CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Nelydia Senrose Simbol Seks?

22-11-2017 11:29 AM| Diterbitkan: CARI_Kolumnis| Dilihat: 28143| Komen: 67

Siapakah artis Malaysia paling cantik dan terseksi? Setiap orang ada pilihan tersendiri  dan ianya sesuatu yang subjektif! Dari pandangan mata saya tentulah orang ini! Apa yang menarik tentang gadis ini? Setiap foto peribadi yang dimuat naik dalam media sosial sentiasa menjadi perhatian netizen, sama ada kutukan atau pujian bertalu-talu berdasarkan dari penampilannya.


Pertama kali bersua dengan gadis berusia 23 tahun, kacukan Siam dan Melayu ini di sebuah café  Wangsa Walk, Kuala Lumpur. She is strikingly beautiful…Gadis itu sedang menikmati makan tengah hari,  kiew tiau goreng! Ditemani seorang actor kacak (Tak payah lah tulis nama kat sini, tapi pemuda itu memang hot!). 

Aktor yang kukenali itu menjemput duduk. Terlintas ada beberapa persoalan yang sedang bermain di minda, siapakah si cantik ini! Akupun duduk dan mula berbual santai. 

Nelydia Senrose Simbol Seks?


Ya, Inilah artis Malaysia yang berada di dalam carta teratas, antara artis  paling cantik dan terseksi dalam industri  berdasarkan kategori umur dan pembabitannya.  Nelydia Senrose atau nama lengkapnya Nik Zaris Nelydia binti Nik Sen yang sedang menjadi tumpuan ramai peminat  terutama lelaki disebabkan kecantikannya. 

Raut wajahnya tidak menampakkan seorang sebagai gadis Melayu tetapi lebih kepada Pan Asian! Bentuk tubuhnya indah sekali, mantap dan padat! Berkulit cerah dan mulus. Wajahnya sesuai untuk pertandingan ratu cantik, sedikit berisi dan tidak cengkung. Suka sangat muka dia… 
  
Kebetulan pelakon  yang membintangi serial drama TV popular,  `Setia Hujung Nyawa’ dan `Bukan aku Tak Cinta’ ini membuatkan aku teruja! Sepotong nama itu sedang melonjak di pasaran! Seorang gadis yang lembut dan tertip! Kebanyakan artis perempuan seangkatan dengannya nampak tergedik gedik hendak cari perhatian ramai, kalau tidak orang tak kenal kan?  But not her! Patutlah ramai pelakon lelaki pasang perangkap!!!  

Adik kepada pelakon berwajah seiras Uqasha Senrose ini bukan sekadar memiliki wajah cantik tapi juga pintar. Terbukti  dia memiliki ijazah dalam bidang psikologi. Dalam kerjayanya, sebagai anak seni, di tangannya ada 16 buah drama dan telefilem, sementara aksi di layar perak pula  `Cinderela ( 2013), Mat Tudung ( 2014) dan `Jebat’ ( 2017). Siri Tv,` Strawberry Karipap: Sesat di Paris’ dan sinambungannya `Strawberry Karipap: Hello Gold Coast ’. Bukanlah peranan yang baik boleh mengukur kemampuannya beraksi di depan kamera, lebih kepada penyeri filem. Insyallah, filem `Jebat’  ada peningkatan dalam kerjaya seninya. 

Nelydia Senrose Simbol Seks?

Nelydia pernah memenangi Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015, katogeri Hero & Heroin Pilihan bersama  Shanaz Ahmad. Patutlah sepadan kerana ketika itu dikabarkan mereka sedang hangat bercinta! Memang ngam! Sejauh mana hubungan itu, tanyalah tuan punya badan ya!  

Percintaan  Nelydia sering jadi ‘bumbu sensasi’ oleh media tempatan! Percintaan dengan Qi (pengacara  & pelakon) paling banyak diprebiukan.  Sekejap jadi, sekejap menafikan, akhirnya terputus di tengha jalan. Hangat jugalah kisah cinta mereka ini. Macam dalam skrip drama gitu! Namun,  perbezaan  jarak usia 16 tahun bukanlah faktor perpisahan mereka.. 

Imbas kembali. Pelakon ini  mula berlakon sedari usia 13 tahun melalui siri Spa Q pada 2007. Mula berkawan dengan Qi sejak sama-sama berlakon dalam drama `Friday I’m In Love’. Hubungan tersebut turut menimbulkan kontroversi apabila Nelydia didakwa menjadi punca perpisahan Qi dengan penyanyi Yuna. Namun Qi menafikan dakwaan itu.

Timbul pula cerita bercinta dengan pelakon Shanaz Ahmad. Juga tidak pengesahan atas status hubungan mereka, dan akhirnya pelakon macho itu berkahwin dengan orang lain dan kini hidup bahagia. 

Kemudian timbul gosip cinta berprofile tinggi dengan usahawan berjaya dan bekas suami Fasha Sandha. Gadis cantik ini menafikan sekeras-kerasnya. Dia masih muda dan perlu mencarilah pasangan yang sebaya! 

“Terus terang, buat masa ini saya selesa bersendirian dan tidak mahu fokus fasal cinta. Kalau boleh, saya mahu buat keluarga bangga dengan pencapaian dalam kerjaya sebelum melangkah ke fasa seterusnya baik dalam alam perkahwinan ataupun perkara lain yang bakal saya ceburi,” kata Neldia. 

Aktiviti mengundang sensasi! Kebanyakan selebriti lain memilih untuk menjual minyak wangi dan pakaian Muslimah, tapi dia lebih berani dan  merancang hendak mengeluarkan pakaian tidur. Koleksi di bawah jenama Impian by Neldia pasti menarik perhatian ramai. Tidak pastilah sama ada Nelydia yang akan menjadi model pakaian tidur itu.  

Nelydia Senrose Simbol Seks?

“Saya memutuskan untuk tampil dengan perniagaan baju tidur kerana ia begitu dekat dengan diri. Saya sukakan baju tidur, malah pendek kata, semua golongan wanita menyukainya.

“Cuma, saya rasakan sebelum ini tidak ramai orang yang berani membicarakannya secara terbuka. Tiada salahnya pun untuk menjual baju tidur. Malah, kalau dilihat pasaran luar negara, ia bukan lagi perkara asing. Ada jenama luar yang begitu dekat di hati wanita Malaysia. Jadi, kenapa tidak saya sendiri keluarkan barangan sama?” katanya kepada X-POSE. 

Meskipun ini merupakan cubaannya yang pertama dalam bidang perniagaan, Nelydia nampaknya optimis dengan apa yang dilakukannya. Malah, segala seleksi material untuk pakaian tidurnya dibuat dengan teliti olehnya.

“Impian saya adalah untuk berjaya dengan perniagaan ini dan melihat semua wanita di luar sana memakai pakaian tidur yang cantik”., 

Pasti ramai yang tertanya-tanya, adakah Nelydia sendiri akan menjadi model untuk pakaian tidur yang dibuat dari bahan satin lembut dengan hiasan renda-renda dalam potongan serba minimum itu kelak? Oh, maaf aku terlupa nak tanya, nak tahu… tunggu perkembangan seterusnya! 


32

Bagus
34

Marah
23

Terkejut
26

Sedih
16

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (159 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noraidil_06 22-11-2017 11:38 AM
Ooo dia ade degree. Ok impressive
Quote mesmerize 22-11-2017 11:44 AM
sheols mmg cantik la.. mata dah la besar n warna coklat2.. berlakon pun pandai.. masa dia belakon ngan sanaz dulu cite Bukan Aku tak Cinta, ai minat sangat la, jadi gedik mengada2 manja menggoda menjadi, berlakon marah, sedih semua pun menjadi.
Quote MH3707 22-11-2017 11:55 AM
jihan muse punya muka nak macam dia ni aku nampak..
Quote Aduradura 22-11-2017 11:56 AM
Antara nelly & ungkasya , iolls pilih nelly.  
Quote samasam90 22-11-2017 11:59 AM
motip ijara dengan kilaperari dipinggirkan nek hayam richie?
Quote mieymiey 22-11-2017 12:08 PM
Nelly cantik
Quote beruangmuda 22-11-2017 12:12 PM
Memang tak dinafikan... gebu betul
Quote GreenPeas310 22-11-2017 12:19 PM
suka lakonan nelly lagi2 dalam drama setia hujung nyawa dan bukan kerana aku tak cinta... chemistry dgn pasangan hero mmg umphhh
Quote enchikfitz 22-11-2017 12:21 PM
Penat je izara dan tekya tayang tetek tapi x dicop artis terseksi malaysia

BTW bagi meols nelly x seksi pun, tapi pembawakan diri orang nampak seksi. Jarang nelly pakai seksi. Tak mcm uqasha.
Quote onexox97 22-11-2017 12:30 PM
bila masa dia belajar
betul ke degree psikologi
tak mention pulak uni mana
Quote amiekz86 22-11-2017 12:36 PM
I pn minat nelly jugak..
Quote amiekz86 22-11-2017 12:36 PM
raisya boleh laaaa...tp muka garang..x lmbut mcm kakak2 dia
Quote putehkundor 22-11-2017 12:39 PM
Muka yg effortlessly sexy bagi mak cik puteh....zahirah mcwilson
Quote edoraixora 22-11-2017 12:42 PM
memang lengkap pakej nelly ni
nampak lebih sopan & behave berbanding uqasha
takdelah seksi sangat pun pemakaian dia....tapi sebab body dah mmg hot, pakai sopan pun nampak seksi
Quote datinamanda 22-11-2017 12:46 PM
Suka Nelly ni sgt contra dengan Uqasha
Quote CiliPadiSedap 22-11-2017 12:54 PM
penangan kacukan tomyam dan budu. belum tengok lagi kacukan bauksit dan tempe
Quote apedehal 22-11-2017 12:57 PM
setiap kali iols baca penulisan hakak richie ni msti mata iols ni cam nak katup2 ja.. neway, iols tgk nelly ni since blakon sepakQ lg.. ni ala2 scarlett johannson la mbesar terus jd sex symbol..wat about acik zila bakarin
Quote kakiseboksebok 22-11-2017 01:01 PM
putehkundor replied at 22-11-2017 04:39 AM
Muka yg effortlessly sexy bagi mak cik puteh....zahirah mcwilson

Setujuk dgn makcik.
Quote rain2169 22-11-2017 01:01 PM
ye betul tu..... this girl really pretty....

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.099858 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top