CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemilik Terkejut, Anak Kucing Dibunuh Dan Dikerat-Kerat

19-10-2017 11:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14333| Komen: 137

Description: Gambar anak kucing milik seorang penduduk di Parit 5, Sekinchan yang dibunuh dan dikerat-kerat baru-baru ini menjadi tular di media sosial.
Gambar anak kucing milik seorang penduduk di Parit 5, Sekinchan yang dibunuh dan dikerat-kerat baru-baru ini menjadi tular di media sosial.

Tindakan invidu tersebut dianggap terlalu kejam kerana menganiaya haiwan comel tersebut.

Kucing peliharaan Mohammad Rosmawar, 30 itu ditemukan dalam keadaan bercerai badan dan kaki di hadapan rumahnya.

Foto: Facebook
Menurut Utusan Online, dia tidak mengetahui pihak mana yang sanggup melakukan perbuatan tersebut.

"Sayu hati saya melihat keadaan anak kucing diperlakukan sedemikian rupa. Kami sekeluarga amat sayangkan anak kucing itu yang mempunyai mata berwarna biru."


Dia juga tidak menolak kemungkinan haiwan itu dibunuh di tempat lain sebelum diletakkan di situ.

Tambah Mohamad lagi, dia langsung tidak bermusuhan dengan jiran sekeliling.

Sebelum ini anak kucing itu juga pernah hilang dari sangkar tetapi berjaya ditemukan di atas sarang semut api.

"Masa itu, habis seluruh badan anak kucing saya dihurung dan digigit semut api sebelum saya buang dan bersihkan. Tak sangka kali ini anak kucing saya dikerat-kerat begini."

"Saya harap pelaku yang membuat aniaya pada kucing saya itu sedar dan insaf bahawa tindakan mereka itu adalah kejam," katanya. -CARI

19

Bagus
44

Marah
14

Terkejut
20

Sedih
16

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (139 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 18-10-2017 08:27 PM
SEKINCHAN, SELANGOR – “Habis anak kucing kami dipotong-potong,” demikian Shakila Desmond yang mengesyaki anak kucing milik abangnya, Putra Amed, dibunuh dengan kejam oleh jirannya.

Gambar yang dimuat naik sejak jam 10 malam semalam, mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata meluahkan rasa geram dengan perbuatan individu yang tidak berhati perut itu.

“Masalah kalau ada jiran yang gila, sakit mental. Anak kucing pun nak dibunuh. Habis anak kucing kami dipotong-potong. Kalau ye pun tak suka kucing, tak perlu seksa,” katanya.

Menurut Shakila, dia mengesyaki perbuatan itu dilakukan oleh jiran sebelah rumahnya. Malah Shakila mendakwa, individu yang sama juga pernah melemaskan seekor anak kucingnya dengan merendam haiwan kecil itu di dalam tong sampah berisi air sehingga pagi.

“Hari itu lagi bo.doh perangai dia. Dia ambil kucing dan direndam dalam tong sampah berisi air sampai pagi. Orangnya waras, anak isteri semua waras. Tetapi masing-masing suka menyeksa,” katanya.

Difahamkan hanya tiga ekor anak kucing yang tinggal dan Shakila tidak tahu kepada siapa dia hendak melaporkan perbuatan tidak berperikemanusiaan jirannya itu.

Dalam masa yang sama, Shakila bimbang jika tiga ekor anak kucing mereka itu akan menjadi mangsa yang seterusnya.

Ekoran kejadian itu juga, abang Shakila telah menghantar tiga ekor anak kucingnya itu ke rumah ibunya kerana bimbang akan keselamatan haiwan berkenaan.

Sementara itu, Putra Amed berkata, dia terkejut apabila menemui separuh badan dan sebahagian kaki anak kucing yang diletakkan di depan pintu rumahnya, membuatkan dia berasa sedih dengan kejadian yang menimpa kucing kesayangannya itu.

“Sedih sangat. Anaknya cantik-cantik. Mata semua biru. Yang mati itu yang paling gemuk dan comel. Kalau benarlah ini perbuatan orang, harap Allah tunjukkan balasannya nanti,” katanya.

Jelas Putra, dia tidak bermusuh dengan sesiapa, malah tidak pernah menganggu keluarga sesiapa mahupun mencampuri urusan orang lain. Namun orang kampung pernah berkata yang jirannya itu bermasalah.

Sehingga ke waktu itu, belum ada sebarang perkembangan terbaru dari Shakila dan Putra. Namun netizen berharap dua beradik berkenaan segera melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan lanjut. - thereporter
Quote Kittie 18-10-2017 08:30 PM


Letak la disclaimer gambar!



Quote JunkMail 18-10-2017 08:30 PM
Adakah aku kejam jika aku rasa hairan baca berita anak kucing kena bunuh masuk berita nasional?
Quote FOTHER-MUCKER 18-10-2017 08:34 PM
Kittie replied at 18-10-2017 04:30 AM
Letak la disclaimer gambar!

Kesihan kan tengok muka anak Kuching tu.
Quote harkktuih 18-10-2017 08:36 PM
Hanjengnya manusia ni
Quote MissVixen 18-10-2017 08:43 PM
Syaitonnnnye perangai. Setan pun tak kerat kucing.
Quote Decaffeinated 18-10-2017 08:52 PM
JunkMail replied at 18-10-2017 08:30 PM
Adakah aku kejam jika aku rasa hairan baca berita anak kucing kena bunuh masuk berita nasional?

sebab Sabak Bernam kot....



Quote dani-rox 18-10-2017 08:54 PM
jenis suka seksa dan bunuh hewan nih kalo tak dibendung akan upgrade jd serial killer.
Ke jiran tuan punya kucen nih saja jah seksa hewan utk dirakam dan kemudian bideonya diupload ke deep web.
Quote Rainrein 18-10-2017 09:09 PM
Mental betul sape yang bubuh kucing tu pastu taruk depan rumah tuan dia balik. Terkejut ai tengok pic tu tadi.
Quote EJALTI 18-10-2017 09:19 PM
Jilaker betul la yg bunuh anak kucing...

Semoga si pembunuh mampos dilenyek lori treler...
Quote edee_91 18-10-2017 09:28 PM
"Saya harap pelaku yang membuat aniaya pada kucing saya itu sedar dan insaf bahawa tindakan mereka itu adalah kejam,"

yeah righttt.... keep on dreaming, human.
Quote LavaUollss 18-10-2017 09:38 PM
Edited by LavaUollss at 18-10-2017 09:40 PM

meolsz merayu sesiapa yang membela banyak kucing di rumah tu tolong la pasang penapis udara coway. Bau hapak la. Kalau korang duduk rumah sebijik jauh dari org okay la. Ni duduk rumah teres, sampai rumah jiran sebelah pun bau jugak. Belum cakap kalau duduk kondo/apartment/flet pprt. Satu floor bau hapak dan hancing hoccaayyy. Tak salah nak bela binantang. Tapi tolong jaga kebersihan. Jangan lah rumah berbau sampai ke luar macam rumah retis debab andartu yang bela kucing
Quote lasagnaklcc 18-10-2017 09:41 PM
Tak suka pon takyah la kerat mcm tu.
Quote cmf_premierleag 18-10-2017 09:47 PM
Mohon kaka @melayu.asli beri komen sepatah dua sbg wakil koresponden dr sabak bernam
Quote ciwi1166 18-10-2017 09:53 PM
sah jiran die ni mental.
Quote arasham 18-10-2017 09:54 PM

Sabak bernam desa permai...
Quote taikor 18-10-2017 10:05 PM
apa jadi dgn sabak bernam ade sekor mental kerat2 kucing
Quote borrow 18-10-2017 10:10 PM
Ciannya Kucing mati sbb sakit pun vley patah hati.

If dibunuh cenggini . Sakitnya ati!!!

Serial killer , psycho . Memula deyol bunuh dera haiwan la.

Sila anta jiran gi check mental
Quote MsKathryn 18-10-2017 10:10 PM
Celaka pya org

Lihat semua komen(137)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.054552 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top