Seorang lelaki di Essex, England, maut selepas mengalami pendarahan teruk akibat mengerat zakarnya menggunakan pisau pemotong daging. METRO melaporkan, Daniel Maher, 46, mengalami masalah mental sejak beberapa tahun yang lalu sebelum kematiannya pada 30 September tahun lalu.
Mahkamah Koroner Essex diberitahu, Maher mengambil dadah dan meminum alkohol bersama rakan-rakan di kediamannya malam sebelum dia membunuh diri. Awal pagi keeseokannya, Maher dipercayai masuk ke sebuah bilik kecil yang bersambung dengan bilik tidurnya sebelum rakannya mendengar dia menjerit. "Rakannya mendengar jeritan dari bilik tidurnya tetapi tiada jawapan apabila namanya dipanggil," kata pegawai koroner Paul Gamman.
Maher ditemui dalam keadaan melutut di dalam bilik berkenaan dengan tangan kanannya yang hampir putus dan pisau pemotong daging di bawah tubuhnya. Jurucakap polis Stephen Jennings berkata, Maher mempunyai masalah mental 'paranoid schizophrenia' sejak 2008, tetapi berhenti berjumpa kaunselor beberapa bulan sebelum kematiannya. Laporan perubatan juga menyatakan dia sudah lama berhenti dari mengambil ubatnya. Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati dia megambil dadah termasuk kokain, ekstasi, cannabis dan morfin beberapa jam sebelum kematiannya. Laporan autopsi menyatakan Maher dipercayai memotong alat kemaluannya beberapa jam sebelum cuba mengerat tangannya. Jennings mengesahkan kematiannya tidak membabitkan unsur jenayah kerana pemeriksaan awal di lokasi tidak menemui tanda pergelutan selain bahan bukti yang tidak diganggu. "Kematiannya bukan serta-merta, jadi dia ada masa untuk menghubungi ambulans atau polis," katanya. - CARI
|
5
Bagus |
4
Marah |
2
Terkejut |
3
Sedih |
9
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
moonbug: "Kematiannya serta-merta, jadi dia ada masa untuk menghubungi ambulans atau polis," katanya. Tak faham ayat ni {:question
moonbug replied at 6-4-2018 05:39 PM
"Kematiannya serta-merta, jadi dia ada masa untuk menghubungi ambulans atau polis," katanya.
Tak ...
giyomi replied at 6-4-2018 07:00 PM
mksdnya tiada unsur jenayah len spt di tekap ker di jerut ker, ianya bole diklasifikasikan sebagai ...
mrizumi replied at 6-4-2018 06:06 PM
Mgkn dia nk bgthu yg kalau mngsa nk selamat kn dri sndri sempat je call ambulans sbb bukan mati ...
ADVERTISEMENT