CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Anak Hilang Tahu Pula Meraung-Leka Main Game Handphone, Suami Isteri Ini Dikecam

23-10-2017 10:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10479| Komen: 41|Original author: Oleh: Myra Rozi

Mana satu lebih penting, telefon atau anak? Kalau ditanya mestilah jawapannya anak!

Tapi hanya kata-kata manis di bibir sahaja, realitinya ramai ibu bapa yang terlalu leka bermain telefon bimbit lebih dari menghabiskan masa dengan anak masing-masing.


Buktinya video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter @Iznizamali ini membuktikan institusi kekeluargaan semakin 'sakit' dan 'tenat'!


Dalam rakaman tersebut, seorang kanak-kanak lelaki dilihat berseorangan di atas tembok sebuah restoran. Jelas sekali riak wajahnya menunjukkan dia bosan.


Kedua-dua lelaki dan wanita yang dipercayai ibu bapa budak tersebut sedang asyik bermain game. Tak peduli langsung apa yang berlaku di sekelilingnya.

Perkongsian video ini mendapat lebih dari 20 ribu retweet dan lebih 5 ribu likes, sekaligus mengundang kecaman netizen.

Sepatutnya waktu keluar bersama beginilah, kita harus saling berkomunikasi. Tanya tentang perihal anak, bukan game yang diutamakan.

Cuba bayangkan kalau anak kecil itu hilang tiba-tiba, diculik dan sebagainya. Bagaimana pula kalau terjatuh atau ditimpa kemalangan, siapa yang bersalah?

Bukan orang lain, salahkan diri sendiri kerana leka dalam menjaga amanah yang telah diberi Tuhan. Fikir-fikirkan, dan jadikan ini sebagai satu pengajaran buat semua. -CARI
16

Bagus
23

Marah
38

Terkejut
14

Sedih
37

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (153 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harrypoter 23-10-2017 10:50 AM
alahai kesiannya budak tu
Quote raradhia 23-10-2017 10:55 AM
kesiannya, apakah mangkuk sgt????
Quote lolita737 23-10-2017 10:56 AM
dah tahap kronik dh kalau mcm ni..

sbb tu sy jarang install game yg boleh buatkan kita lalai n khayal..org kata nnt boleh jd ketagih.
selalu jugak pesan kat suami..kalau nk main game pun tggu anak2 tido dulu..kadang2 kesian bila anak duk panggil2 ayah, bapak dia duk leka tgk hp xmenyahut panggilan anak.
Quote blinkazwa 23-10-2017 10:58 AM
lagi satu menyampah kalau gi kedai makan..
aku gi kedai mamak..

tengok ada budak lelaki tu meraung2 nak beli gula2 mainan kat kaunter tu..
boleh la ayah.. boleh la mama... jerit budak tu...

duk menangis meraung guling2 depan kaunter  tu...
tengok jugak sape mak ayah nya.. pastu tengok mamak kaunter tu mcm pujuk la anaknya tu..
tengok anaknya nangis balik ke meja mak ayah nya..

rupanya mak bapak duk syok makan tak sedar ke diri..
anak mengamuk ke merayau ke.. tak pedulik.. janji dapat penuhkan tembolok sendiri...

boleh buat bodo je.. bapak makan sambil tgk bola kt tv..
mak makan sambil tgk hp...

rasa mcm nak gi lempar je pinggan kat muka mak bapak jenis gitu..
Quote zulka 23-10-2017 11:00 AM
blinkazwa replied at 23-10-2017 10:58 AM
lagi satu menyampah kalau gi kedai makan..
aku gi kedai mamak..

betul......kalau iye pun kedekut sgt, belikanla satu kan.....bukannya anak dia nk beli satu rak pun....
Quote matchstick 23-10-2017 11:12 AM
Org kawen beranak ko pun nk beranak..x beranak kang org kata mandul pulak kan.
Quote dory.thefish 23-10-2017 11:22 AM
ade anak xhargai anak tu.org lain nk dpt anak kemain susah..adui2
Quote prettyuglybabe 23-10-2017 11:29 AM
baru semalam nampak budak tergolek dari kerusi..
apaknya menten duduk tak bergerak pegang hp..
Quote yayangmama 23-10-2017 11:29 AM
huhuhu...parah ni sampai mak bapak wat dono je ngadap fon

at least mak tu layan la anak...dah ler sorang je, kesian nya la hai
Quote suka.suki 23-10-2017 11:35 AM
Ingatan utk diri sdiri.
Hopefully xder lah smpi mcm ni.
Quote haryatie 23-10-2017 11:40 AM
pemandangan mcm ni da biasa tengok
ramai parents leka dgn handphone
kdg2 menyampah pulak tengok perangai dia org
kita pulak yg risau ank dia org hilang atau jadik apa2..
rasa nak gi dekat dia org sekeh kepala tu  sekor2...
Quote Ratutulip 23-10-2017 11:40 AM
ALLAU kesian nya anak dia tu... sekejap je layan anak tu mkn.. nnt main lh game tu mlm2 dkt rumah.. jgn nnt mgeluh anak tk pedulik kn bila ank tu dh dewasa
Quote nisako 23-10-2017 11:46 AM
ishhhhhhhhhh ape jenis mak bapak cm ni............
Quote mizruncing 23-10-2017 12:01 PM
kesiannya tgk bdk ni. aku as a mak2 pn insaf sekejap
Quote CrowneGlory 23-10-2017 12:09 PM
anak dah hilang, mati kena rogol ke baru la meraung2 masuk paper ke tv merayu2 sedih bagai...ramai dah mcm ni...rasa nk bg tapak kaki je
Quote idakamaruddin 23-10-2017 12:10 PM
aku kalau kt umah hp aku merata2 je

kadang anak aku je main tgk utube mentang2 la data unlimited

tp kalau ngn laki aku, kalau laki aku nmpk aku pegang fon anak2 tgh buat benda2 siap la aku kene bebel..padahal masa dia tgk aku pegang fon tu br je aku pegang bkn buat apa pun

pantang btl dia tgk aku duk pegang fon, siap ugut2 nk stop line hahaha
Quote Jorja 23-10-2017 02:05 PM
Eleh netizen yg komen kesian anak dia parents tak guna tu betul ke tu.. entah2 2×5 aja la ni 99% semua dah jadi zombies.. I now memang dah tawar ati lah nak outing dgn adik beradik or gfs coz semua asyik layan hp I aja yg old school sorang2 sampai boleh timbul fikiran jahat betapa ruginya duit & minyak keta I ..fetch belanja makan tapi ujung2 macam jadi supir derang aja #kurangajar
Quote miemiecha 23-10-2017 03:51 PM
gadjet memusnahkan kalau x reti guna
Quote Meiizu 23-10-2017 04:28 PM
Jorja replied at 23-10-2017 02:05 PM
Eleh netizen yg komen kesian anak dia parents tak guna tu betul ke tu.. entah2 2×5 aja la ni 99% se ...

aku pun ada few frens yg aku dah malas nk kluar mkn
ko bayangkan sorang ni, dah le ajak aku mkn..time makan henfon dlm henbag aku tak kluar pun
dia plak mkn smbil tgok fon, aku try tanya..ajak2 sembang
sekali dua je angkat muka tgok aku..ckp lagi, serupa jugaklepas tu tnay balik "ko ckp apa tadi"

aku dah kluar dia >3 kali..lately dia ajak kluar, aku taknak, dah mcm aku sornag berckp dgn krusi,meja,lantai

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.071966 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top