CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Nasi Lemak Dan Rendang Ayam

12-4-2018 04:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 8162| Komen: 27

Semua dah tahu kisah ayam rendang crispy dan bagaimana teruknya hos Master Chef UK Gregg Wallace dan John Tarode dikecam. Kecaman dan  kritikan bukan saja datang dari Malaysia tetapi juga Indonesia, Singapura dan Brunei. Bahkan Pesuruhjaya Tinggi UK di Malaysia.


Wallace dan Tarode kini mendakwa telah disalah tafsir. Kata mereka apa yang dimaksudkan ialah kulit ayam tidak cukup masak, daging ayam agak liat. Lantas  mengaku perkataan “crispy’ atau rangup tidak patut digunakan.
 
Apapun hakikatnya rendang ayam memang tidak rangup. Ia tidak seharusnya rangup. Chicken rendang is never crispy. Tapi baru baru ni – tepatnya 6 April lalu  – the Malay Mail Online melaporkan ada rendang ayam yang rangup. Ia disediakan  bekas pengadil Master Chef Malaysia Johari Edrus.



“Jom cuba rendang ayam rangup Crispy Jo hari ini. Boleh didapati dalam kuantiti terhad dan seminggu sahaja,” coretnya di Instagram. Johari, dikenali juga sebagai Papa Jo  turut menyiarkan foto hidangannya dan video ringkas beliau menyediakan  rendang ayam rangup di media sosial.

Mungkini sekadar gurauan atau gimmick untuk menarik pelanggan mengunjungi restorannya di Damansara. Waullauhualam.
Bukan niat saya mempertikai itu semua.

Foto: Jom Lah
Yang ingin saya sampaikan pada artikel ini ialah sesuatu yang dikatakan oleh seorang teman saya yang kaki makan dan pandai masak.
Katanya  ayam rendang tidak ngam makan dengan nasi lemak. Saya tidak mahu itu dijadikan polemik. Saya tahu apa yang maksudkannya. I know where he’s coming from.

Kawan saya itu tentunya merujuk teradap apa yang dipanggilnya nasi lemak asal. Atau tulen. Atau nasi lemak ori. Maknanya nasi lemak dengan  sambal, ikan bilis goreng, telur rebus, timun. Dibungkus dengan daun pisang. Kadang kadang ditambah sambal sotong basah berkacang.
 
Masa saya kecil dulu begitulah nasi lemak yang dijual di merata-rata tempat. (tidak dinafikan sekarang pun ada nasi lemak begini yang dijual). Bagi saya, kawan kawan dan golongan yang seusia dengan kami itulah nasi lemak original. Namun lama kelamaan peniaga menyajikan rendang  ayam, daging, paru, limpa, kari ayam pun ada, bergedel, kerang, malah ikan goreng cili dan pelbagai lauk sehinggalah nasi lemak jadi macam nasi campur.

“Dah tak macam nasi lemak” kata beberapa kawan saya.

Tapi oleh kerana nasi lemak boleh dimakan pagi, petang atau malam, nasi lemak pelbagai lauk mendapat sambutan umum. Adakah ini salah? Tidak. Ini adalah evolusi. Nasi lemak berkembang. Terpulanglah nak makan macam mana.

Foto Yelp.my

Namun yang penting ciri-ciri originalnya mesti ada. Ikut tradisi seperti yang dibuat nenek moyang kita sejak zaman berzaman. 
Ingat tak tidak lama dulu Chef Wan begitu marah terhadap MAS kerana menghidangkan nasi lemak dengan sambal dan secebis telur rebus tanpa ikan bilis dan timun? Kata beliau ini amat memalukan negara kerana nasi lemak ialah makanan Malaysia. 

Oleh itu, nasi lemak mesti ada sambal, ikan bilis goreng, telor rebus, timun atau kangkung. Yang lain optional. Kalau nak add on terpulang selera masing-masing. Teringat  zaman muda, menjamu selera di warung tepi Sungai Bunus Kg Baru Kuala Lumpur. Makan nasi lemak original dengan sup daging. Punyalah sedap.
 
Nasi lemak memang kebanggaan kita. Walau ada evolusi tradisi mesti dikekalkan. Oo seperkara lagi.. ayam rendang rangup tak masuk book. 
16

Bagus
17

Marah
14

Terkejut
29

Sedih
12

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (106 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote disip 12-4-2018 04:43 PM
mane ade nenek moyang orang asli semnanjung makan rendang nasi lemak bagai @pyropura
Quote harrypoter 12-4-2018 04:44 PM
jgn lupa ari ahad singgah beli nasi lemak sy kt danau kota ye  
Quote saviour_09 12-4-2018 04:57 PM
ish lapo pulak petang2 hari ni!
Quote fushimi 12-4-2018 05:05 PM
dalam banyak banyak  nasi lemak kat malaysia aku paling suka nasi lemak kat terengganu

everything is perfect



Quote fushimi 12-4-2018 05:06 PM
rendang ni ada banyak jenis

aku lebih suka rendang biasa

Quote sabar_sabariah 12-4-2018 05:45 PM
nasi lemak dgn sambal paru
tak pun sambal kerang
takpun sambal udang
busuk2 pun telur mata yg cair kuning dia
kacang ngan ikan bilis wajib ada ye
kalau takde 2 ni, bukan nasi lemak ye
Quote myakayina 12-4-2018 05:57 PM
lapar pulak tengok pic atas tu..teh tarik bagai..
Quote Artemesiaa 12-4-2018 06:13 PM
Nasi lemak basic memang ada telur sambal bilis kacang dan timun je.  Jadi yang lain2 tu add on lauk nak bagi lebih pilihan buat pelanggan je
Quote pyropura 12-4-2018 06:26 PM
disip replied at 12-4-2018 04:43 PM
mane ade nenek moyang orang asli semnanjung makan rendang nasi lemak bagai @pyropura

Mana kau tau depa tak buat nasik lemak?
Quote pyropura 12-4-2018 06:28 PM
Cemana depa buleh makan nasik lemak dgn rendang yer?
Quote Levespa 12-4-2018 06:44 PM
sabar_sabariah: nasi lemak dgn sambal parutak pun sambal kerangtakpun sambal udangbusuk2 pun telur mata yg cair kuning diakacang ngan ikan bilis wajib ada yekalau tak ...


aduii sedap tuu.. especially paru dan telur mata kuning dia cair{:hooray
Quote disip 12-4-2018 06:53 PM
pyropura replied at 12-4-2018 06:26 PM
Mana kau tau depa tak buat nasik lemak?

tau sungguh budaye pun primitif sangat , peninggalan tamadun macam indon pun tak punye
Quote disip 12-4-2018 07:05 PM
pyropura replied at 12-4-2018 06:28 PM
Cemana depa buleh makan nasik lemak dgn rendang yer?

nah nasi lemak rendang malon hengat indon tak punye ye ,dasar negare ciplak


Quote noraidil_06 12-4-2018 07:22 PM
My sister tho not that old never take her nasi lemak with ayam rendang too. Mesti makan old fashion way.mcm kwn tt
Quote awanearisu 12-4-2018 07:29 PM
Kita lagi suka rendang makan dengan pulut kuning atau dengan lemang. Dengan nasi lemak susah sedikit nak telan
Citarasa masing-masing
Quote pyropura 12-4-2018 07:31 PM
disip replied at 12-4-2018 06:53 PM
tau sungguh budaye pun primitif sangat , peninggalan tamadun macam indon pun tak punye

Nasik, kelapa semua ada di Msia, so takde masalah nek moyang org asli buat nasik lemak... ngong
Quote disip 12-4-2018 07:39 PM
pyropura replied at 12-4-2018 07:31 PM
Nasik, kelapa semua ada di Msia, so takde masalah nek moyang org asli buat nasik lemak... ngong

kalau tak de masalah mane taamdunnye ciptaan oranga asli ngoong jangankan buat masakan buat tamadun pun tak de ,ade nasi dan kelapu pun tak gune kalau primitif tak mampu buat tamadun ape ape
Quote Nenasketum 12-4-2018 08:03 PM
Nasik lemak dengan rendang pada aku luxurious. Aku suka sesangat. Kat SG, nasik lemak yang kat bawah hdb depa juai dengan ikan goreng kecik dan sayoq kangkung goreng kering. Sedap ko
Quote RatuDunia94 13-4-2018 01:18 AM
Nasi2 lemak kat kampung2 masih mengekalkan originaliti... Tp yg tambah2 rendang tu semua just nk pelbagaikan je..

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.350875 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top