Bercerita mengenai perayaan Halloween, macam-macam kostum adi wira bermain di benak fikiran kita. Dari yang nampak unik dan hebat, sehinggalah kostum pelik yang tak terjangkau dek akal.
Tapi, jarang kita tengok mereka yang menyambut hari perayaan itu memilih ibu atau bapa sendiri sebagai model untuk kostum mereka, kan? Kalau anak-anak kecil lain berebut nak 'menjadi' Batman, Spider-Man, lanun, mahupun zombi, tetapi tidak budak lelaki ini. Memetik BoredPanda, seorang pengguna laman sosial Imgur, BScribbs berkata, anak lelakinya tidak mahu memakai kostum adi wira pada hari Halloween. "Dua kedai kami masuk, tapi satu apapun tak dibeli. Dia tak nak jadi mana-mana adi wira," tulisnya.
Sampailah satu hari, anaknya mendapat idea untuk kostumnya yang akan dipakai pada 31 Oktober. "Pada malam sebelum Halloween, saya suruh dia pilih mana-mana adi wira kegemarannya dan saya akan sediakan kostum itu pada esoknya. "Terus dia melonjak gembira sambil menjerit 'Ayah'" katanya. Bapanya bekerja sehingga lewat malam dan jarang dapat bercuti. Dia bukanlah doktor atau peguam, tapi dia cuma seorang tukang masak di sebuah restoran. Setiap hari, dia akan pulang dalam keadaan tubuhnya kotor, berminyak, berbau dan kepenatan. Bapa mana tak sayang dan bangga dengan anaknya, lebih-lebih lagi apabila anaknya mengetuk setiap pintu di kejiranannya sambil menjerit ‘TRICK OR TREAT – SAYA JADI AYAH SAYA!' Bukan ayahnya sahaja, jelas kelihatan si anak juga sangat berbangga dengan bapanya yang memberi kasih sayang dan telah bekerja keras untuk menyara keluarga. Apa yang ditunjukkan kanak-kanak ini membuktikan tak semua adi wira memakai mantel dan ia membuat netizen terharu dengan tindakannya itu! - CARI |
43
Bagus |
24
Marah |
14
Terkejut |
19
Sedih |
22
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT