CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jangan Murung Kek Bantat, Resipi Ini Jamin Kejadian Kek Marble Gebu Terlajak Laris!

28-3-2018 05:13 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 5205| Komen: 1|Original author: Oleh: Suzy

Description: Resipi kek marble memang nampak senang dan biasa. Tetapi, jikalau salah percaturan kek boleh jadi bantat dan kering. Puncanya adalah mentega dan gula tidak diadun kembang secukupnya ataupun sukatan ba ...


Resipi kek marble memang nampak senang dan biasa. Tetapi, jikalau salah percaturan kek boleh jadi bantat dan kering. Puncanya adalah mentega dan gula tidak diadun kembang secukupnya ataupun sukatan bahan berlebihan.  

Selain itu, suhu oven juga boleh menjadi faktor kek tidak masak sekata dan menjadi mentah ditengah-tengahnya.


Sumber foto: Blog bahansedulang

Apabila kek yang diusahakan hampir beberapa jam tidak menjadi, pasti menyebabkan selera untuk mencuba lagi tertutup. Jangan putus asa. Di sini ada satu resipi yang memberi jaminan kejadian kek marble gebu dan sedap sangat! Tiada ovellete, tanpa soda, hanya menggunakan bahan asas sahaja.



Sumber foto: Blog bahansedulang

Resipi ini adalah untuk loyang bersaiz 7 ½  inci. Bagi yang inginkan sukatan untuk loyang lebih besar, boleh ke blog bahansedulang.

Bahan-bahan:
275 g mentega/marjerin
175 g gula (dikisar halus)
5 biji telur (gred A) dinginkan (letak sekejap dalam peti ais)
1 sudu teh baking powder (kalau guna tepung naik sendiri abaikan serbuk penaik ini)
½  sudu teh esen vanila
1 sudu teh perwarna merah
5 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu pekat manis


Sumber foto: Blog bahansedulang

Cara-cara:
1. Pukul marjerin dan gula sehingga betul-betul kembang menggunakan mixer pada kelajuan tinggi.
2. Perlahankan mixer kemudian masukkan telur satu persatu.
3. Setelah sekata masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4. Kemudian masukkan susu pekat. Kacau sebati.
4. Bahagikan kepada 3 bahagian.
5. 1 bahagian masukkan perwarna merah. 1 bahagian koko. 1 bahagian lagi masukkan esen vanila.
6. Panaskan oven pada suhu 180 darjah.
7. Sapukan loyang dengan marjerin atau lapikkan dengan baking paper.
8. Masukkan adunan berselang seli sehingga separuh loyang.
9. Sedia untuk dibakar selama 45 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.


Tak mudah nak mudah, namun tak juga susah untuk susah. Salah satu langkah sahaja, murung semalaman apabila kek tidak menjadi! Usah lagi gundah-gulana, ikut sahaja langkah yang disediakan khas buat anda! Semoga berjaya ya. - CARI
16

Bagus
18

Marah
7

Terkejut
12

Sedih
7

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (74 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jpbstarlife 29-3-2018 05:29 PM
tepung tu brp gram? ke satu kotak tu semua???

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.044093 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top