CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Main Dengan Kakak Di Balkoni, Budak 7 Tahun Maut Jatuh Tingkat 6

6-11-2017 10:01 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4133| Komen: 12

Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut terjatuh dari tingkat enam sebuah kondominium di Jalan Pandan 3/11, Pandan Jaya, Selangor pada petang Sabtu.



Memetik Bernama, polis menerima panggilan mengenai kejadian pada kira-kira jam  6.45 petang.

"Petugas ambulans dari Hospital Ampang yang tiba di tempat kejadian mengesahkan kanak-kanak yang berasal dari Sabah itu meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian kepala," Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Mohd Zaid Hassan mengesahkan kejadian.

Siasatan awal mendapati mangsa tinggal bersama kakaknya yang berusia 10 tahun dan dijaga ibu saudara mereka berikutan ibu bapanya keluar bekerja.


"Semasa kejadian, mangsa dipercayai bermain bersama kakaknya di balkoni berhampiran ruang tamu rumahnya sebelum tiba-tiba memanjat pagar balkoni lalu terjatuh," katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, sementara mayat dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat. - CARI
9

Bagus
1

Marah
2

Terkejut

Sedih
1

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Vokuro 6-11-2017 10:03 AM
Bimbo nya kau dek
Quote zaziot 6-11-2017 10:05 AM
kesian..makpak xpenah explen ke bahayanye main kt balkoni tu..and nape la dibiarkan main kt situ.
aku yg dok tkt 20 ni pun anak2 xpenah kuar ke balkoni
Quote EvieWanKenobi 6-11-2017 10:08 AM
takziah.. boleh ye dibiarkan budak2
main kat balkoni tanpa pengawasan..
Quote Coffin69 6-11-2017 10:15 AM
Takziah...
Quote luvemedaa 6-11-2017 10:24 AM
Kesian. takziah.
Quote myakayina 6-11-2017 10:35 AM
kenapa lah dibiarkan main2 kat balkoni tu..   benda yg boleh dielakkan sebenarnya..tapi tula, dah ajal..
Quote prettyuglybabe 6-11-2017 10:37 AM
dah tau rumah ada budak, kenapa la tak kunci grill sliding door..
cuainya la penjaga..
Quote vanillaninja 6-11-2017 10:45 AM
Minta dijauhkan dari berlaku di kalangan keluarga I. Takziah buat family adik ni. Semoga sentiasa menjadi pengajaran buat semua.
Quote Pixie902 6-11-2017 11:19 AM
Takziah kepada keluarga.
Sedih dengar berita anak kecil yang masih tak tau bahaya kehilangan nyawa.
Bagi yang tinggal di apartment/kondo dan ada anak kecil (sekolah rendah dan ke bawah), keselamatan anak2 terutama bab2 pintu balkoni dan tingkap ni patut paling diutamakan.  
Tak boleh lalai/alpa, malang tak berbau.
Selalu sangat jadi kes budak2 terjatuh dari balkoni dan tingkap.
Quote iznanaziz 6-11-2017 11:21 AM
balcony rumah ni yg camana? yg berbatu ke atau yg ada pagar tu?
Quote MH3707 6-11-2017 04:23 PM
iznanaziz replied at 6-11-2017 03:21 AM
balcony rumah ni yg camana? yg berbatu ke atau yg ada pagar tu?

sama aje batu ke pagar ke kalau dah ajal...ke lain?
Quote batmana 6-11-2017 05:02 PM
ibu saudara tu brapa tahun?


klu remaja, mgkin jenis lalai

klu dh besar cm mak org, mmgla cuai sgt

msti trauma seumur hidup

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.048888 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top