CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tip Berguna Buat Anda Yang Pertama Kali Ingin Mengundi!

13-4-2018 11:00 AM| Diterbitkan: Cari-Has| Dilihat: 4572| Komen: 22|Original author: Oleh: Has

Pertama kali ingin mengundi? Pasti tidak sabar ingin memangkah bagi memilih calon pilihan anda, bukan? Tetapi, ada sedikit masalah yang membelenggu anda. Apa lagi kalau bukan perasaan gementar dan takut di saat ingin mengundi. 


Jadi, anda perlulah mengetahui apakah langkah-langkah yang perlu diikut ketika ingin mengundi seperti dipetik dari Lobak Merah ini.


1) Buat semakan 

Foto: Sohoque.com

Pertama sekali, perlu diketahui tahu sama ada anda sudah mendaftar mengundi atau belum. Jangan daftar mengundi pun tidak, tapi perasaan nak mengundi membuak-buak di dalam diri.


Pastikan nama anda wujud di dalam sistem. Untuk bertambah yakin, anda boleh periksa di laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan hanya memasukkan nombor kad pengenalan sahaja. Mudah, bukan!


2) Tahu siapa DUN dan Parlimen

Foto: Wargamarhaen.blogspot.my

Kemudian, anda WAJIB pangkah dua kertas undi, satu untuk Parlimen dan satu untuk DUN. Kalau tak tahu, Kertas Parlimen adalah kertas undi untuk memilih wakil rakyat di sesuatu kawasan bagi meletakkan pemenangnya di Dewan Rakyat. Mereka ini yang akan menentukan siapa Perdana Menteri Malaysia.

Kertas DUN pula merupakan kertas undi untuk memilih wakil rakyat di sesuatu kawasan bagi meletakkan pemenangnya di Dewan Undangan Negeri di negeri-negeri. Mereka ini yang akan menentukan siapa Menteri Besar atau Ketua Menteri.


3) Manifesto

Hah! Perlu ke tahu apa manifesto untuk setiap calon tu? Ia memang perlu untuk memastikan anda memilih calon yang betul bagi menggalas tanggungjawab. Bukan dengan hanya mendengar sahaja, tetapi anda juga perlu mengkaji setiap manifesto yang telah dilontarkan.


4) Kenal pasti lokasi mengundi

Foto: Eksperimengarut.blogspot.my

Anda perlu tahu lokasi mengundi yang betul berdasarkan maklumat kad pengenalan. Atau anda boleh dapatkan maklumat terperinci daripada SPR.


5) Datang awal 

Foto: Anilwanina.com

Untuk mengundi, anda perlulah datang awal di tempat pengundian. Ini bagi mengelakkan anda untuk beratur panjang. Cuba bayangkan anda perlu beratur panjang dalam keadaan yang sesak dan panas. Pasti tidak mahu, bukan? 


6) Undian adalah rahsia

Akhir sekali, selepas anda mengundi jangan heboh sekampung pula. Undian adalah rahsia. Jangan sesekali menceritakan kepada sesiapa mengenai pilihan anda.


Diharapkan semoga semuanya berjalan dengan lancar dan anda dapat menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Kalau ada sebarang tambahan ilmu dan info, marilah kongsikan bersama. - CARI
15

Bagus
24

Marah
25

Terkejut
10

Sedih
12

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (100 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 13-4-2018 11:23 AM
Tak boleh pakai baju yang melambangkan mana2 parti.  

Standby air haus tau kalau kena berdiri lama2 tunggu turn
Quote missjuli 13-4-2018 11:27 AM
nak tanya, mcm mana nak daftar jd pengundi? (nak tahu cara daftar secara online) Saya dah google tp tak jumpa. So ada tak siapa2 yg pernah daftar online? boleh tlg share tak?
Quote Red_mAnc 13-4-2018 12:19 PM
Pastikan tidak mengundi para penyamun perompak kaki rasuah serta boneka politikus yg akan menyusahkan rakyat.. #lawantetaplawan
Quote sufi^_^ 13-4-2018 03:54 PM
Pastikan tahu saluran yang betul nak beratur.
Jangan dah beratur setengah jam, tengok2 saluran senior
Quote potprimo 13-4-2018 03:58 PM
datang awal tapi Q panjang kan ? hmm time kul brapa agak nya Q dah x brapa nak panjang ye..  sbb dulu dtg pagi Q panjang sgt jenuh tunggu giliran
Quote zehra2 14-4-2018 04:10 PM
Dtg lps zohor.. mcm relax je.. chill..
Dakwat pun secukup rasa kat jari.. kot yg awal.. bg ler peluang org yg balik kampung undi dulu.
Quote gummiebear 14-4-2018 04:45 PM
Last time ngundi iols pegi hala ke ptg. Xde orang dah time tu. So tak payah beratur terus masuk ngundi jah
Quote grosouraus 14-4-2018 05:18 PM
Tips dia jgn datang undi waktu pagi.. Undi waktu petang kalu xnak beratur panjang.. Sekian..
Quote pcr13 14-4-2018 06:06 PM
Tpt aku dtg awal mmg panjang la beratur. Lepas zohor baru ok sikit
Quote kroit92 15-4-2018 11:11 AM
first time jugak nak mengundi

PRU lepas tak cukup umur beberapa bulan je
Quote che-cikL 15-4-2018 04:53 PM
missjuli replied at 13-4-2018 11:27 AM
nak tanya, mcm mana nak daftar jd pengundi? (nak tahu cara daftar secara online) Saya dah google tp  ...

Betul2 ke tanya ni utk mengundi PRU15, lg 5 tahun lagi?
Quote missjuli 16-4-2018 08:30 AM
che-cikL replied at 15-4-2018 04:53 PM
Betul2 ke tanya ni utk mengundi PRU15, lg 5 tahun lagi?

betul2 la ni, serius. Sye nak tahu cara mendaftar utk pru14 ni. Ke dah terlambat utk mendaftar? pendaftaran pru14 dh tutup ke? Sye tak daftar lagi niiiiii..

Quote che-cikL 16-4-2018 11:50 AM
Tak sempat dah dik.

Pendaftaran memang dibuka sepanjang tahun, kena hadir sendiri mendaftar tu, tak ada online setakat ni, setahu saya. (Kut salah, minta tolong otai2 betulkan saya)

Selain di pejabat SPR, kadang2 ada kaunter bergerak kat ekspo2, kat supermarket, kat bus stand.

Utk mengundi kali ini, mengundi yang layak adalah berdasarkan pendaftaran setakat suku tahun keempat 2017, spt pengumuman SPR dlm minggu lepas.

Skrg ni tak mungkin ada kaunter2 bergerak tu, depa pastinya sedang fokus utk pilihan raya. Dah reda nanti, bila adik nampak je kaunter SPR mana2, baik daftar je, tak payah tunggu 4 tahun lagi.

Ok?
Quote bulan_gerhana 16-4-2018 01:18 PM
kalo ikut pengalaman aku yang tak seberapa.. masa yang paling xde org adalah masa bukak kaunter tu.. means kul 8 pagi mmg lengang.. masa tu perayu2 pun x dan lagi nak approach kita suh pangkah sape.. kalo dah cecah kul 9 pagi mmg le org beratuq panjang.. belum lagi rimas dengan perayu2 bila ko nak masuk tu...

waktu lain yang lengang sekitar kul 4.30 ke kul 5

rsa tahun ni kalo aku guna kelebihan aku bole dpt fast lane kot.. sbb 9 may tu due date aku beranak.. andai kata aku x beranak lagi bole le pi pangkah.. biasa warga emas dgn oku ade fast lane.. takkan la org preggy sarat depa x bagi kot.. hurm entah la.. kali ni pangkah kat negeri lain
Quote bulan_gerhana 16-4-2018 01:20 PM
Artemesiaa replied at 13-4-2018 11:23 AM
Tak boleh pakai baju yang melambangkan mana2 parti.  

Standby air haus tau kalau kena berdiri lam ...

pasal baju lambang parti tu tak terpikir lak aku.. tapi mmg aku xde baju parti  pun

bab air tu betui.. tapi org cam aku ni x leh berdiri lama cam ne plak.. bole bawak kerusi sendiri x hek hek hek
Quote bulan_gerhana 16-4-2018 01:33 PM
missjuli replied at 13-4-2018 11:27 AM
nak tanya, mcm mana nak daftar jd pengundi? (nak tahu cara daftar secara online) Saya dah google tp  ...

dah terlambat dek.. dulu akak register kat pejabat pos je.. 16 tahun dulu la..

ko nak pi register sekarang pun bole pi je la pej spr negeri kalo ko rajin tapi tetap lagi 5 tahun la ko bole ngundi.. dan akak x rasa depa nak layang sekarang.. depa tgh sibuk dgn planning penamaan calon .. org call berdering2 nak check kat mana nak pi ngundi.. jadi akak nasihatkan ko dediam je.. jadi pemerhati

untuk mengundi ni dek ko kene pastikan nama ko termasuk dalam pewartaan daftar mengundi yang spr akan keluarkan 3 kali setahun..let say ko dah terdaftar bulan lepas pun konsider ko bukan dalam senarai yang di gazetkan soo ko tetap x leh ngundi...

sabaq naaa 5 tahun je.. x lama mana pun.. pejam celik je.. tapi jgn ko leka plak.. dgn lima tahun yg diberi ko x daftar juga.. memang x tau nak ckp ape dah dek
Quote fushimi 16-4-2018 02:34 PM
potprimo replied at 13-4-2018 03:58 PM
datang awal tapi Q panjang kan ? hmm time kul brapa agak nya Q dah x brapa nak panjang ye..  sbb dul ...

datang waktu petang.Mak aku suka pergi petang dekat dekat pintu nak tutup baru pergi

mak aku cakap koserrrrrrrrr nak beratur panjang panjang
Quote potprimo 16-4-2018 02:37 PM
fushimi replied at 16-4-2018 02:34 PM
datang waktu petang.Mak aku suka pergi petang dekat dekat pintu nak tutup baru pergi

mak aku ...

dlm kul 3-4 tu kira ok lah kan.. takut gak plan gi vote last minit , sampai2 pintu pun dah katup
Quote missjuli 16-4-2018 05:14 PM
bulan_gerhana replied at 16-4-2018 01:33 PM
dah terlambat dek.. dulu akak register kat pejabat pos je.. 16 tahun dulu la..

ko nak pi regist ...

Laa iye ke? dah terlambat la ni? sedih nye.. baru excited nak mengundi

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.055664 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top