CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Dilarikan Monyet, Dijumpai Maut Dalam Perigi

2-4-2018 10:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4066| Komen: 23

Description: Pencarian seorang bayi berusia 17 hari yang dilarikan seekor monyet berakhir dengan tragik apabila mayatnya ditemui terapung dalam perigi.
Pencarian seorang bayi berusia 17 hari yang dilarikan seekor monyet berakhir dengan tragik apabila mayatnya ditemui terapung dalam perigi.

Kejadian yang berlaku di sebuah kampung di i Cuttack, Odisha, India itu berpunca apabila bayi tersebut dilarikan oleh seekor monyet ketika sedang tidur dia kelambu.

Hindustan Times melaporkan bayi tersebut berada di sebelah ibunya di rumah mereka di Kampung Talabasta sebelum dilarikan haiwan terbabit.

Gambar Hiasan
Selepas anaknya dilarikan, ibunya meminta pertolongan daripada penduduk kampung yang kemudian melaporkan kejadian terbabit kepada pihak berkuasa.

Berpuluh-puluh pegawai hutan  serta penduduk kampung telah melancarkan operasi besar-besaran mencari bayi di hutan sebelum mayat mangsa ditemui.


Jurucakap polis, Biswaranjan Sahoo berkata,

“Kemungkinan bayi itu terjatuh ke dalam perigi ketika dibawa lari oleh monyet berkenaan. Mayat bayi itu dibawa ke hospital untuk bedah siasat.”

Difahamkan serangan membabitkan monyet memang selalu berlaku di daerah tersebut namun ini adalah pertama kali ia melarikan bayi. -CARI
6

Bagus
6

Marah
11

Terkejut
13

Sedih
9

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GigaMom 2-4-2018 10:34 AM
Sedihny. Klu mcm ni pun ada
syukur la monyet2 yg bertapa sblm Kajang 2 dibangunkn dh pupus enth ke mana.
Quote sukacactus 2-4-2018 10:58 AM
Siannya...
Smlm dlm kereta dgr news pasal monyet larikan baby ni, terkejut jg kami 1 family
Tgk2 arini dah xde baby tu
Ingat monyet tu ambik nak buat ank angkat
Quote batmana 2-4-2018 11:08 AM
klu kes feral child, msa msuk utan tu, dh leh jalan

ni baby masih menyusu,

kasihan

takziah pada famili dia
Quote mizz_fatyn 2-4-2018 11:16 AM
kesiannyaa
Quote aHoi83 2-4-2018 11:19 AM
Sedih sgt. Moga keluarga bertabah
Quote NAT_11 2-4-2018 11:20 AM
Kat INDIA, monyet disembah, tak boleh dibunuh.
Akibatnya, monyet bertambah membiak.
Inilah akibatnya.
Sama macam di Ostralia.
Tak boleh bunuh buaya, akibatnya buaya dah berjumlah
10 ribu lebih. Buaya berada di mana-mana, termasuk sungei dan lautan.
Buaya juga berjalan di atas darat, masuk dalam kolam renang......
Begitu juga dengna HARIMAU.
Harimau makan orang takapa, tapi tak boleh bunuh harimau,
takut pupus, susah pulak.
Quote Nana_Man 2-4-2018 11:20 AM
Dulu pun perna ada kes yg serupa kan? Monyet tu larikan baby. Baby tu meninggal pasal monyet campak dari bumbung rumah.
Quote chicozinn 2-4-2018 12:01 PM
NAT_11 replied at 2-4-2018 11:20 AM
Kat INDIA, monyet disembah, tak boleh dibunuh.
Akibatnya, monyet bertambah membiak.
Inilah akibatn ...

monyet mengganas la bila habitat dia sume jadi hutan konkrit..dlu meollss kat uia monyet sampai masuk bilik selongkar megi, stok2 makanan kitorang..sampai xbrani nak bukak tingkap takut monyet2 dtg serbu..hmm
Quote ell768 2-4-2018 12:02 PM
kesian baby tu...tingat news yg budak kene serang dgn monyet liar tu..abes di kekahnya budak tu..scary giler
Quote naina 2-4-2018 12:03 PM
Ya Allah kesiannya.. Rumah mak aku ni monyet menjadi2 mmbiak. Berani masuk rumah, curi mknn. Time datang tu berbondong2 dataang. Aku dahla nk beranak bulan ni.  Seramnya
Quote Artemesiaa 2-4-2018 12:04 PM
Pengakhiran yang sedih buat keluarganya takziah buat mereka
Quote abangadek 2-4-2018 12:05 PM
abang i dulu bela monyet liar, masatu kakak i dalam pantang.. monyet tu terlepas terus serang anak sedara i tu, kakak i panic terus lari mintak tolong jiran jauh jugak lah, jiran tu datang nampak monyet tu tengah main patung barbie i anak sedara i kena gigit di kepala nangis takde suara dh
Quote surwanis 2-4-2018 12:41 PM
sian...dlm pntg..meroyan maknye
Quote chinta89 2-4-2018 02:29 PM
bunuh je la monyet2 yg berkeliaran tu...
Quote vanillaninja 2-4-2018 02:46 PM
Kesiannya. Tak dapat nak imagine perasaan maknya
Quote rayray28 2-4-2018 08:13 PM
chicozinn replied at 2-4-2018 12:01 PM
monyet mengganas la bila habitat dia sume jadi hutan konkrit..dlu meollss kat uia monyet sampai ma ...

Iols pn pernah kena mase kt u..roomate sejenis suka simpan stok makanan kicap telur..tah cmne dia masak xtau laa.satu hari balik class habis tu ggang langgang bilik telur2 kicap semua pecah..suspek dipercayai masuk ikut tingkap lee..iols yg stress sbb hbis katil kena telur...
Quote chicozinn 2-4-2018 10:07 PM
rayray28 replied at 2-4-2018 08:13 PM
Iols pn pernah kena mase kt u..roomate sejenis suka simpan stok makanan kicap telur..tah cmne dia  ...

kan..meollsss dulu pdahal bilik cantik scene tgkat 4 menghadap bukit2 tpi tu la monyet mengganas..siap bwak geng tu meollss seram yachh nk dok dlm blik
Quote moonbug 2-4-2018 11:32 PM
Monyet tu kendong tapi tercicir la tu
Quote lil_sparky 2-4-2018 11:50 PM
chicozinn replied at 2-4-2018 12:01 PM
monyet mengganas la bila habitat dia sume jadi hutan konkrit..dlu meollss kat uia monyet sampai ma ...

Kt ukm pn sama dear..

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.058971 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top