CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kutuk Masjid, Sempoi Saja Cef British Ini Balas Tweet Islamofobia

21-2-2018 12:18 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 6512| Komen: 25|Original author: Oleh: Ain

Islam sering dikaitkan dengan semua tuduhan negatif serta dilabel pengganas, pelampau dan sebagainya. Apa jua yang ada bayangan Islam acap kali disenaraihitamkan.

BACA JUGA: Lelaki Ini Boikot Kellogg's Hanya Kerana Logo Halal!

Seorang cef British popular beragama Islam, Nadiya Hussain yang aktif di akaun Twitter tidak mudah melatah walaupun sering diserang golongan yang membenci dan takut akan agama Islam.


Foto: Youtube

Terbaru, jawapan balas Nadiya terhadap kecaman seorang individu mendapat perhatian netizen yang memuji tindakannya kerana tidak mengikut perasaan dan sempoi sahaja.

Semuanya bermula apabila Nadiya memuat naik sebuah posting dengan hashtag VisitMyMosque, awal minggu ini yang bertujuan menjemput orang ramai untuk melawat masjid di seluruh United Kingdom.

Malangnya, seorang individu dengan selambanya 'menyampuk' di posting berkenaan dengan komen negatif.

"Saya tak ingin melangkah masuk walaupun dibayar. Dan tak mungkin saya akan benarkan anak-anak saya menjejakkan kaki ke situ (masjid)," tulisnya.




Tapi, Nadiya tak mudah melenting. Baik sahaja komen balasnya untuk individu terbabit.

"Oh, ruginya. Kami tak pernah halang anak-anak (Muslim) kami daripada menghadiri pertemuan di gereja.

"Ia mengajar mereka menghargai semua agama di dunia ini dan awak mesti tahu mereka tak akan 'bertukar' menjadi Muslim kalau melawat masjid kan?"
balas Nadiya.



Cool saja cara dia menghadapi tanggapan negatif orang, kan? Ramai juga yang menyokong kenyataan wanita itu selain mendakwa masjid merupakan sebuah tempat yang sangat indah.


Foto: Twitter

Macam fikiran acik kepam saja mereka ni. Dia ingat, semudah itu nak tukar agama? Hari ini masuk masjid, terus jadi Islam? Macam itulah jadinya bila fikiran sempit sangat. Tapi kalau fikiran terbuka sangat pun, bahaya juga, kan? - CARI

9

Bagus
14

Marah
16

Terkejut
21

Sedih
32

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (115 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Defcon2 21-2-2018 12:41 PM
Harap rencana ni akan membuka mata geng anti Islam dan penyokong pengganas kristian seperti @chazey @Dwdrum @FOTHER-MUCKER @tripleid @Vokuro @kawtojo @M5 @Orix

Jangan jadi Islamophobia sangat. Sepatutnya kita semua patut takut dengan ancaman dari pengganas Kristian
Quote rainbowrainz 21-2-2018 12:44 PM
Kan da kena sound{:hypnotize
Quote Skuau 21-2-2018 12:44 PM
bior bonar dia bg ank msk gereja.....ada ore... tgk jer(pon) salib...dh mengelopor......
Quote tomaz 21-2-2018 12:46 PM
Laki dia helokk. Tu je nak kabo
Quote CiliPadiSedap 21-2-2018 01:14 PM
Skuau replied at 21-2-2018 12:44 PM
bior bonar dia bg ank msk gereja.....ada ore... tgk jer(pon) salib...dh mengelopor......

ada orang nampak salib dh blh terbakar kepanasan, akak percaya mereka keturunan vampire
Quote paz 21-2-2018 01:42 PM
Berita macam ni patut di viralkan especially kat Malaysia. Dah kurang hormat dengan agama lain. Takut tak bertempat sampai tak boleh nak di ajar.
Quote buragazz 21-2-2018 01:44 PM
Aku pernah je masuk church kat Philippine sana takde pulak aku nak bertukar menyembah yesus..
Tapi kan ni nak cerita pengalaman masa masuk church tu aku memang rasa seram giler sebab suasana dalam tu cam dalam cerita hantu exorcist.. klu dia pasang lighting yang agak terang dan warna dinding tu ceria sikit maybe tak seram sangat la...
Quote gummygummy 21-2-2018 01:48 PM
terbakar kristian masuk masjid agaknya
Quote mieymiey 21-2-2018 01:52 PM
Macam fikiran acik kepam saja mereka ni


Quote missinpiece 21-2-2018 02:06 PM
Menggelupur mocik bawah tempurung bila nampak masjid kekdahnya.
Iols xde masalah nak jejak tempat2 ni, tepi Ldp tu elok terbentang patung dpn mata.
Tapi iols seram nak masuk kuil2 dan candi.
Quote makita 21-2-2018 02:36 PM
Meols yg baca bible ni pon x teringin nak jadi umat santa claus.
Quote chazey 21-2-2018 03:46 PM
Defcon2 replied at 21-2-2018 12:41 PM
Harap rencana ni akan membuka mata geng anti Islam dan penyokong pengganas kristian seperti @chazey  ...


"Oh ruginya kami tak pernah menghalang anak2 kami dari menghadiri pertemuan di gereja."

Tompang tanya,

'Kami' tu, termasuk ko ke lobai Defcon?
Quote fliphair8 21-2-2018 04:24 PM
Aku diajar masuk sume historical house of god dr pelbagai agama especially when travelling abroad...thanks to my mama and abah.....church..segala mala temple....tetap takde rasa nak jadik kapir....yg x masuk plak gegeh jadik lgbt..atheism...duk kat club tonggang ngalahkan kapir....pffft....
Quote Defcon2 21-2-2018 04:50 PM
chazey replied at 21-2-2018 03:46 PM
"Oh ruginya kami tak pernah menghalang anak2 kami dari menghadiri pertemuan di gereja."

Tompa ...

Apsal geng-geng penyokong pengganas Kristian ni suka sangat nak selongkar peribadi aku?

Aku tahu ini semua taktik penyokong pengganas Kristian untuk konar bila tak dapat balas kritikan terhadap pengganas Kristian.

Carilah cara yang lebih mulia kot ye pun nak konar. Geng pengganas Kristian ni sibuk nak orang tengok diaorang baik. Tapi buat benda tak betul.  

Quote kroit92 21-2-2018 05:48 PM
adui, tertutupnya pemikiran

2018, masih ramai kurang ilmu tentang Comparative Religion

cepat melatah sebab tak faham dan tak tau, lepas tu tanak amik tau.
jahil = bodoh sombong
Quote Mr_Beruk 21-2-2018 06:31 PM
Adalah sa-suatu yang wajar bagi mereka yang prihatin dongan pengaroh-pengaroh pahaman merapu,  untok menjaohkan diri mereka dan keluarga mereka daripada torlibat dongan-nya.
Quote apedehal 21-2-2018 08:45 PM
iols penah je masuk dlm gereja..saje lawat gereja lama..apekehei nya semua matsalleh dlm gereja tu pndang pelik kat aku n pemili..relax sudey. tp gereja deyol mmg menyeramkan
Quote L_Z 21-2-2018 09:14 PM
Student cina ku... Mak dia selalu ja risau anak dia masuk "melayu".. Sebab delajar kat university tempatan Dan lecture melayu
Quote chazey 22-2-2018 12:44 AM
Defcon2 replied at 21-2-2018 04:50 PM
Apsal geng-geng penyokong pengganas Kristian ni suka sangat nak selongkar peribadi aku?

Aku ta ...

Takleh jawab kan?

HAHA.

So,

Bila ko nak benarkan anak2 ko pi gereja?

HAHAHA.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.047022 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top