Bagi anda yang rajin memasak menu seperti nasi goreng, mi goreng, kerabu dan sebagainya antara bahan yang sering digunakan termasuklah sos ikan atau nampla.
Tak sedap rasanya kalau tak menambah sos ikan ini dalam makanan. Namun, kadang kala rasa tak yakin dengan sesetengah produk di luar sana dari segi tahap kebersihan dan juga sijil halalnya. Tak mengapa, ada cara untuk menyediakan sos ikan ini. Sebenarnya, ia diperbuat daripada ikan yang dijerukkan. Jus yang terhasil itulah ditapis dan digunakan sebagai sos ikan. Jom cuba! Bahan yang digunakan: 600gm ikan tenggiri
5 ulas bawang putih | dicincang kasar 1 biji limau nipis | diambil jusnya 5 helai daun salam 2 sudu kecil lada hitam 2 cawan air masak 1 sudu besar garam kasar Cara-cara membuatnya: 1. Potong kecil ikan tenggiri. Ketepikan. 2. Kemudian dalam satu bekas kedap udara, campurkan air masak bersama garam. Larutkan. 3.Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan tutup rapat. Biarkan selama 2-3 minggu. 4. Selepas tempoh mengawet, tapis air dan simpan di dalam botol. Simpan di dalam peti ais untuk tahan lama. Tip: 1. Biarkan ada sedikit ruang pada bekas kedap udara anda ketika memerap ikan kerana jumlah air akan bertambah semasa proses mengawet. 2. Sos ikan ini boleh bertahan selama 4 hingga 6 bulan. - CARI Sumber: Rasa
|
27
Bagus |
22
Marah |
27
Terkejut |
13
Sedih |
15
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pearl.silver replied at 27-11-2017 01:54 PM
Masak apa sedap guna nampla ni
I guna buat pad thai je
MissVixen replied at 27-11-2017 02:22 PM
Masuk dalam red curry, green curry, masak paprik, paru balado, nasi goreng kampung, telur goreng ...
pearl.silver replied at 27-11-2017 03:07 PM
Telur goreng thai tu camne
MissVixen replied at 27-11-2017 03:12 PM
3 biji telur campur dengan 1 sudu nampla. Pukul sampai buih siket. Panaskan minyak banyak dalam ku ...
pearl.silver replied at 27-11-2017 03:27 PM
Ooo...ni mcm telur dadar kt restoran siam ek..
ADVERTISEMENT