Bagi sesetengah orang, mereka mungkin kurang meminati sardin atau tuna di dalam tin kerana trauma dengan makanan kucing. Eh, apa kena mengena tuna dengan makanan kucing pula? Ha, bagi yang pernah mengalaminya sahaja akan memahami perasaan orang tersalah makan makanan kucing. Mana tidaknya, bau makanan kucing seakan-akan sama dengan bau tuna, rupanya juga kadang kala nampak macam sama saja, kan? Baru-baru ini, kecoh di laman Twitter apabila seorang pengguna berkongsi pengalaman rakannya tersilap makan makanan kucing yang disangkanya tuna jenama Ayam Brand.
Aduhai! Dek kerana tersalah makan makanan kucing, Hafizul Haneff meminta orang ramai untuk mendoakan supaya rakannya itu tidak bertukar wajah menjadi seekor kucing. Ramai netizen geli hati dengan pengalaman rakan Hafizul itu. "Dia cakap, sekarang dah mula membuang dekat pasir," tulis Hafizul.
Pelik juga orang ramai apabila Aafiq Anwar tidak dapat membezakan kedua jenis makanan itu. Takkan tak berbau? Sementara itu, Anwar menerusi laman Twitternya mengakui dirinyalah Mr Meow yang disebut-sebut ramai. "Sayalah orang yang makan makanan kucing (basah) itu," tulisnya. Bagaimanapun, Anwar memaklumkan tiada sebarang efek negatif dirasakan tubuhnya selepas memakan makanan kucing itu. Tak sakit perut ke? Alamak, pernah tak anda mengalami situasi serupa? Manalah tahu pernah termakan makanan ikan pula, kan? - CARI |
16
Bagus |
18
Marah |
5
Terkejut |
12
Sedih |
20
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT