CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lucu... 'Asal Anak Lambat Bercakap Je, Terus Mendiagnosis Autism'

18-1-2018 12:18 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 6018| Komen: 21|Original author: Oleh: Whitney


Susah juga apabila ada sesetengah ibu bapa atau orang sekeliling yang terlalu peka dengan isyarat awal Autism pada kanak-kanak, habis semua kanak-kanak yang dilihat mempunyai ciri-ciri yang tidak normal terus di cop Autism.

Bagaimanapun, kanak-kanak Autism sudah diterima baik dalam masyarakat kita hari ini kerana telah mempunyai kesedaran tentang kanak-kanak istimewa ini. Ramai yang sudah peka dengan tanda-tanda Autism dengan cara memerhatikan perkembangan normal anak-anak tetapi tidak wajar juga dengan sewenang-wenangnya menyatakan mereka mengidap Autism sebelum mendapatkan pemeriksaan daripada pakar.

Apabila isu Autism ini dilihat begitu ketara dan ramai yang risau anak mereka adalah Autism sedangkan belum lagi disahkan oleh pakar, seorang wanita yang terlibat dengan Pemulihan Carakerja bernama Liyana Raya mengingatkan agar janganlah terus didiagnosis anak mereka atau anak orang sebagai Autism!



Ramai netizen yang terkena. Senang-senang je anak mereka di cop sebagai autism. Cikgu sekolah pula tu yang memandai kata budak tu autism. 

Normallah budak-budak lasak bermain sana sini lagi-lagi lelaki. 


Komen yang ini lagi sedih. Kawan-kawan di alam maya ramai yang kata anaknya autism dan siap hantar mesej di whatsapp terus tanya anak tu autism ke?


Macam-macam, sesetengah ibu bapa malu nak mengaku yang anaknya autism tapi ada juga ibu yang senang-senang terus cop anak dia autism.  


Jadi, sebelum kita diagnosis anak sendiri atau anak orang lain sebagai autism tu, bawa dulu mereka pergi jumpa pakar. Biar pakar yang sahkan. 

Bukan senang-senang sahaja kita boleh kaitkan dengan autism walau ada ciri-ciri sepertinya. Kalian ingat senang ke hendak jaga anak autism tu? - CARI  

15

Bagus
18

Marah
12

Terkejut
6

Sedih
6

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idakamaruddin 18-1-2018 12:34 PM
maafkan saya kadang2 saya pun nk judge budak nth2 budak ni autisme hahah

anak sendiri pn kene masa mula2 yg sulung lmbt ckp n buat ayat risau igt dia autisme skg ni si kecik plak jenis sikit2 baling barang risau la gak kot2 ada ke kan

Quote rogayahtop 18-1-2018 12:50 PM
ala nork. time ocd semua nak mengaku ocd.
ni kan musim kesedaran autism elok jugaklah budak2 ni dapat perhatian dr mak2 budak. dari dok shopping kat lazada je sempat lah menggoogle terms2 yg sepatutnya makpak tau. takda jadi mcm anak kelang yg makpak langsng x amik tahu.
Quote prettyuglybabe 18-1-2018 12:58 PM
zaman ni kecacatan adalah kebanggaan..
contoh OCD.. padahal self-diagnosed jah..
pastu amik kesempatan..
kalau anak autism semua kena faham kena kesian..
mak bapak lepas tangan kawal anak sendiri..

Quote VespaSilbe 18-1-2018 01:17 PM
Bukan autism ni pakar psychology ke detect? Takut puan tu indenial ye sebab anak sepupu pun cemgitu jgk. Pandai a to z.. z to a.. doktor pakar lagi sekali kawan dia doktor pakar psychology datang rumah tgk anak dia kata sakit. Kena terapi.
Quote comaneci 18-1-2018 01:44 PM
rogayahtop: ala nork. time ocd semua nak mengaku ocd. ni kan musim kesedaran autism elok jugaklah budak2 ni dapat perhatian dr mak2 budak. dari dok shopping kat l ...



Setuju... ramai nau ngaku OCD sedangkan rumah sebatu hanyir.. langsir warna pun dah x clear sbb berbulan x basuh tp claim OCD di laman maya
Quote MyNameIsIris 18-1-2018 02:15 PM
Dulu anak i pun lambat cakap
2 tahun lebih macam tu i terus bawa pergi buat assesment kat pusat terapi kanak2 area jln klang lama sebab i malas nak refer kkia
Lepas buat assessment, 1x terapi... anak i disahkan normal

Dari kita berpikir2 dok tanya sana sini group segala
Better terus bawa pergi jumpa pakar
Jadi mak, kenalah bijak sikit
Masa i ingat anak i ocd pun i refer kat paed dia kat hospital
Senangkan biar pakar yang tentukan
Quote MyNameIsIris 18-1-2018 02:19 PM
TAPi jangan pula indenial dok ikut cakap orang
Anak aku dulu pun 8 tahun tak bercakap, masuk 9 tahun baru boleh cakap... biasa lah anak sulung
Eh eh gile
Nanti susah anak nak sekolah ye
Agak-agak umur 3 tahun masih limit kosa kata, tolong bawa refer pakar
Kadang2 bukan sebab autism tapi maybe masalah dengan lidah, masalah lain
Macam anak i dulu doktor kata late talker
Quote ~boolean 18-1-2018 02:23 PM
Anak schawal tu pun ramai suspek autism termasuk makcik bawang bod gossip. Spekuan mengalahkan doktor pakar

Tapi lihat sekarang bijak benar lara alanaa. Bercakap pandai, berfikir pun jauh lebih bijak berbanding anak che ta yang tak habis2 melaram
Quote krustykrab 18-1-2018 02:25 PM
prettyuglybabe replied at 18-1-2018 12:58 PM
zaman ni kecacatan adalah kebanggaan..
contoh OCD.. padahal self-diagnosed jah..
pastu amik kesemp ...

yg ni aku setuju....

makpak dah tau anak autism +hyper blh pulak beranak lagi byk2 pastu gi bercuti, pecahkan & rosakkan brg dlm homestay, blh buat tak tau je.
aku bukan tak simpati pada budak tu, tp parents pun dah tau yg anaknya mmg semacam, eloklah buat keputusan bijak.

Quote krustykrab 18-1-2018 02:26 PM
~boolean replied at 18-1-2018 02:23 PM
Anak schawal tu pun ramai suspek autism termasuk makcik bawang bod gossip. Spekuan mengalahkan dokto ...

tah tah anak cik ta yg autism
Quote yangsemb 18-1-2018 08:02 PM
Pandai2jerr self diagnose {:freak
Quote Joannalee 18-1-2018 09:45 PM
Anak I yg 1st late talker , yg second pun sama ...
Quote Kadaisaku 18-1-2018 09:48 PM
Dulu masa anak i lambat cakap i paranoid gila sbb byk baca pasal autism ni suka main kipas la susun kereta panjang2 la.. haha sbb terlampau dimomokkan dgn benda2 tak sahih terus nk cop autism.

Alhamdulillah skrg 4 tahun sihat dan peramah
Quote noni165 19-1-2018 11:34 AM
risau pulak sbb sy pun ada anak kecik.. autisme ni semakin bertambah ke atau zaman skrg ni info hanya di hujung jari buat kita nmpk ramai kanak2 autisme ?
Quote rospinki 23-1-2018 10:56 AM
lambat pandai bercakap itu lebih baik..kemampuan otak dia belum bersedia utk translate
perkataan dari fikiran utk persediaan lebih efektif.

aku pernah baca..budak yg lambat pandai bercakap lebih bijak.

setuju 100%...ada sorg anak aku autism..autism kan mcm2 level..level anak aku tu..
lambat bercakap..degil dan suka sorg2.

slowly..ok jer skrg..pandai berkawan dan minat seni.

Quote anony-mous 26-1-2018 12:24 PM
VespaSilbe replied at 18-1-2018 01:17 PM
Bukan autism ni pakar psychology ke detect? Takut puan tu indenial ye sebab anak sepupu pun cemgitu  ...

I baca komen yg tu pon mcm ada ciri2 autism. Sb umur 4 tahun still xboleh smbung ayt. Kita bkn diagnose suka2. Tp bdasarkn artikel awareness on autism. So rmai yg akn alert. Jgn jd kes mcm kokping sudah la. Berbuih mulut soh bwak g jmpa pakar sb ada ciri2 autism, asek in denial. Bila dah besar dah tlmbat, lps tu acah2 hipster ada ank autism. Sakit hati btol org mcm ni. Kesian hak bdk tu.

Tp klau ckp ank lahir x dpt oksigen ada autism tu mmg mlmpau la
Quote anony-mous 26-1-2018 12:28 PM
~boolean replied at 18-1-2018 02:23 PM
Anak schawal tu pun ramai suspek autism termasuk makcik bawang bod gossip. Spekuan mengalahkan dokto ...

Lara tu xnmpk plak cm ada autism cuma lmbt skit ckp sb parent ajar 2 bhasa kn?
Quote anony-mous 26-1-2018 12:30 PM
krustykrab replied at 18-1-2018 02:25 PM
yg ni aku setuju....

makpak dah tau anak autism +hyper blh pulak beranak lagi byk2 pastu gi ber ...

Mcm dlm gmbar atas tu, mak sdri xreti beza ank autism dgn hyper smpai cikgu xnk. Still in denial. Rasa bkn autism tp hyper. Kne bwak jmpa pakar, klau betul kne masuk kelas khas. Bkn xnormal, cuma energy lebih. Kesian bdk tu sb cara diaorg blajar x sama mcm bdk normal. Silap2 dah besar lg cerdik
Quote ~boolean 26-1-2018 01:17 PM
anony-mous replied at 26-1-2018 12:28 PM
Lara tu xnmpk plak cm ada autism cuma lmbt skit ckp sb parent ajar 2 bhasa kn?

Lambat cakap, dan kata orang muka dia tu muka autism.

Aku tengok elok terletak aja muka dia. Cute pula tu...
Tapi acik2 gosip kan memang kaki tilik muka orang..entah mana nampak macam autism pun aku tak tahu

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.057091 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top