CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

DBKL Kunci Tayar Kereta Saya Je, Kereta VIP Dibiarkan

23-10-2017 11:28 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7133| Komen: 36


sumber : Twitter @WinnieKepala


Siapa tak rasa marah apabila dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa tempatan, lebih-lebih lagi tindakan yang diambil itu didapati wujud unsur diskriminasi yang berlaku depan mata dan mempunyai bukti yang sah. 

Memetik laporan Harian Metro, seorang wanita meluahkan perasaan tidak puas hati apabila mendapati tayar keretanya dikapit petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedangkan kereta mewah berhampiran tidak diambil tindakan sama.

Perkongsian wanita itu melalui laman sosial Twitternya menjadi tular sejak Ahad lalu dan menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan netizen.

“Kereta saya dikunci kerana meletakkan kenderaan di kawasan dilarang. Baiklah, saya terima. Tetapi kenapa kereta VIP ini yang juga meletakkan kenderaan di kawasan yang dilarang tidak dikunci seperti mana saya kena sedangkan dia berada di situ terlebih dahulu berbanding saya,” katanya.


Selain itu, beberapa gambar sebagai bukti turut dikongsikannya sambil mempersoalkan adakah lambang polis terdapat pada plat kereta berkenaan menyebabkan DBKL tidak mengambil tindakan.

Jelas wanita itu lagi, ketika kejadian beberapa penguat kuasa muncul semula membuat rondaan kali kedua dan kenderaan ‘VIP’ itu masih tidak dikapit tayarnya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Penguatkuasaan DBKL Nasarudin Daharun berkata, dakwaan wanita terbabit berhubung diskriminasi yang diterima itu akan disiasat.

Menurutnya, pihak DBKL akan menyiasat sama ada kenderaan itu dikunci bahagian trafik jabatan berkenaan atau sebaliknya.

“Kami akan siasat ia dikunci bahagian trafik atau petugas yang dipinjamkan kepada operator pengendali parkir di bawah Yayasan Wilayah,” katanya.- CARI



25

Bagus
23

Marah
23

Terkejut
27

Sedih
19

Lawak
32

Bosan

Friends Rank (149 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 23-10-2017 11:37 AM
kdg2 besi pengapit tu tk cukup
tu yg jadi gtu
Quote trakea 23-10-2017 11:38 AM
Ini Nasarudin Daharun lagi sekor bacul. Sebut "parkir". Macam indon
Quote shernazz 23-10-2017 11:41 AM
batmana replied at 23-10-2017 11:37 AM
kdg2 besi pengapit tu tk cukup
tu yg jadi gtu

kalau x.cukup..sure yang putih diclamp dulu..
kemudian baru merah..
Quote Andyscenes 23-10-2017 11:42 AM
DBKL takut la tu.
Quote fushimi 23-10-2017 11:45 AM
dikriminasi di mana mana

Quote takayama 23-10-2017 11:47 AM
amboiii ada keistimewaan ek keta putih tu
Quote dizzzek 23-10-2017 11:51 AM
dbkl x bertelur

cuba lihat sekuriti penang:

Quote mizruncing 23-10-2017 12:09 PM
dunia skrg. mmg takut dgn VVIP ke cmne
Quote CrowneGlory 23-10-2017 12:18 PM
bertabahla ko tu timun...
Quote Jorja 23-10-2017 12:33 PM
Dah sendiri buat salah lagi tak puas hati. Dia dah kena mesti semua kena kekdahnya
Quote dinopower2 23-10-2017 12:38 PM
Jorja replied at 23-10-2017 12:33 PM
Dah sendiri buat salah lagi tak puas hati. Dia dah kena mesti semua kena kekdahnya

ofcoz la seme kena... motif pilih bulu....
Quote EJALTI 23-10-2017 12:42 PM
Tak adil macam ini!

https://www.hmetro.com.my/utama/2017/10/275673/tak-adil-macam-ini

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Oktober 2017 @ 8:00 AM

Hafidzul Hilmi Mohd Noor
[email protected]



Kuala Lumpur: Seorang wanita ‘panas hati’ selepas mendapati tayar keretanya dikapit petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedangkan kereta mewah berhampiran tidak diambil tindakan sama.

Perkongsian wanita itu melalui laman sosial Twitternya menjadi tular sejak semalam dan menimbul tanda tanya ramai netizen.

“Kereta saya dikunci kerana meletakkan kenderaan di kawasan dilarang. Baiklah, saya terima. Tetapi kenapa kereta VIP ini yang juga meletakkan kenderaan di kawasan yang dilarang tidak dikunci seperti mana saya kena sedangkan dia berada di situ terlebih dahulu berbanding saya,” katanya.

Wanita itu turut berkongsi beberapa gambar sebagai bukti ketika memuat naik status berkenaan di akaun Twitter miliknya.

Dia turut mempersoalkan adakah lambang polis terdapat pada plat kereta berkenaan menyebabkan DBKL tidak mengambil tindakan.

Menurut wanita itu lagi, ketika kejadian beberapa penguat kuasa muncul semula membuat rondaan kali kedua dan kenderaan ‘VIP’ itu masih tidak dikapit tayarnya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Penguatkuasaan DBKL Nasarudin Daharun berkata, dakwaan wanita terbabit berhubung diskriminasi yang diterima itu akan disiasat.

Menurutnya, pihak DBKL akan menyiasat sama ada kenderaan itu dikunci bahagian trafik jabatan berkenaan atau sebaliknya.

“Kami akan siasat ia dikunci bahagian trafik atau petugas yang dipinjamkan kepada operator pengendali parkir di bawah Yayasan Wilayah,” katanya.

Quote shamsadis 23-10-2017 12:46 PM
kedua-dua pemilik kereta tersebut adalah bangsa apa jika tukang pasang mangga hanya ada 1 mangga sahaja, dia pasang pada kereta putih, nanti kereta putih menyalak pula
Quote dizzzek 23-10-2017 12:47 PM
shamsadis replied at 23-10-2017 12:46 PM
kedua-dua pemilik kereta tersebut adalah bangsa apa  jika tukang pasang mangga hanya ada 1 mangga  ...

hari ni selektif buta lagi ke?
Quote aks_berhad 23-10-2017 02:49 PM
batmana replied at 23-10-2017 11:37 AM
kdg2 besi pengapit tu tk cukup
tu yg jadi gtu

aah...lepas tu kompom ke kereta puteh tu di park sblm kereta merah tu park? si penguatkuasa bknnya ada kat situ sepanjang hari. dia buat rondaan dan byk tmpat kena cover. nampak sgt kes meroyan kereta merah.
Quote akuMNdia 23-10-2017 02:53 PM
dah tau kereta ko bukan kereta mewah naper pi parking sepah2 camtu..??
dari menyalak2 tak adil tu..baik ko pi beli kereta mewah seketul, pastu sukati ko lah nak parking kat mana pun.
tp kalau kena saman/kepit gak jgn meroyan plak.
Quote gede-bab 23-10-2017 02:55 PM
Edited by gede-bab at 23-10-2017 04:47 PM
trakea replied at 23-10-2017 11:38 AM
Ini Nasarudin Daharun lagi sekor bacul. Sebut "parkir". Macam indon

"parkir" tu dah diguna secara meluas kat malaya ni...aku pun heran pasal apa kita terhegeh2 guna perkataan indon..sedangkan boleh ja guna 'tempat letak kereta'..kalau panjang sangat mintalah Dewan bahasa gubal istilah baru..
Quote MH3707 23-10-2017 03:01 PM
takyah ko nak kaitkan org lain pulak,,,ko dah buat salah,,pastu nak cakap "ehh dia pun letak kereta kat situ gak"... sendiri bodoh tak reti nak park kereta betul2,pastu nak menyalak...
Quote lasagnaklcc 23-10-2017 03:10 PM
I ada baca, isunya mcm driver kereta putih tu duduk minum area tu. Maybe wkt nak clamped tu dia ada berhampiran, so kau blh la angkat2 tgn. Yg kereta merah tu driver menghilang kot.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.208638 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top