Di atas ini terdapat beberapa contoh gambar wang kertas zaman dahulu yang tidak lagi di gunakan pada masa kini.. ‘Ringgit’ berasal daripada sisi bergigi wang perak Sepanyol yang banyak digunakan pada zaman dahulu. Matawang Malaysia di kenali sebagai Ringgit Malaysia dengan kod mata wang MYR. Ringgit boleh dibahagi kepada wang kertas dan juga wang syiling. Wang kertas terdapat dalam nilai RM1, RM2, RM5, RM10, RM50, RM100 manakala wang syiling terdapat dalam nilai 1sen, 5sen, 10sen, 20sen dan juga 50sen. Di Malaysia, Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan mengawal kesemua pengeluaran wang baru. Wang kertas pertama yang di keluarkan pada tahu 1967. Simbol ringgit yang di gunakan ialah $ dan pada Februari 1996, simbol ringgit telah bertukar kepada RM.
Dikongsikan Sejarah Mata Wang Malaysia untuk pengetahuan bersama.... 1870 : Sistem wang token dan piawaian emas digunakan secara meluas dalam segala aspek transaksi perdagangan. 1899 : Mata wang kertas pertama diterbitkan oleh kerajaan, disandarkan kepada surat jaminan dan logam perak. 1906 : Kerajaan menyandarkan mata wang kepada sterling (aloi mengandungi 92.5% perak). Setiap satu dolar setara dengan dua sterling dan 4 dime, dan60 dolar selat setara dengan 7 wang emas bernilai 20 syiling sterling setiap satu. Pemilik wang kertas boleh menukarkannya kepada kerajaan dengan logam sebanyak jumlah yang tertulis di muka depannya. Sistem kadar pertukaran bebas dan perjanjian Betton Woods mula dirangka untuk dilaksanakan sepenuhnya ke seluruh dunia. 1954 : Lembaga Suruhanjaya Mata Wang Malaysia dan British Borneo menukar mata wang kertas kepada Dolar selat (logam) yang kemudiannya digantikan dengan dolar Malaya. 1958 : Ordinan Bank Negara Malaysia mengamalkan sandaran minimum 80.59% rizab antarabangsa untuk percetakan mata wang. 1967 : Bank negara Malaysia mengeluarkan wang Ringgit Malaysia (RM) menggantikan dolar. Pada tahun 1973 hingga tahun 1985, sistem kadar wang convertible (boleh ubah) mula diamalkan di Malaysia bagi menstabilkan wang ringgit. 1975 : Wang RM baru dikuatkuasakan di bawah Akta Mata Wang Malaysia. Penggunaan piawai emas dihapuskan. Nilai mata wang Malaysia ditentukan oleh sekumpulan mata wang negara lain iaitu rakan perdagangan utama. Pada tahun 1985 hingga tahun 1997, sistem pertukaran mata wang kadar terapung diamalkan memandangkan pertumbuhan ekonomi dan perdangangan kian rancak. 1998 : Nilai mata wang ringgit ditambatkan kepada RM3.80 untuk setiap USD 1. |
ADVERTISEMENT