Tanpa sedar, ramai orang yang mengalami masalah depresi atau kemurungan. Kemurungan adalah penyakit yang perlu dirawat dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ia boleh mnyebabkan seseorang itu rasa hendak membunuh diri.
Tetapi, ia amat menyedihkan kerana ramai yang malu untuk berjumpa pakar psikiatri atas alasan malu jika dicop gila.
Seorang pengguna Facebook, Nazia Suhaimi berkongsi masalah kemurungan yang dialaminya sehingga membuatkan dirinya rasa ingin mati. Dia tidak malu untuk mendapatkan rawatan penyakit mental kerana dia tekad untuk kembali sihat demi anak-anak dan keluarganya. Padahal wanita ini sudah pun mendapatkan rawatan lebih awal tetapi dia berhenti makan ubat. Selepas itu, terus jumpa doktor sebab sudah rasa seperti orang gila! Rupanya ramai juga netizen yang komen mengalami masalah kemurungan dan sedang menjalani rawatan. Mujurlah ramai yang sedar mereka sedang mengalami masalah kemurungan. Dengan mendapatkan rawatan awal, ia dapat menghalang mereka daripada melakukan perkara yang boleh membahayakan diri dan orang sekeliling. Sekiranya kalian ada tanda-tanda kemurungan, jangan biarkan tetapi perlu segera mendapatkan rawatan agar ia tidak melarat dan menjadi lebih kronik. Elakkan berada dalam kelompok netizen yang negatif kerana ia akan lebih membuatkan diri rasa tertekan dan masalah kemurungan menjadi lebih teruk. - CARI |
17
Bagus |
28
Marah |
19
Terkejut |
9
Sedih |
15
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chicozinn replied at 13-4-2018 12:45 PM
kaka ni join grup Kisah Rumah Tangga kat Fb ke chuollss?meollss da berbulan stop bukak fb..so stres ...
jazaa100 replied at 14-4-2018 05:21 PM
Kau masuk group tu buat apa....
Pastu nk salahkn fb....
Themilo replied at 15-4-2018 04:40 PM
selaindari treatment hopsital, support group juga penting untuk mereka yang mengalami perasaan begin ...
lonso replied at 15-4-2018 12:40 AM
berperang dgn diri sendiri ke... atau terlalu banyak berfikir.. atau terlalu perfectionist.. ata ada ...
jazaa100 replied at 15-4-2018 08:54 AM
Aku pernah join group anxiety disorder....saja nk tgok apa yg dorang bincangkn.....
Kesian ek.. ...
jazaa100 replied at 15-4-2018 04:54 PM
Aku pernah join group anxiety disorder....saja nk tgok apa yg dorang bincangkn.....
Kesian ek.. ...
ADVERTISEMENT