CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mangsa Banjir Pulau Pinang, Kedah Meningkat

6-11-2017 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 26983| Komen: 485

Description: Bilangan mangsa banjir di Pulau Pinang meningkat kepada 2,119 orang awal pagi ini, lapor BH Online.
Bilangan mangsa banjir di Pulau Pinang meningkat kepada 2,119 orang awal pagi ini, lapor BH Online.

Mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) itu bertambah berbanding 1,944 orang yang direkodkan pada jam 10 malam tadi.


Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, mangsa ditempatkan di 27 pusat pemindahan yang dibuka sejak malam kelmarin.



"Jumlah terkini mangsa banjir dipindahkan di 27 pusat pemindahan ialah  2,119 orang membabitkan 449 keluarga.

"Seorang lelaki dilaporkan cedera selepas dipercayai dihempap pokok di Jalan Perusahaan Perai. Mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan pada jam 4 petang semalam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Beberapa jalan di daerah SPT termasuk Jalan Tok Kangar, Bayu Mutiara dan Jalan Bukit Minyak, Alma ditutup kerana banjir, manakala jalan yang tidak dapat dilalui kenderaan ringan ialah Jalan Tok Kangar, Juru.

Kawasan terjejas banjir di SPT ialah Taman Siakap, Taman Senangin, Taman Kempar/Kampung Main Road, Permatang Rawa, LLB Jalan Jelawat, Padang Lalang, Jalan Baru, Jalan Tanah Liat, Kampung Telok, Sungai Rambai.

Selain itu, Mukim 20 Kubang Semang, Bukit Teh, Kampung Jawah, Kampung Setul dan Kampun Manis turut terjejas banjir.

Sementara itu, bilangan mangsa banjir di Kedah juga meningkat kepada 3,402 orang membabitkan 938 keluarga.


Foto: BH Online

Menurut Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), sehingga jam 8 pagi ini, 40 pusat pemindahan masih beroperasi dengan daerah Kuala Muda dan Kulim paling teruk terjejas.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadual meninjau beberapa kawasan pusat pemindahan banjir di Pulau Pinang dan Kedah hari ini. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dauswq 5-11-2017 10:48 AM

Quote PyoNaRi 5-11-2017 10:51 AM
Teruk jugak tu tapi betui.kat utara ni hujan since pagi kemarin sampai ke malam.tiduq malam pun sejuk gila macam kat cameron tapi kedah tak dengar cerita lagi la pasai banjir kat mana2 ataupun i yang taktau
Quote prizadane 5-11-2017 10:52 AM
Aku pun wonder kenapa takde thread ni? Walhal timeline fb aku penuh dengan banjir penang ni.

Stay safe warga penang
Quote zamzam 5-11-2017 10:52 AM
betul ker bangunan2 tu runtuh kat penang?
Quote sinalegna 5-11-2017 10:53 AM
Teruknye.. macam the whole island nak tenggelam
Quote dauswq 5-11-2017 10:53 AM
Inundated by floods and blackout, Guan Eng asks military to ‘save Penang’ (VIDEO)

                                       
                                                                                                                                                                                                               



Continuous stormy weather has caused widespread floods and cut power supply in several areas across the island state. — Picture via Facebook.com/CMLimGuanEngKUALA LUMPUR, Nov 5 — Penang Chief Minister Lim Guan Eng has asked for military assistance following continuous stormy weather that has caused widespread floods and cut power supply in several areas across the island state.        In a video posted on his Facebook page, the DAP leader described strong winds and water rising 10 to 12 feet past the roofline in Penang and evacuation centres without electricity.






        “Penang asks for help from the Armed Forces,” he said in the accompanying text post.
        He also thanked Deputy Prime Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi for picking up his phone call at 3.30am today.

        “He promised to send the Armed Forces to save Penang,” Lim added and called on everyone to be patient while awaiting help to arrive.
        In an updated post on his Facebook later, the Penang chief minister listed the following areas as flooded, citing information from the Penang City Council: Jalan Masjid Negeri, Jalan Perak in front of the Taman Abidin flats, Jalan Makloom, Jalan Free School, Jalan Terengganu, Jalan Sg Pinang and Lilitan Stadium.
        
image:


A map of the Meteorological Department’s weather forecast as seen on their Facebook page.High winds and heavy rains lashed the island since 2pm yesterday. By 7.30pm, almost 80 areas in the state were inundated with water following non-stop rain and rising river waters which coincided with high tides.        According to the state's Department of Irrigation and Drainage (DID), the waters in some of the state rivers rose to dangerous levels. At 6.15pm, Sungai Dondang was at 22.11m, Sungai Air Itam at 6.84m and Sg Dondang at 22.11m.
        The Malaysian Meteorological Department forecasts continuous heavy rains in Penang and in Kedah (Yan, Kuala Muda, Kulim and Bandar Baharu) today.


Read more at http://www.themalaymailonline.co ... VBFl6X546HKRLSzX.99











Quote dauswq 5-11-2017 10:56 AM
PyoNaRi replied at 5-11-2017 10:51 AM
Teruk jugak tu  tapi betui.kat utara ni hujan since pagi kemarin sampai ke malam.tiduq malam pun s ...

area utara ni hujan tak berhenti sejak kelmarin
yg teruk kena kt penang terutamanya

Quote zamzam 5-11-2017 10:58 AM
PyoNaRi replied at 5-11-2017 10:51 AM
Teruk jugak tu  tapi betui.kat utara ni hujan since pagi kemarin sampai ke malam.tiduq malam pun s ...

ada kawan kat Yan, Kedah update banjir semalam tp dah surut pukul 3 pagi tadi.

Quote dauswq 5-11-2017 10:58 AM
zamzam replied at 5-11-2017 10:52 AM
betul ker bangunan2 tu runtuh kat penang?

betul berlaku. tp tak tau kat ne tu..
rumah tu tersegam indah runtuh akibat laluan air sungai yg sgt deras...



Quote dauswq 5-11-2017 10:59 AM


  • 1
  • 2


PAS kerah jentera bantu Pulau Pinang Hari ini, 10:02 am     Hari ini, 10:16 am


PAS menggerakkan semua jentera parti yang berkaitan bagi membantu kerajaan Pulau Pinang ketika negeri itu berdepan bencana banjir sekarang.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pertubuhan Khidmat Malaysia, Jabatan Amal Malaysia dan jentera parti itu diarah membantu semua mangsa yang terlibat.
"Dalam situasi genting sebegini, semua pihak perlu mengetepikan sebarang sentimen dan memberi fokus bagi menyelamat dan membantu mangsa," katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.
Tuan Ibrahim yang kini menjalankan tugas presiden PAS berkata parti itu berharap semua pihak bersabar dan mengutamakan keselamatan.

Pulau Pinang berdepan dengan hujan lebat berterusan dan angin kencang sejak semalam, dipercayai antara lain kesan taufan Damrey yang melanda Vietnam sebelum ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sudah berhubung dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi awal pagi tadi.
Ahmad Zahid dilaporkan berjanji untuk mengarahkan anggota tentera untuk membantu usaha menyelamat di negeri berkenaan.
Kata Lim kejadian yang berlaku kini adalah sesuatu yang tidak pernah dialami negeri berkenaan.
Tuan Ibrahim berkata bencana kemanusiaan merupakan suatu musibah yang boleh menimpa di mana-mana saja dan kepada sesiapa sahaja.
"Kepada Allah kita berserah dan kepada Allah kita mohon pertolongan," katanya.


Quote supernaturalee 5-11-2017 11:01 AM
Stay safe penang
area lain yg warna oren tu jgk
rmln cuaca ktnya berterusan smpi hr ni
jaga2 lah....
Quote tudunglitup 5-11-2017 11:03 AM
15 MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA

Ertinya: Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: ” Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka terhadap ibunya.

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain”. H.R Tarmizi.
Quote PyoNaRi 5-11-2017 11:04 AM
dauswq replied at 5-11-2017 10:56 AM
area utara ni hujan tak berhenti sejak kelmarin
yg teruk kena kt penang terutamanya

Ni tak hujan dah tapi nampak mendung sejuk lagi macam kemarin.nasib tak lebat sangat kemarin,kalau tidak tempat i teruk jugak naik.kemarin hujan biasa tapi berterusan.kat penang mungkin hujan lebat berterusan.
Quote PyoNaRi 5-11-2017 11:06 AM
zamzam replied at 5-11-2017 10:58 AM
ada kawan kat Yan, Kedah update banjir semalam tp dah surut pukul 3 pagi tadi.

Haa kiranya area belah sana yg banjir.tempat i kubang pasu tak dengar cerita sangat.mungkin ada tempat yg naik jugak tapi tak terok sangat macamtu
Quote tudunglitup 5-11-2017 11:07 AM
SUKAN BOGEL DI PULAU PINANG: ‘TOLONG JANGAN DOA KAMI DITIMPA BALA’

TELUK BAHANG – Penduduk di sini kesal kerana ada yang mendoakan supaya kawasan mereka ditimpa bala ekoran isu pesta sukan bogel di situ.

Rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi dan memberikan komen mereka di dalam laman sosial.

Antara komen paling popular ialah mengaitkan kemungkinan turunnya bala seperti tsunami di Teluk Bahang.

Penduduk, Nor Ariffin Mohammad, 43, berkata, tidak dinafikan kawasan berkenaan pernah ditimpa kejadian Tsunami.

“Namun seeloknya janganlah orang ramai doakan kami sekali lagi ditimpa bencana sama, sebaiknya kita doakan perkara yang baik-baik.

“Kami sebagai penduduk sendiri memang tidak mahu ia terjadi tetapi ia di luar pengetahuan orang kampung,” katanya.

Sekiranya acara berbogel itu diketahui penduduk kampung di situ berkemungkinan ada yang sudah membawa parang dan mengamuk.

Sementara itu, nelayan Zabidi Ali berkata, orang kampung pasti akan mengamuk jika dapat tahu ada acara berbogel.

“Ini kawasan kami, kenapa hendak buat perkara tak menentu? Kita tidak mahulah disebabkan perbuatan tidak senonoh mereka, kami pula kena tempias,” katanya. Sinar Harian / Foto ABNXcess

Quote InVendeTTa 5-11-2017 11:07 AM
Wah..umah baru lg dah hancur cam gitu..takziah la..
Quote idakamaruddin 5-11-2017 11:09 AM
lawak kawan aku gigih g penang smlm nk bercuti sbb unplanned

hr ni mau x blk agaknye stuck hehe

Lihat semua komen(485)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.076354 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top