Pergi sahaja ke Kota Kinabalu, Sabah pasti benda pertama yang akan terlintas bila sebut makanan adalah makanan lautnya yang menjadi sebutan ramai sebab murah dan sedap.
Disebabkan sering mendengar mengenai kehebatan makanan laut di sana, sampai kita terlupa bahawa terdapat beberapa lagi makanan yang tak kurang menariknya dan berbaloi untuk dicuba! Ini antara beberapa lokasi menarik yang dikongsikan Vit Daily untuk anda menikmati sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan akhir sekali makan malam. Terbaik dan memuaskan! Sarapan Pagi Restoran Happy Muslim Untuk sarapan pagi anda boleh cuba di restoran ini kerana dimaklumkan bahawa Mee Rojak dan Soto Campur di sini adalah tarikan utama.
Kuah rojaknya boleh dikatakan pekat malah sampai boleh buat orang yang makannya susah untuk berhenti dari menikmati hidangan berkenaan. Kalau anda nikmati hirupan sup dengan perlahan, boleh rasa yang sup ini sudah direneh sebaiknya dalam jangka masa yang lama. Selain dari rojak dan soto terdapat juga pelbagai lagi pilihan makanan lain di sini yang anda boleh cuba. Wan Wan Coffe Shop Mee Konlo dan Tom Yam Ikan Merah disini dikatakan sangat memuaskan hati sehingga membuatkan anda rasa amat berbaloi berjalan ke Kota Kinabalu. Tak cukup dari itu hidangannya juga amat simple. Tom yam di kedai ini sudah menghampiri rasa asam pedas tetapi anda perlu datang sendiri ke sini untuk merasai keistimewaan hidangannya. Anda juga perlu bersedia untuk beratur menunggu giliran kerana ia sentiasa penuh dengan pelanggan. Makan Tengah Hari The Warung Jangan disangka kedai yang ringkas bermaksud makanannya serta rasanya juga ringkas. The Warung pasti membuatkan anda puas hati bila makan di sini. Porsi makanan di sini amatlah banyak sehingga ambil masa nak habiskan nasi lalap serta ayam penyetnya. Warung Bandung Anda peminat ayam panggang belado atau peminat setia makanan pedas? Ha sinilah warung yang patut anda cuba kerana ayam panggang beladonya adalah versi paling pedas yang boleh buat anda berasap makan. Di warung ini juga ada nasi panggang yang sedap di makan bersama ayam panggang belado. Jadi apa lagi bolehlah cuba. Minum Petang Kedai Kopi Kak Tini Kalau anda pernah dengar nama kedai Pisang Goreng Beratur dari rakan-rakan yang pernah ke Kota Kinabalu maka inilah gerainya. Kedai Kopi Kak Tini memang legend habis dan dikenali di kalangan orang ramai. Menggunakan pisang Abu, rasai sendiri kerangupan pisang gorengnya yang memang lain dari yang lain. Kawasannya juga tidak berapa sibuk dan selain pisang goreng biasa, di sini juga ada pisang goreng cheese. Anda jangan terkejut jika lihat ada yang datang ke kedai ini bungkus sampai berpuluh ringgit kerana ia adalah kebiasaan. Makan Malam Todak Waterfront Seafood Market Kalau ke Sabah tidak makan makanan laut pasti ada sesuatu yang tak kena pada diri anda. Terletak sebaris dengan pasar Filipina, Todak Waterfront Seafood Market pasti menjadikan mata anda rambang untuk memilih makanan laut apa bagi makan malam. Gerainya juga banyak dan anda perlu membuat pilihan dan antara yang menjadi kegemaran adalah Gerai Santai Haji Manja. Kalau orang ramai sangat, pengunjung kenalah banyak bersabar. Yang pasti, kebanyakan hidangan di sini disediakan di dalam kuantiti yang banyak, silap-silap boleh kongsi berdua. Wah, baru tahu kan banyak lagi makanan yang boleh dicuba kalau ke Kota Kinabalu. Jangan lupa cuba semua yang dicadangkan okay! -CARI
|
6
Bagus |
3
Marah |
4
Terkejut |
2
Sedih |
11
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
manehnya: yeah.. lunch kt todak waterfront is a must in keykey..!hari2 nak!
ADVERTISEMENT