CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Resipi Tradisi Masyarakat Jawa, Sambal Goreng Pasti Memikat Selera Sesiapa Sahaja

5-4-2018 07:42 PM| Diterbitkan: Cari-Nora| Dilihat: 7187| Komen: 21|Original author: Oleh: Diba S.

Ada yang mengidam sambal goreng jawa seperti gambar di bawah tapi susah nak jumpa yang sedap? Tak apa kalau tak jumpa sebab anda boleh buat sendiri di rumah! 

Lebih bersih, yakin dan puas hati kalau dapat buat sendiri. Jom ketahui bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara membuatnya. 

Foto: RASA
Bahan-bahan
1) tempe, dipotong kecil dan goreng (1 bungkus)
2) tauhu basah, digoreng dan dipotong kecil2 (2 biji)
3) udang, dibuang kepala dan ekor (segenggam)
4) kacang panjang, dipotong pendek (3 urat )
5) campuran suhun dan fucuk, direndam (1 paket)
6) bawang merah, dihiris halus (1biji )

7) bawang putih, dihiris halus (4 ulas)
8) cili merah, dihiris halus (2 biji )
9) santan pekat (200ml)
10) belacan, dibancuh sekali dgn santan pekat (1inci )
11) garam (sedikit)
12) gula (sedikit)
13) serbuk perasa (sedikit)
14) minyak masak (sedikit)
15) nasi impit (secukupnya)

Cara Memasak

1. Panaskan minyak di dalam kuali.

2. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili merah sehingga kekuningan.

3. Kemudian masukkan udang dan kacang panjang. Gaul sebati. 

4. Masukkan tempe dan tauhu, dan kacau lagi.Seterusnya masukkan belacan yang dibancuh dengan santan. Kacau seketika.

5. Masukkan garam, serbuk perasa secukupnya dan sedikit gula.

6. Akhir sekali, masukkan suhun dan fucuk. Kacau seketika dan tutup api.

Sambal goreng jawa sedia untuk dihidan. Enak dimakan bersama nasi dan juga nasi impit! Selamat mencuba! -CARI
8

Bagus
17

Marah
26

Terkejut
18

Sedih
18

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (111 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grizz 6-4-2018 02:55 PM
laki iolss suke nau benda alah ni..
tp malas iolss nk wt..
klu jmpe kt kedai mmg bli trus..
xde la kne masak kt umah..
Quote syue86 6-4-2018 04:13 PM
dr aritu fikir nk masak benda ni or japchae..hahaha..teringin plak
Quote nolya 6-4-2018 05:43 PM
grizz replied at 6-4-2018 02:55 PM
laki iolss suke nau benda alah ni..
tp malas iolss nk wt..
klu jmpe kt kedai mmg bli trus..

masakan air tangan isteri itu lebih enak drp dibeli.  Bak pesan orang2 tua, nak ikat suami, ikatlah di perutnya....
Quote grizz 6-4-2018 05:57 PM
nolya replied at 6-4-2018 05:43 PM
masakan air tangan isteri itu lebih enak drp dibeli.  Bak pesan orang2 tua, nak ikat suami, ikatla ...

xpe2..time salin mknn tu renjis2 sket bg ade air tgn gtu..
Quote nolya 6-4-2018 06:27 PM
grizz replied at 6-4-2018 05:57 PM
xpe2..time salin mknn tu renjis2 sket bg ade air tgn gtu..

Wah! ini petua terbaru zaman milinium ni.  Boleh pakaikah petua ni? Nampak ringkas tapi bak kata chef Ammar we should cook with love.
Quote anaktoyol 6-4-2018 07:10 PM
mak aku terror gila buat ni...tiap kali raya mmg berderet org book....
Quote chazey 6-4-2018 07:15 PM
anaktoyol replied at 6-4-2018 07:10 PM
mak aku terror gila buat ni...tiap kali raya mmg berderet org book....

Takda resipi ka? Resipi atas tu kurang umph bagi ai.
Quote mesmerize 7-4-2018 01:17 AM
ai kena masak sambal goreng tiap2 kali raya
selain dari bahan2 yang disebutkan di atas, ai tambah kentang goreng, hati/pedal ayam yang sudah direbus dan digoreng, sedikit cili kisar, kicap manis.. santan biasanya tak letak pun
ai memang menyampah buat sambal goreng ni sebab leceh nak kena hiris banyak benda, nak goreng lagi... eee cemuih la
Quote dewi_rina 7-4-2018 10:59 AM
Sedap oi sambal goreng jawa nie

Kalau kenduri kahwin kat kampung2 mesti ada lauk nie

Dah lama tak makan kenduri lauk nie

Asyik nasi briyani, ayam masak merah dgn daging masak hitam je
Quote noraidil_06 7-4-2018 11:45 AM
Sedap tu sedap la.tapi nk membuatnye.hadoyai.mkn x sampai 5min.langsai
Quote RatuDunia94 7-4-2018 09:14 PM
Mak i org jawa.. Mmg x pyh tunggu raya.. Request je nti dia buat..
Quote pinkypetal 8-4-2018 09:08 PM
Teringin nak rasa. Ada ig yang jual tak? Yang confirm sedap.Yang kak ogy jual tu sama ke?
Quote pearl.silver 8-4-2018 11:14 PM
Terrliorrr plak..
Quote kelip2_07 11-4-2018 08:23 AM
sape2 yg jawa totok tu bg la resepi..yg nie mcm xsdp sgt
Quote dekmieDandy 11-4-2018 08:57 AM
benda ni lar paling dok tungu2 kalau org jawa kt kampung aku tu buat kenduri

bagi makan sepinggan pon rasa nak tambah lagi
Quote sapasapa 14-5-2021 05:46 PM
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!
Quote sparkly 13-6-2021 10:52 PM
Resepi yg menarik dan senang di buat
Quote my_irina 15-6-2021 08:42 PM
Pernah makan dkt kenduri kawan belah2 hulu selangor....buat muka tebal eh brtambah2...mmg sedap!!!
Quote sparkly 16-6-2021 03:56 PM
Tq for the recipe

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.043369 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top