CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Hei Geng Pemalas, 6 Barang Ini Memang Sesuai Untuk Anda!

29-12-2017 03:25 PM| Diterbitkan: Cari-Has| Dilihat: 4032| Komen: 17|Original author: Oleh: Has

Dengan kecanggihan teknologi hari ini, dah banyak rupanya benda yang dicipta khas buat 'golongan pemalas'. Amboi! Kalau anda tergolong dalam kumpulan ini, anda pasti akan menyukainya!



Kenapa?

Kebanyakan daripadanya dicipta dengan ciri dan fungsi bagi memudahkan urusan seharian kita terutama buat si pemalas yang enggan 'mengangkat punggung' hingga nak menggerakkan kepala pun terasa berat sangat! Jom tengok, apa saja bendanya tu.


1) Cermin mata (Vinmax's new Bed Prism Spectacles)

Foto: Qoo10.sg

Anda pasti suka membaca ketika berbaring, kan? Dengan adanya produk seperti ini, maka mudahlah untuk anda membaca ketika berbaring. Tak perlu lagi menundukkan kepala ketika membaca hingga leher terasa sengal dan lenguh. Bagus betul, kan?



2) Bantal alat kawalan jauh serbaguna

Foto: Webjazba.com

Eh, eh! Bantal seperti ini pun ada? Macam alat kawalan jauh jer bantal ni. Yalah, bila tubuh dah baring di atas sofa, pasti terasa malas nak bangun, kan? Nah, bantal seperti ini amat berguna buat anda untuk mematikan lampu ataupun ingin menyalakan pemain DVD anda.


3) Meja ajaib

Foto: Pdword.com

Eh, meja apa pula ni? Sebenarnya meja sekecil ini boleh dijadikan tempat menyimpan makanan. Alah, ala-ala peti sejuk, tapi versi meja. Menarik bukan?


4) Mesin kebun

Foto: Pinsdaddy.com

Apa tu? Lah, rupa-rupanya ini adalah robot untuk membantu anda menanam rupanya. Senang cerita, 'campak' saja tanaman yang anda inginkan, kemudian biarkan robot ini saja yang tolong siram dan 'membelai' tanaman anda. Dah tak perlu nak bersusah-payah bercucuk-tanam. Senang kan?


5) Pemicit ubat gigi (iLifeTech Hands Free Toothpaste Dispenser)

Foto: Unusualgifts.in

Pernah terasa malas setiap kali mahu menggosok gigi? Mesin ini sangat sesuai untuk anda kerana ia mampu mengeluarkan terus ubat gigi ke atas berus gigi anda. Hanya perlu memasukkan berus gigi ke dalam lubang mesin ini dan semuanya akan dijamin 'beres'. Wow! Betul-betul menjimatkan masa! Tiada lagi tiub ubat gigi yang comot kerana anda malas membersihkannya.


6) Garpu automatik (The Spinning Spaghetti Fork)

Foto: Amazon.com
Okey, ini dah pemalas tahap 'dewa' namanya! Nak makan mi pun, kena guna garpu automatik ya? Garpu ini akan menggulung sendiri mi yang akan 'disumbat' ke dalam mulut anda. 

Mungkin satu hari nanti, akan dicipta sebuah mesen untuk menggerakkan tubuh manusia kerana sikap malas semakin parah. Tetapi penulis percaya, pembaca semua rajin-rajin, kan? - CARI

9

Bagus
19

Marah
7

Terkejut
13

Sedih
9

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 29-12-2017 04:29 PM
No 6 tu nk makan pun malas. Baik mati je lah
Quote ninjago 29-12-2017 04:33 PM
click n grow tu cam berguna je especially tuk org yg xde green fingers.
Quote greantea 29-12-2017 04:55 PM
meja ajaib tu mcm menarik. mana nak carik?
Quote Skuau 29-12-2017 04:57 PM
'poket doraemon'???{:cryrun
Quote buragazz 29-12-2017 04:57 PM
matchstick replied at 29-12-2017 04:29 PM
No 6 tu nk makan pun malas. Baik mati je lah

Aku baru nak cakap benda yang sama.. sila meninggal klu dah tahap nak pusing garfu pun malas...
Quote sehirkedi 30-12-2017 12:17 AM
Mesin kebun tu menarik laa..boleh tanam memacam..kalau busy outstation pun takyah risau pokok kering..
Quote SerenaBlair 30-12-2017 04:10 AM
Yg 6 tu tahap dewa punya malas tu
Quote bungarose 30-12-2017 10:05 AM
Nak beli ler click and grow tu
Quote virgocircus 31-12-2017 01:10 PM
Hahahaha..pemalas nk mam..s sgt dah ni.
Quote MeghanK 31-12-2017 01:18 PM
nak gulung pasta pon malas asal tak buat sekali tools yang hancurkan makanan siap2..tak payah gigit dah, suap terus telan
Quote yangsemb 31-12-2017 07:58 PM
Hahahaa...genius sungguh pencipta2 itew {:cryrun
Quote onexox97 31-12-2017 11:18 PM
tak membantu pun sy malas bahagian lain
Quote onexox97 31-12-2017 11:18 PM
tak membantu pun sy malas bahagian lain
Quote generate 1-1-2018 09:59 PM
Nak picit ubat gigi pun malas baik tak payah gosok gigi. Biar mereput gigi tu.
Quote chinta89 2-1-2018 04:46 PM
ubat gg dan garfu tu, btl2 pemalas punya orang la
Quote indenial 2-1-2018 05:11 PM
Bestnyaaaa... Ubat gigi tu kalau jenis lps  picit pastu letak tube paste tu merata2 mmg kena beli la. More hygenic lg
Quote simatakucing 2-1-2018 09:19 PM
matchstick replied at 29-12-2017 04:29 PM
No 6 tu nk makan pun malas. Baik mati je lah

Hahahahah

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.066446 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top