CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bawa Motosikal Tanpa Lesen, Budak 11 Tahun Maut Bertembung Ambulans

30-10-2017 10:15 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7767| Komen: 83

Description: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun berasal dari Taiping, Perak maut di tempat kejadian apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah ambulans.

sumber : Utusan Malaysia


Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun berasal dari Taiping, Perak maut di tempat kejadian apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah ambulans.

Memetik laporan Utusan Online, jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada pukul 11.11 pagi.

Menurut saksi, hasil pelanggaran, mangsa yang dikenali sebagai Ahmad Hazim Ahmad Nazir terperosok di bawah ambulans , manakala motosikal teruk dilanggar ambulan yang terbabas. 

Biarpun orang ramai berusaha mengeluarkan mangsa dari bawah ambulans, namun dia didapati telah meninggal dunia. 

Difahamkan ketika kejadian, mangsa turut membonceng bersama kakaknya yang berusia 12 tahun, Anira Husna dilaporkan cedera parah. 


Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Harrith Kam Abdullah, kemalangan itu turut menyebabkan pemandu ambulans dan seorang jururawat mengalami cedera ringan.

Katanya siasatan awal mendapati semasa kejadian, ambulans dari Klinik Kesihatan Changkat Jering itu sedang menghala ke Kampung Senduk, manakala remaja tersebut bersama kakaknya mahu ke kedai runcit berhampiran.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila ambulans yang bergegas ke lokasi untuk mengambil pesakit dari laluan Changkat Ibol ke Bukit Gantang bertembung dengan motosikal yang tiba-tiba keluar dari simpang sebelah kiri menghala ke Changkat Ibol."

Harrith Kam berkata siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kemalangan.- CARI
13

Bagus
13

Marah
13

Terkejut
11

Sedih
14

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (79 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote raradhia 30-10-2017 10:25 AM
xtaw laa maw ckp apa, adehh
Quote Kak-Leen 30-10-2017 10:26 AM
Ibu ayah, tlg la.. Jgn beri izin anak2 ni bawa motor. 11 tahun dah pegang motor.. Budak2 ni x tahu pun cara yg betul berada di atas jalanraya & peraturannya.. Bila jadi begini, menangis air mata darah pun dah x berguna lagi.
Quote kentel 30-10-2017 10:28 AM
mak pak bodoh..pandai beranak x pandai jaga anak...
Quote felinecat 30-10-2017 10:29 AM
adoiii, kene beli ambulans baru..nyawa melayang
Quote True-X 30-10-2017 10:30 AM
baik budaknyer... dengar cakap mak ayah....
Quote sarahmirza 30-10-2017 10:33 AM
Orang kampung ni.
Tak kisah la anak bawa motor takde lesen.
Budak umur 11 tahun tu..
Takpe, ngeseks hari2 keluar lagi anak.
Quote SWORKS27 30-10-2017 10:33 AM
harap mak pak lepas ni, jangan la amik mudah..bagi anak2 naik mutu x pakai elmet...
jadi gini..teriak pun x guna dah...
Quote ultra78 30-10-2017 10:34 AM
Mujurlah langgar ambulans.Tak perlu lagi call ambulans..
Quote dubuk 30-10-2017 10:38 AM
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Quote ainashiqa 30-10-2017 10:49 AM
innalillah..da ajal budak tu
Quote prettyuglybabe 30-10-2017 11:02 AM
tahniah buat mak bapak mereka..
senang betul beranak tiap tahun..
tahun depan dapat la anak baru buat ganti..
jangan lupa bagi motor bila anak-anak dah start merangkak nanti..
pastu satu family rempit berjemaah masuk bawah lori..
Quote paz 30-10-2017 11:04 AM
Allah, parents pantau lah anak-anak.
Quote mieymiey 30-10-2017 11:08 AM
11 tahun dah bawa motor?
Sportingnyer mak ayah.
Takziah.
Quote -electrifying- 30-10-2017 11:26 AM
takziah kepada keluarga mangsa
Quote vanillaninja 30-10-2017 11:27 AM
Takziah buat family arwah.

11 tahun dah dibenarkan naik motor, siap bawak pillion lagi. Hmm. Semoga parents lain ambil iktibar.
Quote Ratutulip 30-10-2017 11:29 AM
ALLAHU ROBBI... innalillahiwainairojiun
area rumah sy sll jugak tserempak dgn bdk2 sek ren bwk moto, kaki pun tk samp tkial2 tp nk jugak merayaau dgn moto.. dh lh malam2 kita plak nk kena hati2 dgn dorang.. bila kita suruh balik kita plak dimaki nya ... (boleh ke kita panggil polis kalau kes mcmni?) risau... kang apa2 hal kita jugak dipersalah kn
Quote ais_kosong 30-10-2017 11:37 AM
takziah. moga jadi pengajaran kat parents
Quote jerukkedondong 30-10-2017 11:43 AM
Jgn lah cakap mak bapak bodoh...
Sedih I...
Ntah2..mak bapak dia tak tahun pun anak2 tu keluar bawak moto...
Kat kampung2 ni selalu nya bdk umur 7 tahun pun dh boleh bwk moto...
Susah nk cakap ...
Anak2 ni dikongkong sngt pun tak boleh..
Kalau buat tak tahu lansung lagi jadi haru biru...
Quote jebatmaspunyer 30-10-2017 11:43 AM
standard budak2 kg umur macam tu dah pandai bawak motor.. aku pun dulu umur 15 tahun dah bawak motor beli barang2 runcit kat pekan.. lupa dah start pandai bawak motor umur bpe.. Nasib baik x der apa2.. kemalangan kecik tu ada sekali dua tp Allah masih panjangkan umur.. even keta pun aku ambik lesen time dah pandai bawak keta manual.. siap g hantar n ambik adik lg kat sekolah.. cuma aku igt dulu bawak motor & keta time x der lesen bukan nak speed atau nak berlumba,, jauh sekali nak tunjuk hebat.. sekadar nak meringankan kerja mak & ayah...

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.067402 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top