CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Biasalah, Pemandu Malaysia" - Ibu Keguguran Lambat Tiba Hospital

12-2-2018 01:31 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 3789| Komen: 14|Original author: Oleh: Ain

Setiap pasangan yang menginginkan zuriat pasti berasa sedih jika si ibu mengalami keguguran. Hanya mereka tanpa hati dan perasaan tidak akan bersedih di atas kehilangan anak.

Pun begitu, setiap yang hidup pasti akan mati. Cepat atau lambat, hati perlu dididik untuk belajar menerima ketentuan Tuhan. Setiap manusia pasti akan diuji dengan perpisahan.

Baru-baru ini, seorang ibu meluahkan perasaan ketika berdepan detik cemas sebelum kehilangan anak dikandungnya.




Menerusi coretan Nani Sabri, dia menceritakan kesulitan terpaksa dihadapi ketika dalam perjalanan ke hospital untuk membuat pemeriksaan kerana sakit perut.




Menurutnya, dalam keadaan trafik sesak, tiada siapa menghiraukannya dan memberi laluan walaupun lampu kecemasan sudah diberi.

 



Namun, sudah suratan takdir. Sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan kandungannya tidak dapat diselamatkan.


"Tiada denyutan jantung"

 
Foto: FB Nani Sabri

Perkongsian itu mencetuskan kemarahan orang ramai yang melihat sikap pemandu hari ini semakin hari semakin teruk.


Bila pemandu dah pegang stereng...

 


"Kalau ambulans minta laluan pun buat tak tahu saja, inikan pula kereta biasa,"
komen netizen.
 



Dalam pada itu, terdapat seorang individu tampil memberi tanggapan negatif terhadap posting berkenaan. Menurutnya, Nani sepatutnya belajar menerima takdir, bukan berkeluh-kesah di laman sosial.

Dah nama pun takdir

 


Bagaimanapun, tak semua bersetuju dengan pendapatnya itu.


Boleh jadi bodoh, tapi jangan terlalu bodoh

 
Foto: FB Siakap Keli

Betul juga komen netizen. Kebanyakan daripada kita berubah 360 darjah sebaik sahaja memegang stereng. Ketika itulah, sikap sebenar kita ditonjolkan.

Semoga kisah ini menjadi pelajaran buat kita semua supaya lebih bertolak ansur di atas jalan raya. - CARI
7

Bagus
11

Marah
17

Terkejut
13

Sedih
15

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (82 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 12-2-2018 01:58 PM
mcm ni lah kak, ape yg akak ckp tu btl. tp ramai yg gune double signal utk kepentingan yg tak penting. so, jgn berterusan salahkan org. org dh x tahu nk beza yg mne ptg yg mne x ptg. kita kira akak ni mangsa keadaan lah.

cuma yelah, kalau dia cepat sampai, maybe dia redha dan tak salahkan pemandu2 lain.

apepun simpati dan sedih di atas kehilangan bayi tercinta.

mohon baca dgn tenang posting sy, jgn duk kecam, kita sbg manusia ade pendapat masing2 kan. ke ade jgk yg nak kecam sb nk sy sependapat ngn awak?
Quote prettyuglybabe 12-2-2018 02:07 PM
kenapa nak salahkan driver lain pulak..
at first dia sendiri tak alert dengan kandungan dia..
entah tunggu bleeding teruk baru nak pi hospital..
pastu dah sendiri kata traffic sesak..
dalam keadaan sesak ko fikir driver lain boleh buat apa?
ingat driver lain nampak dalam kereta dia jadi apa?
Quote aku_best 12-2-2018 02:46 PM
Apa2 pun simpati utk ibu ini...tetapi jgn salah kan org lain yg sebabkan kematian..mungkin ajal baby sudah tiba..mungkin kejadian yang berlaku adalah asbab kepada kehilngan baby.....
Quote eyansss 12-2-2018 03:02 PM
chinta89 replied at 12-2-2018 01:58 PM
mcm ni lah kak, ape yg akak ckp tu btl. tp ramai yg gune double signal utk kepentingan yg tak pentin ...

betul... disebabkan penyalahgunaan double signal buat orang malas nak bagi laluan... tambah pulak eaktu jammed teruk... harap akak ni jangan salahkan driver yea...
Quote yayangmama 12-2-2018 03:30 PM
last year tak silap

tp ni husband dia yg bawa kereta

hon2 n double signal...ye la kita tak tau sbb ape kan, panas juga lah hati

tetiba tgh2 jem, hon2 n double signal n hi beam sambil angkat tangan

esok2 tu perasan posting husb dia kat fb, wish tq pada yg beri laluan, wife nak bersalin n sangat emergency
Quote moonbug 12-2-2018 03:35 PM
Semoga digantikan dgn rezeki yg lebih baik amin
Quote umbut 12-2-2018 03:54 PM
Lobai sibuk hujah qada qadar.. memanglah dah qada qadar.. tapi kalau sempat sampai, anak mati takler terkilan.. dari masih kat kesesakan jln..
Quote BebeQ 12-2-2018 04:29 PM
Aku ni rumah dekat dengan hospital kerajaan dan hosp tu memang kawasan jammed, lampu trafik pun lama tapi aku tak pernah tengok kereta2 tak bagi laluan pada ambulan atau kereta yang emergency bagi double signal hon2 bagai.

Walaupun di tempat lain, aku tak pernah tengok kereta yang kejam tak bagi laluan pada emergency.

Diorang ni mereka cerita ke bab tiada kerjasama tu? Ke aku yang memang tak pernah jumpa.
Quote ~boolean 12-2-2018 07:40 PM
Kalau aku pun tak beri laluan dekkk...lantaklah lampu kau emergency ke, high beam ke..
Lagi2 kalau jalan sesak teruk...
Selagi bukan kereta polis atau ambulan,
Pandai2 lah kau nak hidup..

Kereta menteri lalu pun kadang2 sengaja aku lambat ke tepi
Inikan pula kereta rakyat biasa
Quote saladin780 12-2-2018 08:55 PM
BebeQ replied at 12-2-2018 04:29 PM
Aku ni rumah dekat dengan hospital kerajaan dan hosp tu memang kawasan jammed, lampu trafik pun lama ...

kan..x penah lagi aku tgk org x bagi laluan kat ambulan melainkan mmg betul2 sesak dah x bleh gerak dah..come on la..takdela teruk sangat pun malaysia ni dek oii
Quote faraway1 12-2-2018 11:10 PM
mungkin ada betul apa nurse kata masa kelas prenatal,
cuba set timer untuk tahu berapa lama boleh sampai hospital tempat beranak...

itu kami buat, set timer masa siang perjalanan, masa malam,
masa traffic masa jalan lengang, dan cuba diffrent routes.

ok cita ni takda kaitan dengan cita di atas...
Quote azimodin 13-2-2018 09:30 AM
Zaman sekarang banyak orang yang salah guna double signal & laluan kecemasan. sebab tu pemandu lain malas nak bagi laluan melainkan kenderaan polis/ambulance/bomba/peronda lebuhraya.  Akak xleh la nak pukul rata salahkan driver lain ye.

Masa 8 bulan mengandung aku & suami buat test run drive gi 2 hospital berdekatan. sekali pada waktu puncak, sekali pada waktu malam. Laluan ke hospital sungai buluh sesak pada waktu pagi so aku dah standby sigboard  (kertas a4 je pon) untuk letak kat cermin depan & cermin belakang dengan harapan orang bagi laluan. kalau x silap last year pon ada viral orang buat macamni.
Quote nadna 13-2-2018 10:44 AM
Salam takziah.Moga tabah hadapi kehilangan.Ada la rezeki lain
Quote vee_zara 15-2-2018 11:51 PM
Kak, kalau kandungan nak gugur mmg akan gugur. Susah nak selamatkan.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.124556 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top