CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tak Lawak Lah Sebar Video Anak Murid Menangis! - Netizen

30-1-2018 01:45 PM| Diterbitkan: cari-khair| Dilihat: 5925| Komen: 25|Original author: Oleh: Khair

Baru-baru ini, tular di laman sosial sebuah video memaparkan situasi seorang murid sedang menangis kerana rindukan ibunya ketika berada di sekolah.

Ramai yang menonton video itu terhibur dan mengatakan video tersebut melucukan.



Namun begitu, tidak semua sependapat seperti pengguna Facebook Mufarwa Farid yang mengatakan penyebaran video tersebut adalah satu perkara mengaibkan. Selain dilihat memalukan murid terbabit, dia menyifatkan tindakan itu sebagai satu penderaan mental. 

Menerusi catatan di Facebooknya, Mufarwa mempertikaikan tindakan guru terbabit merakam video muridnya itu. Ini kerana video tersebut boleh memalukan murid berkenaan. 




Tambahnya, risiko daripada tularnya video itu boleh menyebabkan murid berkenaan ditertawakan, diejek dan digelar dengan pelbagai gelaran oleh rakan-rakan mahupun masyarakat sekeliling.



Mufarwa mengakui pelbagai kerenah anak murid ini adalah satu perkara yang mencuit hati, tetapi seorang guru tak sewajarnya menularkan video atau gambar berkenaan kerana ia membabitkan keselamatan dan maruah anak murid.



Pendapatnya itu meraih pelbagai respon netizen yang rata-rata bersetuju dengan pendapat Mufarwa kerana seorang guru terikat dengan peraturan dan etika yang perlu dipatuhi. 



Sewajarnya kita semua mengambil iktibar daripada pengkongsian Mufawa ini kerana tidak semua perkara patut ditularkan supaya ia tidak mendatangkan masalah kepada pihak tertentu kelak. - CARI
3

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annehuda 30-1-2018 01:50 PM
aah memang tak lawak pun. memalukan
dahla muka budak tu sebesar2 alam ko tayang dalam video ko
Quote syidasaleh 30-1-2018 02:25 PM
Cikgu cikgi sekarang suka viralkan satu2 isu eh.byk masa terluang ke?
Quote meya 30-1-2018 02:27 PM
Masa mula tengok video tu hati ni rasa sebak sebab budak tu memang menangis betul sedih sebak semua ada.

Cikgu pula main-mainkan...sampai budak tu tersalah sebut macamtu.

Dan kawan-kawan pulak ketawakan...giler!

Aku tak rasa lawak pun langsung!  Kalau itu anak aku ..dah ku cari cikgu yang buat dia macamtu.

Ini bagi aku boleh dikategorikan buli.
Quote meya 30-1-2018 02:29 PM
Teringat anak jiran saya ..bibiknya suka buat budak tu nangis sambil kata ‘mama dia tak sayang sama dia’.  Kira dia mentalkan budak tu..
Quote Burong_Hantuk 30-1-2018 02:38 PM
sudah ada ini thread lah
Quote gekkou 30-1-2018 02:53 PM
benang  dah wujud la
motif sangat lately reporter cari ni gigih buka benang sama yang org dah buka berhari

Quote jazaa100 30-1-2018 03:40 PM
cikgu tu masa kecik, mesti selalu kena dera....

PPD kena siasat latar belakang cikgu jugak....
klu tidak, ni lah hasilnya....
Quote Iema5008 30-1-2018 04:23 PM
Pelik cekgu cekgi la ni.. sana sini viral sna sini buat benda ntah apa2... yg cekgu cekgi bantu2 bebudak susah dgn viral.cara baik aku sokong.. tp ni ramai para cekgu cekgi dok viral benda apa2 ntah... bengong sungguh lah.
Quote batmana 30-1-2018 04:36 PM
cikgu tu patut diharamkn gune tepon selama dia ngajor pasni

Quote eyansss 30-1-2018 04:43 PM
haritu cikgu viralkan budak melalak sampai tanggal baju seluar sebab nak balik.. kali ni viral yang ni pulak... dah sampai masanya cikgu2 camni diberi tindakan tatatertib... baru jadi pengajaran kat cikgu2 yang lain... batak viral dan likes sampai mengaibkan anak2 murid dan ibubapa murid tu...

kalo la anak aku yang kena camni, serious aku saman cikgu tu dan kementerian pendidikan... aku hanya akan hormat cikgu yang beretika, beradab dan ada otak...
Quote eyansss 30-1-2018 04:45 PM
batmana replied at 30-1-2018 04:36 PM
cikgu tu patut diharamkn gune tepon selama dia ngajor pasni

sebenarnya cikgu2 memang takleh guna hp masa kat dalam kelas... malangnya, cikgu yang ni jenis cikgu takde otak... aku doakan something happen kat dia n masa tu prang amek video dia n viralkan... baru ada akal...
Quote Nurul8001 30-1-2018 05:12 PM
Kementerian berkaitan
Sila haramkan cikgu bawa telefon  ke sekolah..

Selain risiko kelalaian, telefon hilang, pelajar depressed bunuh diri, ni lagi satu kebebalan cikgu, rakam budak dan viralkan..

Cikgu yg cerdik, ada ramai sebenarnya, tapi cikgu yg bebal lebih mendunia sekarang ni, dan dah overshadow cikgu cerdik..
Quote sonatalady 30-1-2018 06:26 PM
Cikgu perangai mcm ni..
Anak murid perangai mcm ni
Mak bapak perangai mcm ni
Elok lahhhhh......
Quote mommymonster82 30-1-2018 10:14 PM
Setkt citer sesama kawab dlm bilik guru xpuas ke cikgu sampi nk rakm n upload..nk tunjuk kt saper?
Kita xde hak rkm gmbr org tnpa izin.. apa lg ank org lain..klu ank me mmg siapla aku report sampi kpm..  xde etika punya cikgu..
Quote mommymonster82 30-1-2018 10:16 PM
Nurul8001 replied at 30-1-2018 05:12 PM
Kementerian berkaitan
Sila haramkan cikgu bawa telefon  ke sekolah..


Xyahla sampi nk hmrmkn.. jgn sbb sekor nyamuk kelmbu di bkr..
Sekolhbesar klu jd per2kt ank kita dlm kelas canne cikgu nk call ambuln ke aper..

Cikgu tu sorg 2 je yg xde etika guna hp jgn nyawa ank kita jd taruhn plak.
Quote Nurul8001 30-1-2018 10:40 PM
mommymonster82 replied at 30-1-2018 10:16 PM
Xyahla sampi nk hmrmkn.. jgn sbb sekor nyamuk kelmbu di bkr..
Sekolhbesar klu jd per2kt ank kita  ...

Maaf mommy..
Teremosi pulak

Saya memang tak berkenan tengok budak dimalukan mcm ni.
Ini bukan pertama kali..

Lagi satu, setiap sekolah ada telefon kat pejabat,kan..
kalau kecemasan, telefon tu ada..
Quote mommymonster82 31-1-2018 12:59 AM
Edited by mommymonster82 at 31-1-2018 01:01 AM
Nurul8001 replied at 30-1-2018 10:40 PM
Maaf mommy..
Teremosi pulak



Xde per u..me faham.
Pejabaat jauh u..kena sekolah besar bertingkat2.. katalah ada kes kecemasan sementara nak lari gi opis..jauh...sape pulak nak jaga anak murid yg selebihnya tu.. so sgtlah x praktikal kalu nak haramkan cikgu bawa hp..bukannya ada rahsia negara ke apa.. yg sepatutnya amik tindakan penjawat awam yg viralkan video yg xsepatutnya..undang2 dah adaa..guna je..
Sepatutnya siapa2 pon sebelum nak viralkan gambar org lain fikir berjuta2 kali..bukan cikgu saje..saper2 pon..jgn suka2 nampak kehadian org yg agak2 lucu ke suka2 naknupload tak fikir kesan padorg tu..suka2 nampak anak org nak amik gambar..baru ni pon viral juga kes parents gaduh dgn bangla mana ntah snap gambar anak dia..pastu kan ada kes juga baru ni org kesihtan dtg rumah nak buat pemeeiksaan sbb kes denggi acik bawang tu igt sape ntah sekali dia snap gambar org tu n viralkan kata penjahat..xke naya org tu..kesian abg tu.. membuta tuli je acik bawang tu snap n upload kata org tu penjahat
Quote relaxjek 31-1-2018 09:04 AM
Kami harap pihak kementerian dan PPD amik tindakan terhadap cikgu yg viralkan video ni.. dah tiba masa cikgu pula dihukum dgn hukuman berat bagi memberi pengajaran kepada cikgu2 lain.. cikgu harus paham tugas cikgu..
Quote AkuMark 31-1-2018 10:28 AM
Cute jek nanges rindu ibu...tp xyah la nk rekod2 kadang2 meols xpaham dgn org yg suke rekod2 n post kasi viral neh

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.070016 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top