Setiap pergerakan kita dalam hidup ini dimulakan dan diakhiri dengan bismillah serta doa. Jadi, hayatilah dengan khusyuk doa yang dibaca dan fahami maksudnya supaya kita ikhlas tunduk menadah tangan meminta pada-Nya. Susah nak ingat doa? Paling tidak pun pasti doa makan dihafal setiap muslimin dan muslimat.
Namun, pernah tak anda melihat orang lain membaca doa makan selain dari waktu makan? Bagi yang tak tahu, pasti tergelak kerana menyangka dia tersalah membaca doa. Jangan begitu, kalau kita tahu maksud doa makan itu sendiri, pasti kita juga akan mengamalkannya dalam apa jua keadaan. Perkongsian Alhusna Asma di Twitter menarik perhatian ramai yang baru 'celik' matanya berhubung isu ini.
Kita yang jahil! Menurutnya, doa makan bukan sekadar dibaca ketika berdepan makanan, sebaliknya ia juga boleh dibaca dalam solat. Doa ni tak sebut pun soal makan Seorang pengguna tampil menjelaskan bagaimana masih ramai yang keliru dengan doa makan yang sebenar. Doa makan yang betul adalah... Dalam masa sama, ramai juga pengguna mendakwa mereka sering mengamalkan 'doa makan' ketika mencari tempat letak kereta mahupun ketika belajar. "Member aku nak cari parking, baca doa makan. Cubalah, Insya Allah murah rezeki walaupun ruang penuh. "Sejak amalkan doa makan ketika nak menjawab peperiksaan, Alhamdulillah keputusan 100 peratus!" komen netizen. Ramai yang berterima kasih di atas perkongsian ilmu daripada Alhusna Asma itu. Jom sebarkan ilmu! Sekarang mana yang tak tahu tu dah tahu, kan? Jadi, lepas ni jangan gelakkan orang lain yang membaca doa makan ketika mencari parkir. Malah, anda sendiri pun boleh mencuba! - CARI |
22
Bagus |
11
Marah |
16
Terkejut |
14
Sedih |
14
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
nadna: Ya memang berkesan.Actually bagi saya parking pun satu rezeki tau terutama di hari puncak
ADVERTISEMENT