CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kecoh Jagung Tiruan Jadi Viral. Ini 2 Cara Nak Kenal Pasti Jagung Mutiara Palsu..

15-1-2018 12:14 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 6289| Komen: 8|Original author: Oleh: Amiey

Kita biasa dengar dan lihat barangan elektrik, baju, kasut dan sebagainya diciplak dan seakan sudah menjadi satu perkara yang biasa. Namun, apakah reaksi anda jika makanan juga menjadi mangsa ciplak?


Sebelum ini kita pernah dikejutkan dengan beras dan telur tiruan yang dihasilkan menggunakan plastik dan bahan-bahan sintetik yang lain. 

Terbaru, tular dilaman sosial apabila seorang pengguna Facebook, Minar Farahni telah memuat naik video cara untuk mengenal pasti jagung tiruan yang didedahkan oleh salah seorang peniaga di Cameron Highland.


Menurut peniaga ini, pasaran memang mempunyai dua jenis produk jagung, jagung mutiara asli dari Cameron Highland, manakala yang tiruan ialah tanaman jagung dari Ipoh, Perak.


Walaupun jagung ini bukanlah jagung tiruan seperti yang ada pada beras dan telur, tetapi amat penting untuk mengetahui ciri-ciri jagung mutiara yang asli untuk mengelakkan anda tertipu.

Pastikan anda melihat ciri-ciri yang dinyatakan di bawah supaya dapat menikmati jagung mutiara asli dari Cameron Highland.

1. Tekstur Kulit 
Tekstur kulit jagung tiruan keras dan kesat. Tetapi, kulit jagung asli lembut dan licin. Sebelum anda membeli jagung mutiara, anda perlu merasai kulitnya terlebih dahulu untuk membandingkan kulit yang licin atau kesat.

 

2. Biji Jagung 
Perbezaan juga dapat dibezakan daripada warna biji jagung. Jagung mutiara asli hanya mempunyai dua warna iaitu kuning dan putih. Tetapi, jagung mutiara tidak asli mempunyai ton warna yang tidak sekata antara warna putih dengan kuning.
 


Ini sahaja perbezaan yang perlu diperhatikan supaya para pengguna tidak tertipu. Ketika membeli jagung mutiara, terdapat juga penjual yang mencampurkan jagung mutiara asli dengan tidak asli bagi mengaburi mata pengguna.



Peniaga ini turut berkata, jagung mutiara asli mempunyai rasa lemak seperti santan dan manis seperti gula walaupun tidak perlu dimasak.
  
Hati-hatilah dalam membeli makanan kerana dalam tak sedar kita mungkin jadi mangsa penipuan. Bayar lebih untuk dapatkan jagung yang manis tetapi kecewa apabila ditipu oleh peniaga tamak dan tidak bertanggungjawab ini.-CARI

11

Bagus
23

Marah
30

Terkejut
5

Sedih
19

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (97 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 15-1-2018 12:55 PM
sedap nya makan jagung panas musim sejuk2 gini..xkesah lah asli ke idok. asal bukan jagung plastik
Quote myakayina 15-1-2018 01:15 PM
matchstick replied at 15-1-2018 12:55 PM
sedap nya makan jagung panas musim sejuk2 gini..xkesah lah asli ke idok. asal bukan jagung plastik

i hantu jagung..i buat sendiri je sis kat rumah..beli jagung, rebus dan stim.. mkn puas2 depan TV...
weekend ni plan nak rebus ubi keledek pulak..
Quote Artemesiaa 15-1-2018 01:45 PM
Sebab ramai yang tak tahu akan perbezaannya ler ramai yang tertipu.  Tapi bila makan rasanya agak berbeza.
Quote hasniey 16-1-2018 01:11 AM
Mmg ada jagung yg xmanis langsung kan.sakit ati bila beli tulis sweet corn la jagung manis la.last2 xde rasa apa pon
Quote hasniey 16-1-2018 01:11 AM
Mmg ada jagung yg xmanis langsung kan.sakit ati bila beli tulis sweet corn la jagung manis la.last2 xde rasa apa pon
Quote hasniey 16-1-2018 01:11 AM
Mmg ada jagung yg xmanis langsung kan.sakit ati bila beli tulis sweet corn la jagung manis la.last2 xde rasa apa pon
Quote RatuDunia94 16-1-2018 01:13 AM
Fasih bm apek ni... Bagus..
Quote buapakperut 17-1-2018 12:30 AM
Iols suka jagung. Tapi overrated sangat lah sampai kata semanis gula selemak santan  hawau ko

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.052010 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top