bagus |
12
Marah |
8
Terkejut |
10
Sedih |
9
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kakiselit replied at 19-10-2017 01:12 PM
Kembali kepada Islam sebenar. Islam ada penyelesaiannya secara damai.
ADVERTISEMENT