Lagi kegiatan mencuri pakaian dalam wanita di kedai dobi layan diri dilaporkan. Memetik laporan Mstar Online, satu rakaman video berdurasi 55 saat dikongsi pemilik Dobi Depot di Kuala Pilah menunjukkan seorang lelaki menyelongkar sebuah mesin basuh di kedai tersebut.
Dia didapati mengambil pakaian dalam selepas memerhatikan keadaan sekeliling di situ yang tiada orang. Suspek kemudiannya menyembunyikan pakaian dalam yang dipercayai coli di dalam seluarnya sebelum meninggalkan premis tersebut. "Kegiatan mencuri pakaian dalam wanita di kedai dobi layan diri semakin menjadi-jadi sekarang ini dan terkini terjadi di Dobi Depot, Kuala Pilah pada 20 Oktober 2017 lalu. "Pihak kami ingin mengingatkan supaya kaum wanita mengambil langkah berhati-hati ketika mendobi dan sentiasa mengawasi pakaian anda serta peka dengan persekitaran keliling," tulis Dobi Depot menerusi satu kenyataan di Faceook. - CARI
|
raradhia replied at 29-10-2017 03:20 PM
mcm tu pun nak ambik? yaa hampun
raradhia replied at 29-10-2017 03:21 PM
mesti coli si @simatakucing ni. .yaaa hampun!
ADVERTISEMENT