CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jernih, Tiada Pelindung Atau Langsir! Wow, Hotel Bubble Iceland Khas Untuk Yang Berani

12-1-2018 12:51 PM| Diterbitkan: Cari-Nora| Dilihat: 6835| Komen: 16|Original author: Oleh: Diba S.

Kaki jalan dan pengembara tegar sudah maklum Iceland sememangnya kaya dengan pelbagai pengalaman semula jadi yang menawan dan menarik. Antaranya aurora borealis, geiser dan glasier, silfra dan banyak lagi fenomena semula jadi yang mengagumkan. 


Berpeluang menjejakkan kaki di Iceland tapi tak pasti di mana nak bermalam? Ada banyak hostel, hotel dan Airbnb (homestay) yang anda boleh pilih mengikut bajet anda. 

Namun ada sebuah jenis penginapan yang anda pasti nak cuba kalau dah terlajak ke Iceland. Cubalah menginap di dalam bubble atau igloo tanpa ada apa-apa pelindung atau langsir ini! 

Lokasi Bubble ini kurang 70 minit pemanduan dari bandar Reykjavik. Lokasi sebenar hanya akan dimaklumkan selepas tempahan dibuat. 

Jika anda datang pada musim sejuk, kebarangkalian untuk anda menyaksikan aurora dari dalam igloo adalah sangat tinggi! Jika anda datang pada musim panas pula, anda boleh menyaksikan matahari tengah malam. Mengujakan, bukan?!

Lokasi penginapan ini sungguh strategik, berdekatan dengan tempat menyaksikan geiser dan juga kolam air panas tertua di Iceland iaitu The Secret Lagoon dan juga sebuah ladang kuda. Sebuah restoran turut terletak berdekatan. 

Anda harus cuba Langoustines dan pizza margarita beserta sos cili raspberi di Restoran Mika ni. Memang sedap dan pasti licin pinggan!

Jenis penginapan ini mungkin bukan untuk semua orang. Bagi yang berani dan mahukan pengalaman penginapan yang berbeza, cubalah! Anda pasti puas hati! -CARI
10

Bagus
2

Marah
6

Terkejut
19

Sedih
8

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kiambang 12-1-2018 01:07 PM
Mesti mahal harga semlm .
Quote shernazz 12-1-2018 01:15 PM
Adeh
Malu iols nakntido..
Hahaha
Tapi mmg nampak best
Quote onexox97 12-1-2018 01:26 PM
bestnya
tapi makesure takda org sebelah
Quote amyza 12-1-2018 01:46 PM
Rasa macam tido tengah padang jer...maluuu lah.{:shy
Quote matchstick 12-1-2018 01:47 PM
cantik..tapi nak kencing berak kt mana
Quote yangsemb 12-1-2018 01:58 PM
Ishhhh...nak tukar2 bj camane eh
Quote uori 12-1-2018 02:19 PM
matchstick replied at 12-1-2018 01:47 PM
cantik..tapi nak kencing berak kt mana

kan! musim ujan sekarang pun asik berulang ke tandas!
Quote zulka 12-1-2018 03:00 PM
kalau pasangan baru kawin tak cecuai sgt...
Quote Artemesiaa 12-1-2018 03:09 PM
Dah tempatnya tengah hutan nak gi sana pun kena ada kebenaran baru boleh tahu lokasinya dimana jadi privasi agak terjaga.  Lagi pun omputih kan memang suka cabin sebegini dan hormati privasi masing2 berbanding kita yang lebih prefer tertutup semuanya sebab takut ada yang datang skodeng.
Quote tint2519 12-1-2018 05:11 PM
Port best untuk honeymoon ni
Quote BookerT 12-1-2018 06:21 PM
amyza replied at 12-1-2018 01:46 PM
Rasa macam tido tengah padang jer...maluuu lah.{:shy

kenapa nyah? kau nampak mcm dugong atas padang ke cane nyah?
Quote amyza 13-1-2018 10:39 PM
BookerT replied at 12-1-2018 06:21 PM
kenapa nyah? kau nampak mcm dugong atas padang ke cane nyah?

Haha. Sebab feeling cutting model la rasa macam ada jer mata2 memerhati. Karang tak pasal2 kuar gambar bogel kat tenet. ;p
Quote chinta89 14-1-2018 11:22 AM
pizza nampak sedapppp
Quote mamapea 16-1-2018 04:30 PM
wow...bestnya...
Quote cmf_ultraviolet 17-1-2018 12:51 PM
hihihi...macam best
Quote lhrunderground 18-1-2018 10:19 PM
Bestnya nak gi laaaa

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.055973 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top