CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

8 Mitos Dan Kepercayaan Orang Rusia, No.4 Tu Boleh Pakai Ke?

3-11-2017 02:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10335| Komen: 24|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Setiap negara kaya dengan budaya, seni dan warisannya yang tersendiri. Dan setiap negara memiliki mitos dan kepercayaan mereka sendiri.
Setiap negara kaya dengan budaya, seni dan warisannya yang tersendiri. Dan setiap negara memiliki mitos dan kepercayaan mereka sendiri.

Hari ini, jom kita 'jelajah' Rusia sekejap dan tengok apa pantang larang menurut adat atau kepercayaan orang mereka. Nak tahu apa mitos atau pantang larangnya? Teruskan membaca!



1. Cermin pecah


Ia dianggap petanda buruk sekiranya terdapat cermin yang rosak atau pecah. Mereka percaya cermin adalah cerminan diri. Maka, seseorang itu akan mengalami nasib buruk sekiranya dia memecahkan cermin. 


Bukan sekali dua ditimpa malang, tapi tujuh tahun lamanya tau!


2. Bayi baru lahir

Foto: Lovin the Light

Ibu yang baru melahirkan tidak boleh menunjukkan anaknya kepada orang asing. Ini kerana masyarakat Rusia percaya bahawa orang asing yang menatap bayi baru lahir dianggap sebagai tanda jahat. 

Hanya keluarga terdekat dibenarkan menatap wajah bayi berkenaan. Selepas 40 hari, barulah ibu bapa bebas menunjukkan bayinya kepada sesiapa pun.


3. Arnab melintas

Foto: KickVick

Di beberapa negara, haiwan seperti kucing hitam dianggap membawa nasib malang. Seperti di Indonesia, jika terdapat kucing hitam melintas atau memotong jalan seseorang, ia dianggap pembawa sial.

Lain pula di Rusia yang menganggap arnab sebagai pertanda buruk. Jika ada seekor arnab menyeberang dan memotong jalan di depan mereka, maka itu dianggap pembawa sial dan akan berlaku sesuatu yang buruk dalam masa terdekat.


4. Bersin ketika berbicara


Mitos ini agak aneh kerana menurut kepercayaan mereka, jika seseorang sedang membuat pengakuan dan dia tiba-tiba terbersin, maka itu adalah sebuah kebenaran.

Sebaliknya, apabila dalam pengakuannya dia tidak bersin maka dia dianggap berbohong.


5. Kembali ke rumah kerana tertinggal sesuatu

Foto: Telegraph

Masyarakat Rusia yang terkenal dengan sikap menepati waktu ini 'dilarang' berpatah balik untuk pulang ke rumah kerana melupakan atau ketinggalan sesuatu. Jika diingkari, maka mereka bakal berdepan nasib buruk atau menempuh bahaya dalam perjalanan mereka.

Sebab itu, orang Rusia lebih rela meneruskan perjalanan daripada berpatah balik. Habis, kalau tertinggal barang penting atau anak, macam mana pula tu kan?


6. Menjilat makanan pada pisau


Kadang-kadang, kita tak menyempat tunggu makanan atau buah siap dipotong, lalu makan terus dari pisau. Siapa selalu buat macam ni?

Tetapi di Rusia, jangan pula anda jilat sisa makanan langsung dari bilah pisau kerana bagi mereka, hal ini menunjukkan sisi buruk dan kekejaman seseorang.

Kalau orang Rusia nampak anda buat begitu, anda akan dicop sebagai orang jahat atau pembunuh yang kejam. Mungkinlah.


7. Keluar rumah ketika hujan


Kepercayaan yang satu ini lain sikit dari sebelumnya. Orang rusia ni menganggap hujan merupakan sebuah keberuntungan. Mereka percaya jika hujan turun sebelum keluar rumah, ia merupakan satu rahmat. Maka, perjalanan akan menjadi elok dan bermanfaat. 

Ooh, patutlah orang Rusia suka keluar rumah masa musim hujan.


8. Hujan ketika upacara pernikahan


Suka betul orang Rusia dengan hujan ya. Malah, mereka menganggap hujan yang turun pada hari pernikahan akan membuat rumah tangga lebih makmur dan harmoni serta memberi kekayaan di masa hadapan.


Dalam banyak-banyak kepercayaan orang Rusia yang disebut, mana paling lucu atau tak masuk dek akal bagi anda? - CARI
7

Bagus
10

Marah
11

Terkejut
23

Sedih
7

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (77 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 3-11-2017 02:23 PM
Semua x le pakai..
Quote Rainrein 3-11-2017 02:34 PM
Semua pun macam mengarut je tapi ai suka yang pasal hujan tuh cos i myself love rain. Lagi lagi bau after hujan, rasa segar sangat terutama kalu kat kampung.
Quote CiliPadiSedap 3-11-2017 02:35 PM
ni petua orang tua, dan orang2 tua tu dah mati.

mari dengar petua orang muda mudi tepi pantai menari nari
Quote mrizumi 3-11-2017 02:53 PM
Lawak plak gif2 ats ni..
Tp mmg pelik dgr..ksian plak arnab yg cute tu..
Quote LostStar 3-11-2017 03:04 PM
no 5 tu.. bos lama dulu pon pernah cakap hal gitu.. kalau tertinggal barang, pergi dulu tempat yang nk dituju tu.. da settle apa yg patut baru patah balik amek barang tu.. pantang dia dah keluar rumah patah balik..
Quote mdhelmi 3-11-2017 03:36 PM
kalo dlm agama kita ada masa2 Allah angkat bala kita yg kita xtau
tiba2 kene patah balik, tayar bocor, enjin mati dan lain2
ada kemungkinan kalo kita teruskan perjalanan time tu, kat depan tu ada lori lenyek kita ke dsb
sbb tu kene selalu minta "ditunjukkan jln yg lurus"
Quote nisako 3-11-2017 04:36 PM
bersin tu x  betul la.......................
Quote alesandra 3-11-2017 09:06 PM
no5 tu aku percaya.bukan nasib buruk yg menimpa.cuma urusan tak dipermudahkan.....
Quote kimchipedas 4-11-2017 12:32 AM
Yang bersin tu jenuh la..
Quote greantea 4-11-2017 08:37 AM
iols selalu jek patah balik kalo ada brg tertgl. alhamdulillah xde ape2.
Quote fofuler 4-11-2017 02:01 PM
Kenapa aku baca macam hampir semua pernah aku dengar tapi kepercayaan melayu lah. So melayu rupaya asal rusia? Haha
Quote Jorja 4-11-2017 05:15 PM
No 5 tu selalu ada perasaan mcm tu
Quote Jorja 4-11-2017 05:15 PM
No 5 tu selalu ada perasaan mcm tu
Quote bioessence 5-11-2017 08:07 AM
Orang rusia orthodox Kristian
Menghampiri muslim
Quote precious_chicas 7-11-2017 08:11 AM
#5 tu mak mertua salu juga pesan camtu. kalau dah kuar rumah, then tersedar ada barang tinggal, seeloknya jangan patah balik. Tapi sekiranya patah balik juga, janganlah kuar terus. Duduk2 dulu dalam rumah lama sket then barulah mulakan semula perjalanan. kiranya mcm reset balik lah kot.

Ada sorang lagi pernah pesan, jangan mulakan perjalanan tepat pada waktu2 suku jam, contohnya pada 8.15,  8.45 gitulah.
Quote Artemesiaa 7-11-2017 12:16 PM
Lebih kurang macam orang Asia juga kepercayaannya
Quote Cyempaka 7-11-2017 07:28 PM
patah balik tu org melayu pun caya gitu. yang no 2, artis2 pakat mengikut dah. xnak tunjuk muka baby sampai sekian2 masa. kowserrr
Quote supernaturalee 8-11-2017 10:58 AM
bab patah balik tu
klu masih dekat lagi
patah balik je
nk plak brg penting
klu dh jauh mmg xlah
even wallet

Quote zupinkz 27-7-2018 05:28 PM
boleh percaya ke ni

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.061990 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top