Jika anda peminat setia Big Apple Donuts dan ingin membuatnya sendiri di rumah, jom cuba resepi donut grean tea yang lembut dan gebu ala-ala Big Apple.
Memang enak, terutamanya rasa green tea yang menyegarkan itu.
Bahan-bahan 3 cawan tepung protein tinggi 2 cawan tepung gandum 1/2 cawan susu tepung 1/2 cawan gula kastor 1 sudu kecil garam 1/2 sudu kecil yis segera 1/8 cawan mentega 1/8 cawan marjerin 1 sudu besar liquid bread improver (jika tak ada, gantikan dengan serbuk penaik lain) Bahan cecair 1 biji telur 3/4 cawan air sejuk (gunakan air sejuk sepenuhnya, bukan air suam supaya adunan naik sempurna) 80 gram krim putar (gunakan krim putar yang mempunyai rasa manis) 1 sudu kecil esen vanilla 1 sudu kecil perisa mentega Bahan untuk toping 2 cawan gula halus 1 sudu kecil serbuk matcha green tea 1/4 cawan air masak Cara-cara membuat donut green tea lembut
1. Campurkan semua bahan kering di dalam mangkuk pemukul. Pukul hingga rata. Masukkan bahan cecair ke dalam campuran bahan kering dan pukul menggunakan kelajuan perlahan selama 2 minit. 2. Tukar kepada kelajuan sederhana, lalu tambahkan bahan penaik. Pukul lagi selama 5 minit hingga adunan menjadi licin. 3. Keluarkan adunan donut lalu biarkan ditutup untuk rehat hingga 30 minit. 4. Ratakan adunan donut setebal 2 cm dan taburkan sedikit tepung gandum di bawah dan permukaan adunan agar tidak lekat.
5. Tutup dengan plastik dan rehatkan selama 60 minit. 6. Buka plastik penutup, angkat adunan, dan kembalikan semula ke tempat asal. 7. Gunakan acuan donut untuk menerap bentuk donut yang dikehendaki. 8. Tabur sedikit tepung ke atas dulang. Lalu susun adunan donut yang sudah dibentuk di atas dulang. Biarkan donut kembang hingga menjadi 2 kali ganda. 9. Goreng sehingga kuning keemasan menggunakan api sederhana. Untuk topping, campur gula halus, serbuk matcha green tea dan air masak. Pukul hingga merata. Celupkan donut ke dalam cecair green tea. Siap untuk di makan. Selamat mencuba! - CARI |
18
Bagus |
14
Marah |
16
Terkejut |
10
Sedih |
6
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT