CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ramai Netizen Yang Sewa Rumah Impi Dapat Tuan Rumah Seperti Lelaki Ini Sebab..

2-4-2018 11:53 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 5050| Komen: 18|Original author: Oleh: Whitney


Ramai yang berkira-kira untuk memiliki rumah sendiri kerana harga rumah sekarang dikatakan sangat mahal dan di luar kemampuan sesetengah orang. Tetapi jika kena caranya, kalian sebenarnya mampu untuk membeli rumah mampu milik. Bagaimanapun, ramai yang mengambil keputusan untuk menyewa terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah.

Apabila menyewa rumah, kenalah ada rasa tanggung jawab untuk menjaga rumah yang disewa itu dengan baik dan membayar pada waktu yang ditetapkan kepada tuan rumah. Manakala tuan rumah juga perlulah memastikan penyewa berada dalam keadaan yang selesa semasa tinggal dirumah tersebut agar berpatutan dengan bayaran yang diterima setiap bulan.

Perkongsian oleh seorang tuan rumah ini begitu menarik. Dia dilihat begitu memahami dan tidak berkira dengan penyewa yang menyewa rumahnya selama bertahun-tahun itu. Sebagai ganjaran, dia mengecualikan bayaran selama sebulan bagi tempoh setahun. Pengecualian bayaran sewa rumah untuk sebulan begitu bermakna bagi penyewa. Apa tidaknya, wang tersebut boleh digunakan untuk menampung keperluan yang lain.  



Ramai netizen yang mengimpikan dapat tuan rumah seperti lelaki tersebut. Siapa yang tidak seronok apabila tidak perlu membayar sewa rumah untuk sebulan kan? Ada netizen yang berharap tuan rumah yang lain turut berbuat demikian.
 

Ramai juga netizen yang mengadu mendapat tuan rumah yang tidak bertimbang rasa. Segala kerosakan perlu ditanggung sendiri malah menaikkan lagi harga sewa rumah. Nasiblah kan?

Jika tuan rumah baik dan bertimbang rasa, ramai la netizen yang akan mendoakan yang baik-baik. Untung tuan rumah tersebut kerana netizen masing-masing mendoakan agar dimurahkan lagi rezekinya.

Tetapi kalau nak dapatkan tuan rumah yang baik, kalian pun kenalah jaga rumah yang disewa itu dengan baik dan bayar sewa tepat pada masanya. Barulah dapat jalinkan hubungan baik antara penyewa dan tuan rumah. Setuju tak? - CARI 

11

Bagus
28

Marah
28

Terkejut
23

Sedih
14

Lawak
48

Bosan

Friends Rank (152 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zameyla 2-4-2018 11:58 AM
pernah ja dulu duduk menyewa kat Selayang, tuan umah pun tak pernah jumpa..
Tiga tahun menyewa kat situ. Husband pernah jumpa tuan umah masa dia outstation ke perlis. Tuan umah org perlis.
Klu ada rosak apa, nak tukar apa, just potong duit sewa jah....
Quote sarahmirza 2-4-2018 12:10 PM
Penyewa I dah 6 tahun sewa..
Baru jumpa sekali tahun lepas.
Masa dia masuk rumah dulu, my sis yang uruskan.
Tahun lepas jumpa sebab I teringin nak tengok rupa dia.

Dia penyewa yang bagus juga, selalu bayar sewa on time.
Thread ni buat I terfikir apa salahnya I buat macam En Suhairi ni kan... semoga murah rezeki dia.
Quote CiliPadiSedap 2-4-2018 12:13 PM
kaka bg milo, beras, bg voucher kfc ke, mcd ke, atau belanja makan. rumah ada monthly installment tak berani nak bg free nanti lari bajet ..



Quote siputsedut 2-4-2018 12:14 PM
Huhu..x dpt la nk jd tuan rumah baik hati camni...ni pon rasa dh cukup baik bg sewa murah dr rumah lain kt tmn tu...guard fee pon aku bayarkan kalau rosak cpt2 baiki...skali skale aku panggil org mesin kan rumput...aku mintak in return jaga rumah tu baik2 je..
Quote alieyrina 2-4-2018 12:20 PM
Rezeki la ni..tuan umah elok dpt penyewa yg elok jugak..
Quote idakamaruddin 2-4-2018 12:21 PM
dalam ckp tak nak menunjuk tapi menunjuk jugak hahaa

hahaha biasalah iols hati makcik bawang sikit

maafkan iolss

Quote Themilo 2-4-2018 12:35 PM
iols memang ada kawan yang sewakan rumah & sangat baik pada penyewa.

Disebabkan tenant bayar on time, tiap kali nak raya, kawan iols tu akan belanja sewa rumah free sebulan. katanya, sekali-sekala bagi la tenant happy, especially time nak raya.

Quote BoongaKertas 2-4-2018 12:44 PM
bagusnya! niat bersedekah tu. and bahagiakan org lain, insyaallah byk rezeki owner ni.
Quote mziskandar 2-4-2018 01:05 PM
Member aku pernah menyewa time dia blaja kt uitm shah alam. Bulan pertama + deposit, dia bayar cash by hand. Aggreement x de. Ckp mulut je. Selepas beberapa tahun, beliau terpaksa tinggalkan kunci rumah dlm mailbox n berpesan kt jiran2. Jiran2 pn menyewa gak. Nasib tuan rumah x diketahui sehingga kini. Bil api n air pn x pernah sampai. time tu org kaya je pakai art900, tuan rumah x de account mirc atau enail. Kami mendoakan tuan rumah selamat, murah rezeki n diampunkn dosa2.
Quote Artemesiaa 2-4-2018 01:38 PM
Ramai je yang macam ni kalau penyewa ada buat kerja baik pulih kerosakan sendiri boleh je potong dari duit sewa rumah, hanya tak diviralkan macam dalam kes ni je
Quote imransulaiman 2-4-2018 01:45 PM
Dulu masa duduk rumah sewa, tuan rumah saya tak pernah jumpa sebab dia stay Singapore.
Sewa transfer akaun saja. Apa-apa kerosakan, saya inform repair dan dia tanggung kos. Resit tak pernah tanya. Dia nak amount je.

Sewa kadang-kadang saya bayar 3 bulan sekali..tapi dia tak kisah pun. Malu punya pasal, saya pula kadang-kadang bayar 3 bulan advance.

In Sha Allah saya dalam proses nak beli rumah dia
Quote mosti 2-4-2018 02:00 PM
Rumah orang ni xda loan dah kot..sebab tu x kesah...slalu orang yg banyak duit atau loan da abes bayar x kesah dah bayaran sewa.

Tapi kalu org tu org susah, nak kene bayar loan, memang berkire skit.
Quote CrowneGlory 2-4-2018 02:40 PM
ttp tak lawan member aku punya abang...siap bayarkan duit letrik yg dah tertunggak bbrp bulan selain duit sewa x bayar berbulan...apapun kalau dpt tuan rumah kaya la..kalau hadap duit sewa nk buat rolling bayar bank mmg takkan la dapat yg mcm ni
Quote prettyuglybabe 2-4-2018 03:44 PM
tuan rumah i jumpa sekali dua je masa nak bayar deposit rumah..
then dah duduk lebih 5 tahun takde jumpa..
rumah ada rosak mintak repair dia suruh bayar dulu tolak duit rumah..
tapi lepas tu siap la dia msg nak naik sewa rumah..
sampai la ni i takut nak mintak dia repair apa yang patut..
tahun lepas msg naik sewa rumah lagi..
tahun ni kalau nak naik lagi, i ingat nak angkat kaki je la..
dengan sewa macam tu, baik i cari rumah yang cantik sikit..
i bayar sewa tak pernah lambat..
bill semua cantik..
Quote CARI-MAMS 2-4-2018 04:49 PM
prettyuglybabe replied at 2-4-2018 03:44 PM
tuan rumah i jumpa sekali dua je masa nak bayar deposit rumah..
then dah duduk lebih 5 tahun takde  ...

betul..kadang penyewa dah ok...tuan rumah lak mcm2 kan..


Quote airmineral 2-4-2018 05:20 PM
orang berbudi kita berbahasa
barulah harmoni
rezeki dapat penyewa dan owner yang baik
Quote devilito2 3-4-2018 08:05 AM
Alhamdulillah... semoga dimurahkan rezeki...
Quote syaiful 3-4-2018 10:19 AM
BLR naik, tuan rumah pun pening mau rolling bayar loan bank... huhuhu

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.180123 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top