CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Tergelincir, Kaki Tersepit Dalam Lubang Tandas

19-4-2018 10:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2498| Komen: 14

Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun menahan sakit lebih dua jam selepas kakinya tersepit dalam lubang tandas.

BERNAMA melaporkan, kejadian berlaku pada 12 tengah hari, semalam, di kediamannya di Taman Desa Samoa, di Bentong.


Difahamkan, kejadian berlaku apabila mangsa tergelincir ketika ingin membuang air kecil menyebabkan kaki kirinya terperosok di dalam lubang tandas hingga paras betis.


Foto: mStar Online/BERNAMA

Pegawai Operasi Balai Bomba Bentong Haznan Basir mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12 tengah hari.

"Seramai enam anggota diarah ke kediaman mangsa selepas kami menerima panggilan kecemasan.


“Pihak bomba terpaksa memecahkan mangkuk tandas bagi mengeluarkan kaki kanak-kanak terbabit tanpa sebarang kecederaan," katanya.

Operasi berakhir pada jam 2 petang dan mangsa berjaya diselamatkan tanpa kecederaan. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 19-4-2018 10:33 AM
Adoi adik comei..
Siannya..
Quote kuzaime 19-4-2018 10:47 AM
Mujur selamat..mau trauma budak ni tiap2 kali nk ukk ukkk
Quote prettyuglybabe 19-4-2018 10:57 AM
adohai.. kesiannya adik..
dah la comel je badannya..
bahaya jamban cangkung ni la dia..
kena pasang alas getah kat lantai..
Quote sarahmirza 19-4-2018 10:59 AM
Tak suka betul toilet cangkung..
Developer mana la yang masih lagi buat rumah letak toilet cangkung ni?
Quote Artemesiaa 19-4-2018 11:02 AM
Kusss semangat badan keo dik, macam mana lah boleh tergelincir lantai licin sangat ke.  Kalau ada bebudak kat rumah elok ler pasang alas getah kat lantai untuk keselamatan.
Quote myakayina 19-4-2018 11:16 AM
Edited by myakayina at 19-4-2018 11:17 AM

kesian si bambam ni..
Quote Red_mAnc 19-4-2018 11:42 AM
aduhhh kesian, dah la comel sihat je badan adik tu, semoga sembuh cepat & berhati2 ye dik next time
Quote chinta89 19-4-2018 12:11 PM
adoi.. nasib baik lelaki. kalau perempuan, malu weiii...

ku fikir tadi toilet duduk.. rupanya toilet cangkung.
Quote insulin 19-4-2018 12:14 PM
Kasihan adik ni. Comel badan dia. Hihi...
Quote tupaiterbang 19-4-2018 12:17 PM
dah gemok mcm babee makpak budak jolok makan
Quote lasagnaklcc 19-4-2018 12:45 PM
Comelnyaaa.... dah la bogel

Quote grizz 19-4-2018 01:06 PM
takutnye..umah sewa iolls tandas cangkuk..
kekdg tu tepikir gak klu2 temasuk dlm tu cmne la gamaknye..
Quote Siti_Mustaqim 19-4-2018 01:56 PM
Omeyyy angattt..
Quote makita 19-4-2018 03:11 PM
Ala ni yg stress ni..kat umah jamban duduk. Camner nk train ank meols guna jamban cangkung bila msuk sekolah darjah 1 ni.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.036454 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top