CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Insaf Dibuatnya Bila PTPTN Balas Tweet Persenda Kebakaran KWSP

19-2-2018 02:45 PM| Diterbitkan: cari-khair| Dilihat: 6419| Komen: 29|Original author: Oleh: Khair

Minggu lalu, negara digemparkan apabila bahagian luar bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijilat api. Tetapi, dimaklumkan bahawa kebakaran tersebut tidak menjejaskan bahagian dalaman bangunan.




Ramai orang bersimpati dan terkejut dengan kejadian, tetapi berlainan dengan admin Twitter PerakPower yang seolah-olah mempermainkan kejadian tersebut dengan memuat naik tweet "Tahukah kome ramai yang berharap pejabat PTPTN yang terbakar, bukan pejabat KWSP".



Mungkin ada berpendapat tweet tersebut hanyalah sekadar gurauan semata-mata, namun harus diambil kira bahawa isu sedemikian agak sensitif kerana ia seolah-olah mempersendakan kemalangan yang berlaku. 

Tweet tersebut mendapat perhatian admin Twitter PTPTPN yang bagaimanapun, tidak mudah melatah dan membalasnya dengan memberi pesanan penuh bermakna.



Memang 'tangkap dalam' betul komen PTPTN itu. Memang sewajarnya perkara seperti ini tak sepatutnya dijadikan bahan gurauan. 



Lebih menyedihkan tak semena-mena nama pelajar UiTM terbabit sama kerana mereka dituduh menggodam Twitter PerakPower

Nampaknya, netizen juga tidak bersetuju dengan gurauan yang mengharapkan bangunan PTPTN terbakar. Yalah, mana taknya. Dah pandai berhutang, nak lepas tangan pula. 


Foto: Twitter

Oleh itu, berhati-hati selalu jika hendak bergurau dan jadilah insan yang lebih peka dan sensitif terhadap perkara sekeliling. - CARI
6

Bagus
8

Marah
5

Terkejut
9

Sedih
6

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 19-2-2018 02:53 PM
kne cari budak uitm tu.....#pdrm #skmm #SBMalaysia #TM #KDN #PNB #ASB #ASN #klcc #kfc #jpm #jpn
Quote jazaa100 19-2-2018 03:01 PM
he..he...ayat biasa bila dah kantoi...

acc kena hacked...
Quote prettyuglybabe 19-2-2018 03:13 PM
dorang ingat malaysia masih guna sistem fail himpun masuk stor macam zaman dulu ke..
Quote anna_molly 19-2-2018 03:19 PM
bodohnya siapa tweet ni mintak2 bangunan ptptn terbakar tu?
ko ingat system filing sekarang guna fail kertas manila pastu ikat dengan tali ke?
anak siapa ni
Quote paz 19-2-2018 03:39 PM
Macam ni lah kan. Dah ada fasiliti pinjam wang tak nak bayar balik.

Pastu harap negara ni bagi macam-macam. Horror perangai.
Quote orgsepang 19-2-2018 04:10 PM
Agaknya dia ingat kalau terbakar fail hilang dan tak perlu bayar hutang
Ada orang ni beritahu dia tak nak bayar pinjaman mara sebab tu duit rakyat

Quote orgsepang 19-2-2018 04:13 PM
Dia ingat kalau bangunan terbakar fail hangus jadi tak perlu bayar hutang
Ada juga orang kata tak payah bayar pinjaman mara sebab itu duit rakyat. Macam mana orang boleh fikir sebegitu singkat
Quote idakamaruddin 19-2-2018 04:15 PM
budak uitm jugak dipersalah kan

Quote sapeka 19-2-2018 04:30 PM
sian budak uitm
difitnah sebegitu
Quote rayray28 19-2-2018 04:40 PM
Secara tak langsung dia nk bgtau bdk uitm ni jugak laa yg ramai berhutang dgn ptptn ni..termasuk iols..but iols tolak gaji je bayor..kdg mmg tak faham org yg dh bekerja ni liat juga nk bayor
Quote krustykrab 19-2-2018 05:03 PM
orgsepang replied at 19-2-2018 04:13 PM
Dia ingat kalau bangunan terbakar fail hangus jadi tak perlu bayar hutang
Ada juga orang kata ta ...

bila manusia cuba nak menghalalkan apa yg haram, mcm tu la

belajar2 tinggi2 tp otak kosong

Quote Zuzu75 19-2-2018 07:01 PM
Dahlah yuran uitm murah nak mampos..still loan ada balance utk every semester pon still nak doakan buruk2
Quote kroit92 19-2-2018 07:47 PM
aku kalau boleh patah balik masa, maybe nak masuk UITM, murahnye la yuran mereka..

tapi dah nasib, masuk ipta lain, amek kau hutang aku RM30k, opocot opocot opocot cot cot cot cot

sekian
Quote cmf_premierleag 19-2-2018 08:11 PM
Babinya yg mintak pejabat ptptn terbakor tu
Semoga rumah ko pulak yg terbakar iya
Quote yangsemb 19-2-2018 08:14 PM
Ooouchh....kena sedassss
Quote awaynepian 19-2-2018 08:27 PM
knp aku rasa...sbnrnya xkena hack pn..
bijak pulak admin perakpower ni tahu di hacked by budak uitm.. hackers reveal identity
Quote L_Z 19-2-2018 10:19 PM
Muka pon bodoh lagi hodoh... Kesian kat makpak ko dapat anak mcm oku hazab bodoh... Gi mapos ja jantan sekor ni
Quote Cikapit 19-2-2018 11:29 PM
Kalau pejabat ptptn terbakar kau ingat hutang kau dikira halal ke? Sia2 ja ptptn bg admin perakpower ni buat pinjaman tetaplah bodoh walau belajar sampi ke universiti..
Quote Supersirap 20-2-2018 09:11 AM
Dah nama pun hutang, bayar je la apa ada masalah

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.281291 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top