CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bergelumang Najis, Wanita OKU Ditemui Kurus Kering Dalam Timbunan Sampah

24-4-2018 10:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4760| Komen: 25

Kurus kering dan bergelumang najis. Begitulah keadaan seorang wanita OKU yang ditemui di dapur sebuah rumah di Taman Sri Setia Kampung Panchor, Padang Tembak Pengkalan Chepa, Kelantan.


Sinar Harian melaporkan, wanita berusia 44 tahun itu ditemui jiran yang kebetulan lalu di lorong belakang deretan rumah teres setingkat itu.

Tambahnya, langsir tingkap terbuka secara tidak sengaja dan dia ternampak wanita itu terbaring di lantai.

Foto: Sinar Harian
“Baunya sangat busuk dan pada mulanya saya sangkakan dia meninggal dunia, tetapi apabila dipanggil dia mengeluarkan bunyi seperti mengerang kesakitan.

“Saya kemudian panggil jiran lain dan sepakat hubungi polis."


Menurut sumber lagi, lantai tempatnya terbaring dipenuhi najis serta berbau busuk.

Mangsa berada dalam timbunan bekas sampah bekas makanan dan tin minuman.

Polis terpaksa memecahkan pintu dapur bagi menyelamatkan mangsa sebelum wanita berusia 40 tahun, dipercayai adik mangsa pulang ke rumah itu sejam kemudian.

Adik mangsa ditahan polis untuk siasatan dan mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II untuk rawatan lanjut. -CARI

13

Bagus
9

Marah
12

Terkejut
14

Sedih
7

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (64 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote megan_pox 24-4-2018 07:52 AM
Bagus zarina zainordin..anak autisme dia simpa siap2 duit utk anak2 dia tu kalau dia meninggal..

Ummm oku dibiarkan uruskan diri seorang..soalan lazim..mana JKM?
Quote MissNigga 24-4-2018 07:56 AM
apa kes nie..??? adik tu dok serumah gak ker...?? ker mangsa dijaga oleh saudara mara yang lain
Quote paz 24-4-2018 08:28 AM
Kasihannya, baca berita para atas macam dia ditinggalkan sendirian. Bila baca last para ada plak adik balik. Confuse, harap nasib OKU ini akan lebih baik selepas ini.
Quote jalfa 24-4-2018 08:33 AM
Jkm jaga kalo org report..kalo dia kurung dlm tu mana jkm nak tau...ni jkkk la patut pantau....takkan time time pilihanraya ni x da tok wakil dtg cari org susah and terlantar nak bagi beras ...mesti adik dia jaga sbb nak bantuan jkm tiap tiap bulan kan...babi sangat ada adik camtu..
Quote shernazz 24-4-2018 08:34 AM
Ke adek dia pon oku gak...
Oku akai
Quote ad_hoc79 24-4-2018 08:37 AM
terus teringat adik dulu tuh...
Quote Bell 24-4-2018 08:42 AM
megan_pox replied at 24-4-2018 07:52 AM
Bagus zarina zainordin..anak autisme dia simpa siap2 duit utk anak2 dia tu kalau dia meninggal..

...

JKM tahu ker kalau takde org report? JKM kena check tiap2 rumah.

Quote Mooverine 24-4-2018 10:54 AM
Kesiannya, walaupun dia OKU tapi dia masih sedar dan ada perasaan. Tak dapat bayangkan macam mana perasaan dia masa tu kan
Quote fushimi 24-4-2018 10:58 AM
tinggal kat kawasan kejiranan yang ok

takkan jiran tetangga lain tak perasan

tetiba adik pulek muncul

Quote grizz 24-4-2018 11:19 AM
kesian nye..kurang2 kemas la sket umah tu nk letak OKU tu pon..
Quote Artemesiaa 24-4-2018 11:20 AM
Nasib  ada jiran yang nampak kalau tidak tak siapa tahu apa jadi kat dia
Quote andygila 24-4-2018 11:28 AM
Kesian sungguh dia ni.
Tak tahu apa nak kata
Quote batmana 24-4-2018 11:46 AM
jiran sblah semua OKU agknye
tak bertego sapa
Quote kenarikelabu 24-4-2018 11:57 AM
Kesian Oku tu.....seksa tul dia tanggung...
Quote mieymiey 24-4-2018 12:18 PM
Adik tu tinggal sekali ker dengan mangsa ni?
Quote sarahmirza 24-4-2018 12:25 PM
Wartawan pun...
Cer cari info sikit pasal adik dia tu..
Cerita tergantung, banyak sangat tanda tanya.

Kisah ini macam kisah perempuan terjun jambatan tu.
Tuhan selamatkan dia dengan datangkan jiran yang prihatin.
Semoga baik-baik aje kesudahannya.

Yang tanya mana JKM tu..... semoga insaf.
Quote chicozinn 24-4-2018 12:30 PM
adik dia keje la kot tapi yela ksian ble oku xde org jagakn..xmemasal mandi taik sndri..hmm
Quote chinta89 24-4-2018 12:39 PM
Sejam kemudian, seorang wanita berusia 40 tahun dipercayai adik mangsa, pulang ke rumah.
Mangsa kemudian dibawa menaiki ambulans dan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II untuk rawatan lanjut, manakala adik mangsa ditahan polis untuk siasatan lan


dah kenapa adik dia tergamak biarkan dia mcm tu?

teringat kisah adik Firdaus dulu...
Quote ninja boy 24-4-2018 02:30 PM
mmg patut hantar nursery/hostel oku

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.050707 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top