CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Lelaki Suka Masukkan Tangan Dalam Poket Seluar, Macho Ke?

18-1-2018 10:29 AM| Diterbitkan: Cari-Norlili| Dilihat: 8191| Komen: 13|Original author: Oleh: Norlili

Description: 'Cair' tak kalau jumpa lelaki yang suka masukkan tangan dalam poket seluar ni? Dengan lagak mendadanya, gaya metropolitan ditambah pula tangan dalam poket seluar. Aduh, nampak bergaya pula.
'Cair' tak kalau jumpa lelaki yang suka masukkan tangan dalam poket seluar ni? Dengan lagak mendadanya, gaya metropolitan ditambah pula tangan dalam poket seluar atau jaket. Aduh, nampak bergaya pula. 



Foto: Pinterest

Perasan tak, apabila artis atau mana-mana lelaki bergambar, tangan mereka selalunya berada di dalam poket seluar atau jaket. Ini dikira tabiat atau macam mana? Atau memang memang norma lelaki begitu? 


1. Ada gaya

Foto: IG Fattah Amin


Menurut portal ERA, kebanyakan lelaki mengakui, memasukkan tangan ke dalam poket nampak bergaya dan macho. Ala-ala jejaka melayu terakhir. Amboi! Syok sendiri ke tu? 


2. Hangat dan selesa

Tak kurang juga katanya untuk menghilangkan rasa sejuk. Biasalah apabila cuaca sejuk, bahagian tangan mesti terlebih sejuk. Jadi, apabila meletakkan tangan di dalam poket, barulah terasa lebih hangat dan selesa. Masuk akal juga, kan?


3. Kurangkan gugup

Foto: Daily Mail

Ada juga yang mengatakan, mereka berasa lebih relaks jika memasukkan tangan ke dalam poket terutama ketika sedang memikirkan sesuatu. Malah, ada juga yang mendakwa ia dapat mengurangkan rasa gugup dan stres.


4. Hilangkan rasa janggal
Ini lelaki yang cakap tau, mereka dapat hilangkan rasa janggal terutama kalau pergi tempat yang ramai orang tak kenal apabila memasukkan tangan ke dalam poket. 


5. Gatal?

Foto: Pinterest

Ini paling melucukan! Ada yang berkata, tujuan sebenar memasukkan tangan ke dalam poket adalah untuk menggaru tempat tertentu yang gatal. Jadi, sebab tak nak berasa malu mereka masukkan tangan ke dalam poket. Barulah dapat menggaru sepuas hati! 


Adoi macam-macam alasan orang lelaki ni. Memang semua bro buat macam ni eh? - CARI 

23

Bagus
19

Marah
11

Terkejut
12

Sedih
17

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote raihaneem 18-1-2018 10:57 AM
Klau dlm poket memanjang...rasa mcm laki ni rasa dia hot n hencem sgt la...kontrol ja..

Tp klau ngara sejuk..seluk poket tu dia sejuk kot.
Kdg seluk sbb tak tentu arah nk buat pa...
Quote ahlisihircute 18-1-2018 11:31 AM
No 5 tu kelakar....
Quote Rainrein 18-1-2018 11:53 AM
Alasan no 5 tu xleh blah betul.
Quote mizzmimi 18-1-2018 12:01 PM
Kat opis aku ade laki camni. Bangun nak pi meja opismate tak sampai 2 meter pun seluk tangan dalam kocek..
Quote mdhelmi 18-1-2018 12:20 PM
Edited by mdhelmi at 18-1-2018 12:23 PM

aku suka seluk tangan dlm poket kalo tgh memantau keadaan sekeliling
contohnya tgh tengok anak2 main taman ke main tepi pantai ke
sbb instead berdiri tegak mcm patung, masuk tgn dlm poket mcm santai sikit
atau kadang2 tgh berfikir masa tgh buat kerja

Quote PICes_Boy 18-1-2018 02:43 PM
aku selalu seluk tangan dlm poket bila aku berjalan kat tempat yg x familiar, sorang2.. nak kurangkan gugup tu, bila seluk tangan confiden level tu naik serta merta gituh
Quote qistiena 18-1-2018 04:40 PM
itu kalau lelaki..
kalau perempuan mcm mn plak...
Quote kroit92 18-1-2018 05:06 PM
sebab rasa selesa? memang best habis bila masuk tangan dalam poket

even berbaju melayu pun, masuk tangan dalam poket baju yang 2 kat bawah tu.

lagi satu, habit,
kadang-kadang tak niat pun, memang tangan bergerak sendiri masuk poket, dah terbiasa
contoh macam tengah berdiri, diam tak bergerak, tapi otak bergerak pikir macam2,
satgi tangan masuk kocek sambil termenung
Quote SecretLuv 19-1-2018 01:56 AM
Nombor 5 tu aku pernah buat.
Yelah, kalau pakai seluar jean nak garu kat paha payah. Tak rasa.
Kenalah masuk poket.
Quote SecretLuv 19-1-2018 01:58 AM
Tapi memang rasa best bila masukkan tangan dalam poket.
Cuma tak boleh nak buat selalu sebab nanti orang ingat aku poyo pulak.
Quote SWORKS27 19-1-2018 08:48 AM
aku kalau masuk tangan dalam poket sebab nak garu telor je..x pun ejas spenda.
Quote zasrfikri 4-2-2018 03:04 PM
Hahahaha.. no.5 mmg lawak.
Quote devilito2 15-2-2018 03:42 PM
no.5 betul....

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.054339 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top