CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

‘Free Gift’ Hotel Yang Tak Berdosa Pun Anda Bawa Balik

1-3-2018 04:16 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 9161| Komen: 49|Original author: Oleh: Azza Rai



Bercuti dan menginap di hotel itu umpama me-time yang dinanti-nanti oleh ramai orang.

Lagi best bila dapat pula menginap di hotel mewah. Bayangkan dengan empuk tilamnya, mengadap pemandangan pantai pula. Aduh! Malas nak balik kerja kan?

Tiba-tiba anda terpandang deretan sabun mandi dan botol comel-comel di bilik mandi. Eh! Boleh ke nak ambil?

Sebenarnya ada 10 free gift yang memang percuma untuk anda pun. Kalau anda tak ambil, ia akan dibuang oleh pihak hotel pun. Jom semak 10 barangan tersebut okey.


1)    Toiletries
Comel ja kan, dengan saiz mini dan nama hotel pula tu. Siap setiap hari ia ditukar mengikut bilangan hari anda menginap. Jadi, bawa balik ja mana yang tak habis tu. Boleh sambung guna di rumah pula.


2)    Selipar bilik
Biasanya hotel bertaraf empat bintang ke atas ada selipar atau alas kaki lembut ini. Jadi, bawa saja pulang ya.

3)    Laundry bag
Terlupa bawa plastic untuk baju basah? Ambil sahaja plastik yang tersedia.


4)    Tisu
Tisu tandas, tisu meja memang dah diperuntukkan untuk bilik tersebut. Jadi, tiada masalah anda nak ambilnya.

5)    Buku panduan perjalanan & peta
Melambak peta dan risalah pelancongan yang disediakan di lobi hotel. Jadi, boleh ja ambil.

6)    Air minuman
Biasanya ada 2 botol yang disediakan bagi setiap bilik. Boleh ambil secara percuma, cuma minuman lain tu jangan ya. Nanti anda dicaj dengan bil mahal pula.



7)    Berus gigi, ‘shower cap’ dan sikat
Nampak ringkas ja, tapi ia berguna ketika saat kecemasan. Anda boleh gunakannya atau bawa pulang sahaja.

8)    Surat khabar
Ada hotel yang menghantar ke bilik da nada juga yang boleh diambil di lobi. Jangan bimbang, semuanya percuma ya, kecuali yang telah dipasang rak kayu – itu hotel yang punya.

9)    Buku nota, poskad dan pensil
Ini peluang terbaik untuk mengumpul buku nota dan pensil berjenama hotel. Biasanya benda ringkas begini lah yang kita perlukan di saat tidak terduga.

Foto Carian internet
10)    Minuman 3 in 1
Nak minum apa? Teh atau kopi? Susu atau gula? Jadi kalau tak habis, bawa balik ya. Rugi lah pula kalau anda tak ambil.Jadi, usah ragu-ragu pula nak ambil yang tersenarai di atas. Jangan ‘over’ sampai tuala pun nak ambil ya. Itu dah salah ya. - CARI 

Kredit : Remaja.my

3

Bagus
2

Marah

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gekkou 1-3-2018 04:29 PM
ambil dan jual pun boleh

Quote zulka 1-3-2018 04:38 PM
memang selalunya hangkut balik benda2 tu...dah bayar kan
Quote Nana_Man 1-3-2018 04:45 PM
Memang ambik balik pun.. lg2 kalau yg wangi2.. cuma kadang2 tak terpakai pun kat rumah..but since its "free", why not?
Quote eyansss 1-3-2018 04:52 PM
gekkou replied at 1-3-2018 04:29 PM
ambil dan jual pun boleh

barang2 yang dianggap free tapi sebenarnya dah dibayar pun 😊
Quote krustykrab 1-3-2018 05:02 PM
mmg aku ambik pun...sbb dah dichg dlm harga bilik kan
Quote aak 1-3-2018 05:47 PM
bekas tisu tu bole angkut sekali tak? ke tisu je?

aku slalu amik tisu je takut plak kena charge kalau amik bekas2nya sekali...slalu letak kat keta je tisu otel ni...
Quote Iema5008 1-3-2018 06:40 PM
Hahaha free gift yg dh dbayar
Quote munchkin 1-3-2018 07:58 PM
Tak ambil semua menyemak je. Melainkan pen kalau sedap tulis. Kalau rak sedap tulis letak balik.
Quote @chik 1-3-2018 08:14 PM
Selalu bawa balik,tapi xpakai pun  {:kill
Quote biskutraya 1-3-2018 08:26 PM
Suka amek pen. Test2 dulu tulis2.. Kalau ink lancar je n pekat amek. Kalau mcm semput2 nak kuar x amekm{:hooray
Quote swimswim 1-3-2018 09:59 PM
I mmg bwk balik sabun,berus,ubat gigi. Kalau ada relatives dtg tetiba2 rumah n overnite, i bagi je diorg benda2 ni..
Quote jazaa100 1-3-2018 10:48 PM
Amik letak dlm keta..

Bebila emergency, blh guns
Quote ejans 1-3-2018 11:05 PM
Amik je... Berguna bila tidoo rumah sedara mara balik kg ke..bercuti tido homestay kee.. Yg bkn hotell.. Sbb hotel je kan bg benda2 cemni..
Quote SalenaGomez 1-3-2018 11:07 PM
krustykrab replied at 1-3-2018 05:02 PM
mmg aku ambik pun...sbb dah dichg dlm harga bilik kan

Rasanya kalau malaysia applicable la...SG suka selipar hotel...ade skali tu pegi jepun rupa nya x boleh bawak balik...sama time kat bangkok...siap SG kena buka bag n letak balik time kat bangkok tu
Quote diss69 2-3-2018 12:09 AM
amek buat collection...{:smile
Quote haryatie 2-3-2018 07:27 AM
mmg ambil pun bila pulak free... kan da byar
Quote MarissaOberlin 2-3-2018 10:17 AM
Hakak dari dulu lagi memang aku kaut semua masuk plastik
Quote krustykrab 2-3-2018 10:22 AM
sayabudakkeyeel replied at 2-3-2018 12:29 AM
AKu ambik je sampai dah penuh kotak dgn toiletries

Lagi satu yg selalu family aku ambik- to ...

tak rasa berdosa ke sis?

towel tu mmg tak blh ambik...kena bayar kalau nak jugak
Quote orgsepang 2-3-2018 11:04 AM
sayabudakkeyeel replied at 2-3-2018 12:29 AM
AKu ambik je sampai dah penuh kotak dgn toiletries

Lagi satu yg selalu family aku ambik- to ...

Eh, towel pun boleh ambil ke?

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.072091 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top