CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Anda Yang Selalu Lambat Tak Menepati Masa Mesti Tergolong Dalam 4 Kategori Ini, Kan?

20-3-2018 06:08 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 3830| Komen: 8|Original author: Oleh: Ain

Adakah anda jenis suka membuat orang lain tertunggu-tunggu atau anda penyebab orang lain terlambat untuk sesuatu acara? Tapi pernah tak terdetik di minda anda kenapa mereka ini sering terlewat?

Menurut penyelidik dari Australia Dr Karl Kruszelnicki, terdapat empat jenis personaliti berbeza yang berkait rapat dengan kelewatan, kelambatan atau apa sahaja seumpamanya.



Foto: Naterx GIF

Jom tengok apa ciri-cirinya. Bukan sahaja untuk memahami lebih mendalam mereka yang sering terlambat, mungkin juga ia dapat membantu anda memahami diri sendiri!

Manalah tahu ia dapat menjadi kunci kepada penyelesaian masalah dan membuat kita semua sampai ke destinasi tepat pada masanya.



1. Mat jenin


Bukan sahaja gemar berkhayal, malah mereka sejenis yang suka berharap pada sesuatu yang tidak realistik. Contohnya, apa yang mereka dapat capai dalam jangka masa tertentu.


Mereka akan memberitahu diri sendiri yang mereka boleh mandi dalam masa seminit, siap memakai baju dalam 30 saat, dan masih ada masa untuk menyediakan sarapan sebelum meninggalkan rumah. Memang tak logik sebab semua perkara itu mengambil masa lebih panjang daripada apa yang difikirkan. Sebab itulah mereka terlambat!


Foto: Odyssey

Ada cara untuk merawatnya iaitu dengan membuat perbandingan masa bagi setiap rutin dilakukan setiap hari. Dengan itu, mereka boleh lihat berapa lama masa diambil untuk melakukan sesuatu rutin seperti berapa lama masa diambil untuk mandi pagi.



2. Pencetus krisis


Mereka inilah jenis yang suka menggelabah tak tentu hala. Kalut memanjang! Mana taknya, semua kerja suka bertangguh. Kononnya, mereka boleh melakukan lebih baik apabila berada dalam tekanan.


Foto: Star12 Community

Malah, mereka sangat tidak suka menunggu. Jadi, mereka akan tergesa-gesa bergerak ke tempat perjanjian di saat terakhir daripada terpaksa menunggu orang lain.

Biar orang menunggu daripada diri sendiri menunggu! Adakah anda begini? Jika ya, Dr Karl menyarankan supaya anda melakukan aktiviti fizikal di tempat yang dijanjikan daripada membuat orang lain tertunggu-tunggu 'batang hidung' anda.



3. Mementingkan kesempurnaan

Orang yang memiliki personaliti ini sangat berbahaya sebenarnya. Mereka suka menghabiskan masa memastikan semua benda sempurna dari A sampai Z! Sampaikan susunan pinggan mangkuk pun kena sempurna - sebab itulah selalu lambat siap!


Foto: Sott

Mereka ini perlu berhenti daripada menjadi terlalu obses dengan benda yang tak berapa penting. Sedarlah! Siap pada waktunya lebih penting daripada menjadi sempurna.



4. Gemar melawan


Tahap bahaya mereka ini berada di tahap lain kerana mereka tak pedulikan orang sekeliling mereka. Mereka tak suka terikat kepada peraturan, jadi selalunya mereka memilih untuk sengaja lewat sebagai cara mereka memberontak.


Foto: Pinterest

Mereka sangat anti dengan arahan orang lain. Mereka suka mengikut cara mereka sendiri. Tapi, mereka harus sedar impaknya terhadap orang lain. Fikirkanlah orang lain yang susah akibat sikap sendiri yang tak semenggah mana tu.


Jangan tipu! Mesti salah satu perangai di atas ada dalam diri anda, kan? - CARI
17

Bagus
20

Marah
22

Terkejut
26

Sedih
23

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (132 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meisapoya 20-3-2018 06:47 PM
I sejenis hangin satu badan tunggu org lewat melepasi masa janji. Kawan i plak hangin satu badan sbb x suka tunggu org. Rela biar org tunggu dia. Sempurna sgt hubungan kami
Quote AbukRokok 20-3-2018 08:15 PM
no 4 kot.... ... sampai lewat sbg tanda protes
Quote salmon-suki 20-3-2018 11:06 PM
Setakat ni still lg punctual..tp paling x suka spesis lewat y akn ganggu plan that day..unless dia ada reason y valid,ok laa tp kalau x,sy akan cancel jela..mood dah hilang sbb org y lewat tu..
Quote Missfadh 21-3-2018 01:09 AM
I jenis merempan Kalau I kena tgu org atau pun I yg lmbt. I punya temu janji takde nya lepas asar pelbagai tu. I tahu I nak sampai pukul berapa. Kalau 3.20 ptg I akan ckp 3.20 ptg. Tp I akan ada buffer time 15 minutes before.
Quote Artemesiaa 21-3-2018 11:31 AM
Lebih suka menepati masa dan selalunya akan sampai sedikit awal dari dijanjikan tak suka yang jenis janji melayu ni sebab membuang masa orang lain sebab sikapnya tu
Quote cik-jaja 21-3-2018 05:54 PM
i paling tensyen bila kata dah nak sampai, tapi berejam tunggu tak jgk nampak batang hidung...
Quote alieyrina 22-3-2018 12:49 PM
Paling bangang org paling dekat dgn kampeni selalu paling lewat sampai..kejadahnya sampai opis mcm baru lps maraton 10km
Quote haryatie 22-3-2018 02:48 PM
aku org yg punctual
sbb tu aku x suka org yg ambil mudah
boleh meroyan kalau tunggu org lewat2 ni..
kena pulak da tunggu 10-15 minit x muncul2 lg, WA,mesej, call x reply
rsa nak bom jerk...

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.041306 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top