CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beri Susu Dibalas Tuba, Padah Bagi 'Kawan' Pinjam Kad ATM

20-10-2017 05:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9009| Komen: 62

Menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. Seorang lelaki kini menanggung beban selepas kenalannya meminjam kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sejak Jun lalu.



Foto: BH Online

Memetik BH Online, Yee Yong Kian, 32, tidak menyangka kenalan yang dikenali kira-kira dua tahun lalu, salah guna kad itu untuk melakukan pinjaman tidak wujud membabitkan jumlah RM360,000.

Menurut Yong Kian, suspek meminjam kad ATM bagi memudahkan majikannya memasukkan gaji memandangkan dia tiada akaun bank berkenaan.

"Saya tidak mengesyaki apa-apa kerana memikirkan akaun bank itu yang tidak aktif dan tiada wang, lalu memberikan kad itu bersama kata laluan.


"Selepas beberapa minggu, saya cuba menghubunginya untuk mendapatkan semula kad, tetapi gagal.

"Pada Ogos lalu, polis dari Wangsa Maju datang ke rumah memaklumkan akaun bank milik saya digunakan untuk menipu ramai individu. Ketika itu baharu saya sedar kenalan salah menggunakan kad bank yang saya pinjamkan, dan sehingga kini terdapat sebanyak 26 laporan di 24 balai polis," katanya.

Sejak itu sehingga 28 September lalu, dia direman dan diambil keterangan di beberapa balai polis. Yong Kian juga dibuang kerja akibat kes itu.

Pada 6 September lalu, dia didakwa di Mahkamah Seremban mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan kerana kesalahan memberi pinjam kad ATM dan didenda RM8,600.

"Denda itu hanya untuk satu kes, saya berdepan 25 lagi kes yang sama di seluruh negeri. Dengan keadaan tiada pekerjaan, sudah pasti susah untuk membayar denda.

"Saya berharap polis dapat menangkap segera suspek. Saya mendapat tahu suspek yang menggunakan Facebook untuk mengiklankan mengenai kegiatan pinjaman tidak wujud, turut menggunakan tujuh kad ATM milik individu berbeza untuk melakukan jenayah ini," katanya. - CARI
8

Bagus
10

Marah
16

Terkejut
4

Sedih
8

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kibodwatriuh 20-10-2017 05:27 PM
tak sangka apek Cina boleh kesilapan sebengap ini.
Quote Artemesiaa 20-10-2017 05:40 PM
Yang percaya sangat kat kawan buat hapa zaman sekarang ni ramai je kawan makan kawan.
Quote jasmeen 20-10-2017 05:43 PM
Yg polis repot pun dia tak pandai keep, sampai reput berlipat..nampak mamat ni punya filing system macamana
Quote raradhia 20-10-2017 05:48 PM
jasmeen: Yg polis repot pun dia tak pandai keep, sampai reput berlipat..nampak mamat ni punya filing system macamana


KAH KAH KAH
Quote idakamaruddin 20-10-2017 06:20 PM
jasmeen replied at 20-10-2017 05:43 PM
Yg polis repot pun dia tak pandai keep, sampai reput berlipat..nampak mamat ni punya filing system m ...

iols syak mamat ni lembam


Quote -electrifying- 20-10-2017 06:25 PM
kibodwatriuh replied at 20-10-2017 05:27 PM
tak sangka apek Cina boleh kesilapan sebengap ini.

kdg2 kite pon xjgka, yela kwn kan...
last2 kena mcm tu, mmg terduduk la
Quote cmf_premierleag 20-10-2017 06:29 PM
Salah sendiri la.. Bangang sgt
Quote kibodwatriuh 20-10-2017 06:35 PM
-electrifying- replied at 20-10-2017 06:25 PM
kdg2 kite pon xjgka, yela kwn kan...
last2 kena mcm tu, mmg terduduk la

Not in a million years bagi kawan ATM card dik. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Quote kaishi 20-10-2017 06:42 PM
tahun lepas, kes mcm ni gak lebih kurang

budak tu buat pinjaman ah long, deal online, pastu budak tu pas kad melalui bas, kire da smpai TBS ada org amek, so kad tu digunakan utk menipu orang

salah sorang yg kene aku, tak memasal hilang 2k sebab aku deal dgn penyangak ni nak beli laptop
Quote batmana 20-10-2017 06:49 PM
org ni bukan bodoh la
ni org jenis lurus bendul

korang yg kutuk ni baru abis sekolah ka?
tak pnah jupe org lurus bendul lagi?

pi la kluar rumah keje, campur ramai org, baru tau
Quote Jigglyjiggle 20-10-2017 06:59 PM
Kad atm ke kredit kad? Sy call hsbc tanya outstanding pun kena buat authorisation mCam2
Quote fuyupoktek 20-10-2017 07:01 PM
Cane guna atm kad buat loan eh xpaham
Quote Pink_Purple 20-10-2017 07:15 PM
macam2 cara menipu


kawan makan kawan
Quote kambinggila 20-10-2017 09:16 PM
yang ko bangang bagi kawan ko kad atm dengan pin bagai kejadah. tak kira la ada duit takde duit. bodo lapan belas lapis
Quote tagas 20-10-2017 09:49 PM
Cina bodohkan cina

melayu tepuk tgn
Quote moonbug 20-10-2017 10:21 PM
Mesti dia tak sangka. Akaun kosong takde duit, what's the worst that can happen? Dia tak terfikir la tu risiko sampai ke tahap mcm tu. Bkn semua org ada knowledge/awareness pasal benda mcm ni.
Quote spiderman80 20-10-2017 10:43 PM
Ada dua jenis benda yang Spidey tak akan pinjam kat kawan, no matter how good he is to me :-

1) Kad kredit/ATM
2) Bini

Yang lain-lain bukan di atas, ambil jer lah.
Quote spiderman80 20-10-2017 10:44 PM
batmana replied at 20-10-2017 06:49 PM
org ni bukan bodoh la
ni org jenis lurus bendul

Batman, end result tetap sama, iaitu bengap.
Quote alieyrina 20-10-2017 10:48 PM
Ha ah..aku x tepikir mcm mana dpt duit dgn kad atm..kalau kosong x aktif aku bagi jah.. tp kalau kwn tu keja kampeni, gaji masuk ke akaun org lain x logik plak....
Nasib x diduga ujian mcm ni..aku plak jenis cepat kesian

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.056791 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top