CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Sebab Dia Tak Nak Kawan Saya" - Ibu Terkejut Punca 'Pembuli' Cekik Anaknya

7-2-2018 02:40 PM| Diterbitkan: cari-khair| Dilihat: 6376| Komen: 23|Original author: Oleh: Khair

Boleh dikatakan, kes buli boleh berlaku di mana sahaja dan ibu bapa semestinya risau sekiranya anak mereka menjadi mangsa kerana kes buli ini boleh memberi kesan jangka panjang terhadap mangsanya.




Seorang ibu, Norasikin Hussein berkongsi kisah bagaimana dia bertemu pembuli anaknya yang berusia tujuh tahun. Dia dibuli hanya kerana enggan berkawan dengan kanak-kanak itu.

Norasikin bertemu pembuli itu di sekolah demi mendapatkan punca sebenar kejadian tanpa melibatkan guru serta ibu bapa murid terbabit. 

"Saya nak dia kawan saya. Saya cekik sebab dia tak nak kawan dengan saya,'' kata budak itu.




"Salah tu. Kalau nak berkawan dengan orang, kena senyum, tegur orang "Hai..boleh kita kawan?" 

"Kalau cekik orang, siapa pun tak nak kawan dengan kamu. Bukan anak makcik saja, nanti semua tak nak berkawan dengan kamu," jelas Norasikin kepada budak itu. 



Di akhir perbualan, murid itu memberitahu bahawa ibu bapanya sering bertengkar dan bapanya selalu memukul serta mencekik ibunya dengan teruk. Daripada situ, Norasikin mengetahui punca murid itu berlaku kasar dengan anaknya.



Para netizen yang membaca kisah itu juga bersimpati dan sebak kerana murid tersebut berubah menjadi kasar hasil daripada perlakuan ibu bapanya di rumah. 



Jadi, sememangnya benar seorang anak itu membesar mengikut acuan ibu bapanya. Seharusnya, ibu bapa perlu lebih bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak. - CARI
1

Bagus
1

Marah
8

Terkejut
7

Sedih
4

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 7-2-2018 03:00 PM
hmmmm...kompom dia tak buat dah...
tapi kang dia buat kat budak lain pula
Quote Artemesiaa 7-2-2018 03:12 PM
Takut diinsof kejap lepas2 tu mungkin dia buat perangai balik sebab dah terbiasa berkasar dengan orang lain je
Quote jazaa100 7-2-2018 03:40 PM
Edited by jazaa100 at 7-2-2018 03:44 PM

@prettyuglybaby

Versi kak hasanah ke ni.....

Knp nak buat tindakan sendiri acik oii.....
knp tak bgtau cigu kelas?
Pepandai jumpa anak org kat kantin......

Sama lah mcm babysitter aku dulu...
bila anak dia kena pkl dgn org, dia pergi serang budak tu kat sekolah....
Hal budak kecik, kau tu dah tua....
Anak dia buat anak org, tak amik kira pulak....
sampai ke sudah, bebudak & cikgu dgr je nama anak dia, naik gerun....

Pd aku...
apa apa hal, gi jumpa cikgu dulu...
masuk tempat org, kena ikut rules org....hormat rumah org....Biar cikgu selesaikan....
Ni siap nak singkap hal rumahtangga & keluarga budak tu


kau tu sapa?.....
Quote Nurul8001 7-2-2018 04:01 PM
jazaa100 replied at 7-2-2018 03:40 PM
@prettyuglybaby

Versi kak hasanah ke ni.....

Kak, mungkin ibunya nak selesaikan cepat2..takut anak dia kena lebih teruk lagi..

Ntahla..nasib anak saya setakat pensel dan pemadam je yg kena paw..fizikal touching takde..kalau dulu anak saya kena gini, mungkin juga saya buat mcm puan ni..

Tapi, kesimpulan dia yg kata parents budak ni begiti begini,mcm tak sesuai pula..budak2 kalo menjawab ikut pemahaman dia je..tak tengok keseluruhan..
Quote saviour_09 7-2-2018 04:18 PM
kalo aku la jadi acik ni
makan penampor lama dah budak tu
tapi tu kalo aku la

relax jangan cepat melantun nak kecam aku
Quote idakamaruddin 7-2-2018 04:24 PM
jazaa100 replied at 7-2-2018 03:40 PM
@prettyuglybaby

Versi kak hasanah ke ni.....

jgn kak anak kwn sy darjah 2 pn kene buli

laki kwn g tepuk meja pengetua pggl budak tu skg jugak

pmpn jugak kak


Quote zulka 7-2-2018 04:32 PM
jazaa100 replied at 7-2-2018 03:40 PM
@prettyuglybaby

Versi kak hasanah ke ni.....

kalau tak salah aku dlm perenggan awal dia ada mention 'walaupun cikgu dah ambil tindakan mengasingkan kelas....' 'saya ambil keputusan begini sebab masih berlarutan dia membuli anak saya...'
kalau jadi kat anak akupun memang ambil tindakan yg sama....sanggup ke anak dibuli sepanjang masa?
Quote zulka 7-2-2018 04:37 PM
masa anak aku taun 1 pernah sekali duit dia diragut oleh budak taun 6, ramai budak2 jadi saksi masa tu....dan kebetulan budak yg meragut tu jiran aku gak.....mlm tu aku panggil budak tu kat taman....aku warning ckup2, tau tak apa budak tu cakap...'maaf cik sy lapar sgt masa tu, lagipun sy taktau budak tu anak acik...'  maknanya dah tentu2 dia akan buat lagi kat budak lain pula...
budak2 skang lain macam
Quote jazaa100 7-2-2018 04:44 PM
Edited by jazaa100 at 7-2-2018 04:49 PM
idakamaruddin replied at 7-2-2018 04:24 PM
jgn kak anak kwn sy darjah 2 pn kene buli

laki kwn g tepuk meja pengetua pggl budak tu skg juga ...


Pd akak...
Apa apa hal, biar cikgu yg selesaikn....tak kisah lah dia tepuk meja pengetua ke....janji jgn dia tepuk meja budak tu....

Bgtau cikgu....
Klu buat lagi...bgtau lagi....mintak panggil parents budak tu....ni dtg sekolah pepandai nk  amik tindakan sendiri, mcm tak hormat cikgu.....

Kita berurusan di tempat org, kena lah hormat tuanrumah kannn....




Quote idakamaruddin 7-2-2018 05:10 PM
jazaa100 replied at 7-2-2018 04:44 PM
Pd akak...
Apa apa hal, biar cikgu yg selesaikn....tak kisah lah dia tepuk meja pengetua ke.... ...

susah gak nk ckp ida pn kalau anak kene buli mmg terus jupe budak tu kot hahaha

ugut report polis tu perkara menakutkan kt budak2 mmg bole buat biar padan muka  sbb kecik2 pandai membuli

tp risau zaman skg ni risau anak sendiri membuli budak lain

sbb dia xtau benda tu btl ke salah kan

lg2 dia tgk cth x baik mcm parent dia pukul2 tu

minta jauh la benda2 mcmni..anak blm masuk sek pn dh takut jd mcm2


Quote minahrecon 7-2-2018 05:26 PM
things that we have to deal nowadays..
Quote intnjuliet 7-2-2018 07:12 PM
Allahu..smoga d jauhkn perkara mcm ni jd kat anak2 kita kelak..

Anak i br 5y. Pun kene buli with her friend. Kene tumbuk belakang badan. Nak kene gunting rambut la tp my girl tetap cakap that's her friend n teacher dh hukum bdk tu

Baru 5t tau.. Panjang lagi pjalanan my girl n her friend tu..

Bagi i tak salah mak budak tu jmp pembuli tu lagipun akak tu bukan serang marah2 ke..dia tegur cara baik.atleast dia tau apa masalah bdk tu smpi buat anak dia mcm tu..

Quote ~boolean 7-2-2018 07:35 PM
Stail menulis gaya fynn jamal ni memang popular ya..padahal tulis dalam face book aja.

Punya beria tambah 'getus hati kecilku'..'mata terhenti melihat keropok bersalut sos' 'pandai melipat tudung tersusun rapi ...' tulis status pun nak bersastera ke acik ni..dah kemaruk nak jadi penulis..
Quote kroit92 7-2-2018 07:43 PM
kesian la kanak-kanak zaman sekarang..

tapi kes buli di sekolah ni memang dari dulu lagi jadi, susah nak control.

aku adik-beradik 5 orang, semua kena buli.. bukan sikit-sikit, teruk punya.

abang aku paling teruk, sampai report polis sebab pembuli kepung kitorang belakang sekolah nak ugut parang..
sampai sekarang dia trauma teruk, walaupun dah lebih 10 tahun habis sekolah..
Quote AkuMark 7-2-2018 09:43 PM
Uishhh bapak bg contoh xelok utk anak...sedari kecil dah tgk keganasan...
Quote prettyuglybabe 7-2-2018 10:39 PM
jazaa100 replied at 7-2-2018 03:40 PM
@prettyuglybaby

Versi kak hasanah ke ni.....

akak macam tau tau je
hasanah versi mak kembali ke sekolah..
saya kalau curhat serupa cerpen ni, memang hasanah je la..
habis segala isi rumah orang dibawangkan..
Quote RatuDunia94 8-2-2018 12:21 AM
Budak2 sekarang mmg kurang ajar.. Yg pompuan umur 6 tahun pon dah pandai tunjuk kaki kat muka org tua. Lps tu dgn selamba dia tumbuk anak org depan parents budak tu.. Kisah ni berlaku dpn mata iols..
Quote nour2001 8-2-2018 01:23 AM
Ni mcm benda yg my anak alami..sebenarnya akk pun tsk tau dia dibuli..yg bagitau mak kawan dia yg jugak dibuli..asak punya asak akk Tanya anak dia mwngaku akhirnya.punca pembuli nak kawan dgn anak tapi tsk tau Cara..so akk suruh my anak confront pembuli Tu.. the bully have stopped and what's good is they are now good friends..malahan budak Tu berenti terus buli budak lain..lega..
Quote nour2001 8-2-2018 01:23 AM
Ni mcm benda yg my anak alami..sebenarnya akk pun tsk tau dia dibuli..yg bagitau mak kawan dia yg jugak dibuli..asak punya asak akk Tanya anak dia mwngaku akhirnya.punca pembuli nak kawan dgn anak tapi tsk tau Cara..so akk suruh my anak confront pembuli Tu.. the bully have stopped and what's good is they are now good friends..malahan budak Tu berenti terus buli budak lain..lega..

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.063751 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top